Friday, November 27, 2009

Eidul Adha

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


----
Selesai sudah solat sunat hari raya aidiladha. Kini saya sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Cyber akan di log-off buat beberapa hari. Maka berjumpalah kita semula pada hari Isnin 30hb November. Yup...memang saya tak ambil cuti. Memang selalu macam tu. Orang lain cuti bagai lupa dunia, tak ingat tentang orang lain. Saya (dan beberapