Monday, March 30, 2009

Water purifier

Perhaps or maybe a lot of peoples will angry with the previous post. It is important to reroute the misconcept about purified water and its benefits. Or to correct the beliefs to the mystical elements brought some of water purifier company.
----
Minggu ni memang aku interested tentang water purifier, tambahan pula apabila membaca penerangan mengenai produk-produk terutama yang menyentuh tentang kewujudan aura dalam sistem perawat air ni. Umat melayu ni, ramai yang akan terkesima pabila ada unsur-unsur mistikal ni. Tambahan pula menyebut mengenai aura. Macam cerita pasai cakra yang dibangkitkan oleh salah sorang pengasas seni silat cakra alam. Orang melayu ni cukup taksub. Dan untuk pengetahuan lanjut mengenai cakra, boleh menonton siri anime Naruto pada jam 7.30 malam setiap hari Khamis.
---
Dalam sains dan perubatan, aura wujud dalam 2 kategori; optik dan paranormal. Jika dilihat dalam pendekatan yang diterapkan oleh pembangun water purifier ini, lebih kepada pendekatan paranormal. Di dalam kategori paranormal atau parasychology dan juga amalan spiritual, aura adlah medan radiasi yang halus yang mengelilingi seseorang atau objek seperti halo (aura optik) atau aurela (radiance of luminous cloud) yang terdapat pada seni keagamaan seperti kesenian kristian. Untuk tahu lebih lanjut mengenai aura, bolehlah akses kepada wikipedia.
---
RX-WATER
RX Water ditemui oleh Dr. Noordin Darus yang telah terkena kanser darah dan telah recovered disebabkan air yang telah dirawat. Menurut website Rx Water ni, sistem air ini boleh menyembuhkan individu yang menghidapi penyakit migraine, tekanan darah tinggi, diabetes, gout, gastric, batu karang, barah buah dada dan macam2 lagi.

Sistem perawatan pula menawarkan 4 katrij penapisan dengan 8 langkah perawatan. Tapi aku lebih suka terangkan fungsi 4 katrij tersebut.
1st katrij- menapis keluar, bendasing, karat dan partikel seperti bakteria, protozoa.
2nd katrij- terdiri daripada carbo ceramic dan natural mineral stone yang menyikirkan bau dan rasa yang tidak sedap.
3rd katrij- menghapuskan mineral kasar dan intipati radioactive.
4th katrij- terdiri dari aura converter yang mengaktifkan aura healing capabilities. Mengandungi calcium ionized clay with its function is to break down water moleculs to smaller cluster for easy absorb by the body.
---
Kelebihannya pulak?
1. Boleh cure illness seperti yang dinyatakan di atas.
2. Tiada extra filter kerana extra filter ada tempoh expiry dan filter tersebut jika
tidak diganti akan jadi koloni mikroorganisma.
3. Tidak guna elektrik kerana menggunakan elektrik boleh mewujudkan medan magnet pada
air yang boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Cuba lihat unsur-unsur aura yang dimasukkan untuk menarik minat pembeli yang taksub dengan unsur mistikal. Kalau nak lebih mistikal tontonlah Keliwon dan Misteri Nusantara.

RX Water (Please read with open heart and brain attached.)


Passion terbaru bagi kebanyakan staff di jabatan aku adalah kepada RX Water. Boleh dikata setiap minggu ada saja permohonan bekalan air RX-Water yang sama kandungan dengan air reverse osmosis yang dijual dengan harga 80 sen - RM 1.20 sebotol (botol kecil). Ramai beranggapan bahawa air ini boleh menyembuhkan penyakit, seperti mana yang dicanangkan oleh pengasasnya dan juga agen jualan langsung Hai-O dengan produk mereka Bio aura. Memang ada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Jepun mengenai kebaikan air yang telah melalui proses water purification ini. Tetapi pengguna perlu mengikut tertib di dalam terapi air atau water therapy. Sebagai contoh, bagi pesakit gout perlu minum 5 gelas air berproses ini dalam satu sesi atau cakap melayunya 'sekali hadap'. Bukannya sekali dahaga minum, nak makan nasi minum. Dan untuk melaksanakan water therapy ini, anda memerlukan bukan hanya 1 atau 2 botol bersaiz 5 liter tetapi bekalan berterusan iaitu kena pasang water purifier. Bapak mertua aku ada pengalaman dengan RX-water dimana, beliau telah beli sampel sebanyak 5 liter dan selepas itu dah tak beli sebab tak percaya sangat dengan cakap orang yang buat demo katanya segala jenis penyakit seperti sakit kulit, gout dan sebagainya boleh hilang. Kenapa beli bila aku tanya? Sebab orang yang buat demo ni kata, air minum ni ada aura yang boleh menyembuhkan penyakit yang ada dalam badan. Bukan orang yang buat demo ni kata, tapi pengasas RX Water ni pun menyatakan di dalam web site dia mengenai aura yang ada di dalam katrij penapis di mana di dalam katrij penapis ke-4 ada aura converter yang mempunyai healing capabilities.
----
Kebanyakan staf di jabatan aku beli RX-Water sebab tak ada water purifier. Tapi kalau ikut calculation aku (sebab aku dulu pun tak mampu nak beli, tapi sekarang dah ada), diaorng berkeupayaan untuk beli. Pada masa sekarang water purifier ada dijual dengan harga serendah RM 2,000. Sebagai contoh, Hai-o Bio Aura dijual dengan harga RM2,080++ (contact saudara khidir.). Dan kebanyakan water purifier ni pulak boleh bayar secara ansuran. Dengan kualiti air di tempat aku tinggal skrg ni, memang patut ada water purifier.

Friday, March 27, 2009

Selfish


According to Dictionary of English Language and Culture, published by Longman selfish is "adj concerned with or directed towards one's own advantage without care for others. I was really concerned about the parking lot at my office's building. There were limited lots and sometimes we have to park illegally where else. Not to mention, sometimes my staff's vehicles is much luxurious than the officers. And what was really upset and hate was their selfish act regarding how they parked their car. For me, if you don't know how to park your car properly or it just one of your selfish act, don't bother to drive one.
My late father always advised, " you drive your car not only with your five senses, but also with your brain! Without it, you just dumb as a cow!"

Tuesday, March 17, 2009

New member of the family

Alhamdulillah, kini adik aku dah bergelar bapa. Anaknya selamat dilahirkan dengan keadaan prematured pada jam 12.45 tghari tadi di Hospital Ampang. Adik ipar aku telah melahirkan anak lelaki (lelaki lagi....). Kempunan mak aku nak dapat cucu perempuan. Apa yang mak aku cakap.....beranaklah lagi selagi mak hidup. Maka jawapan dari aku, usaha tangga kejayaan.InsyaAllah.
---
UPDATE
Kata adik aku, baby boy tersebut akan dinamakan Mohamad Iqbal Fahmi dan beratnya 2.3kg. Kalau tak de apa-apa aral, InsyaAllah adik ipar aku akan discharge hari juga. Dan adik aku ada mms-kan aku gambar baby boy dia.

Ada macam muka baby boy aku - Amili..

UPDATE 2
Semalam adik aku dah bawa balik anak dia ke rumah untuk tunjuk baby dia pada kami sekeluarga sebelum berangkat pulang ke Taiping. Perjalanan daripada Hospital Ampang ke Taiping amatlah jauh dan memerlukan dia berhenti rehat dulu di TM untuk makan rehat dan mendapatkan perkhidmatan konsultasi (he..he..).
Bila dah tengok baby dia secara live, tak de sama cam baby-boy aku Amili. Pictures sometimes deceiving...

A visit to Section 5, Bandar Baru Bangi (with System Of a Down - B.Y.O.B. song as a theme)

Last week, after my son finished his Kem Bestari Solat, my family and I visited my sister-in-law's apartment at section 5, Bandar Baru Bangi. Even though myself a little lazy to be there, with a "encouragement" from my wife, we arrived at 6.30 pm. A heavy rain poured from bukit beruntung highway until b.b.bangi plaza tol exit. It is better to have rain, 'cause my little baby amili can have his nap. Actually, my in-law were having a little feast of moving to their new-owned apartment. I hate apartment, honestly I say. With the security guard and limited parking space and room space just like my office's pantry, I'm not enjoyed the venue. But luckily...this luckily is newly-opened, so there were still enough parking lot for me to park my Terios.
----
The Space
I'm still impressed with the space of the apartment. Bigger space for the bathroom. It was astonishing. Enough space for kids to play. In 2nd room, there was a space to put 3 seat sofa and 2 single bed. And at third room for a guest accommodation, we can have queen size bed with 29 inch tv and dvd player equipped. Compared with my big sister-in-law who'd lived in Metro Prima Kepong, still I say it is not comparable. The price for the apartment, around..RM110+++.00. ada berani...price cam tu boleh dapat semi-D house kat Kalumpang!

A place where we shut our eyes for the night..toto tak kemas lagi

---
The Incident
Hampir kesemua ahli keluarga wife aku termasuklah aku mengalami sakit perut selepas makan di majlis pindah rumah adik ipar aku. Insiden melarat sampai ke rumah kakak ipar aku di Kepong. Semua gara-gara daging rendang tok palsu yang disediakan oleh pihak caterer. Junior aku tak ada apa-apa sebab dia tak makan daging tu. Haru biru betui...

Wednesday, March 11, 2009

Last week story to tell.

There were a lot to tell about last week. But I just love to simplify it. Rather than old folk story. But sorry no photo even though I always said, pictures can tell a thousand stories.
----
My Terios's Health Check!

----
Mee Udang Revisited
Kali ini aku bawak mak aku, adik aku dan isterinya pergi ke Kuala sepetang untuk pekena mee udang banjir Mak Teh yang telah terkenal semenjak tersiar di dalam rancangan terbita TV3 - majalah3. Maka terkejut beruklah aku apabila sampai di situ. Seumpama orang berkenduri. Alhamdulillah dapat juga tempak duduk. Namun terpaksa menunggu hampir 40 minit untuk mendapat menu kami. Mee Udang RM10. Ada 9 ekor udang bersaiz sederhana besar dan manis-manis betul rasanya. Maklumlah, udang fresh. Juniro aku agak frust kerana pada hari itu tiada menu nasi ayam seperti kunjungan yang lepas. "Hari ramai orang...hanya yang berkuah sahaja yang kami dapat buat," kata salah seorang anak Mak Teh.

Tuesday, March 10, 2009

Al-Fatihah: Belasungkawa buat Pak Ngah Hashim

Bismillahirahmannirrahim - In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

[Ayat : 2]
Praise be to Allah, the Lord who safeguards and governs the entire worlds.

[Ayat : 3]
Most Gracious, Most Merciful.

[Ayat : 4]
Master of the Day of Judgment (the Hereafter).

[Ayat : 5]
It is You alone (O! Allah) we worship, and to You alone we look for help.

[Ayat : 6]
Guide us to the Straight Path.

[Ayat : 7]
The path of those on whom You bestowed Your eternal grace, not (the path) of those who invited Your wrath, nor those who have gone astray.

Amin....
----
Allahyarham Pak Ngah aku, iaitu suami kepada Allahyarhamah ibu saudara aku, Zainab bte Shahr@Sohor telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini. Tersentak aku dengan kejutan yang aku terima pada jam 11.00 pagi tadi.

Hanya ucapan Inalillah sahaja yang dapat diucapkan buat masa ini. Kerana kekangan kerja dan mesyuarat yang dhadiri minggu ini, aku pasrah. Namun petang ini aku mengambil keputusan untuk berziarah dengan seluruh keluarga aku.
---
Tak sampai setahun allahyarhamah ibu saudara aku meninggal, kini pak ngah aku pulak menurutinya. Kesan kerinduan mendalam pada isteri tercinta aku kira. Walaupun pak ngah aku tu tak pernah menunjukkan kesedihan sewaktu ibu saudara aku tu meninggal dunia, namun kesedihan di hati siapa yang tahu....

Wednesday, March 4, 2009

What happened to Darul Ridzuan?

Apa sudah jadi dengan nageri kelahiran saya?

1. Sudah ada dua kerajaan di negeri ini. 1 Kerajaan PR dan 1 lagi Kerajaan koboi ala-ala zionis. Nampak sangat negeri Perak dah jadi Palestine.

2. Kenapa payah sangat nak buat pilihanraya semula. Nak memerintah, main ragut ajer macam tu.

3. Sultan perlu buat istikarah. Tengok apa sudah jadi. Langsung tak bertanggungjawab. Memanglah pakar undng-undang, tapi bukanlag maknanya a good decision maker.

Tak tau nak cakap.

Tuesday, March 3, 2009

Amarah petang ini

Kadang-kadang saya sangat benci dengan tempat saya bekerja. Sering diperkotak-katik dan dipijak-pijak. Malah sampai tiada maruah yang tinggal. Di dalam organisasi besar ini, tempat kerja saya sering menjadi bahana diubahsuai, dicerca oleh bos besar yang begitu celaka yang dikenali dengan nama VC. Tindakannya amat jelas anti-jabatan saya. Sehingga apa aktiviti yang jabatan saya buat semuanya tak betul di matanya. Pada petang ini, saya betul2 marah tak keruan. Kerana jabatan kami perlu berkhidmat tanpa waktu henti dan senggang. Perlu beroperasi jam 7.00 - 8.00 malam. Juga perlu beroperasi tanpa henti pada hari Jumaat. Untuk keselesaan pengguna, kononnya. Celaka!!!

---
Saya sudah hampir 9 tahun berada di jabatan ini. Masih setia walaupun banyak keringat dah tumpah dan tanpa kenaikan pangkat yang setimpal. Isteri saya pun merasakan saya dah banyak memrah idea untuk memajukan jabatan saya. Memang benar, tapi aplikasi kurang dilaksanakan untuk menjayakan apa-apa jua yang telah dijalankan. Rakan-rakan yang lain pun sama macam saya. Dah penat! Cukuplah dengan hanya melayan kerenah bos jabatan saya. Benar-benar celaka!!!!
---
Saya rasa banyak sangat perkataan celaka yang saya guna hari ini. Perkataan itu tak mampu untuk mengubah apa-apa. Rasanya elok guna pedang malam untuk membungkam musuh-musuh seperti VC. Dan kadang-kadang aku hairan, kenapa top management kat organisasi aku ni bodoh dan tidak berpandangan jauh. Tak mahu berfikir menggunakan sebab-akibat. Itu sebab agaknya Allah dah kata lelaki elok jadi pemimpin. Bangsat macam mana pun seorang lelaki akalnya masih lagi 9!!

Monday, March 2, 2009

New nutrition for my Terios

Starting 2009, my car will be use new lubricant. I'd will dump the old Nasa engine oil semi Snythetic SAE 5W30. I've chose Castrol Magnatec 10W30 which is synthetic based engine oil and much cheaper than Nasa engine oil.

But it is not about the price that matters, the technology and reliability of the products that counts. After all, its not only a lubricants, its a liquid engineering!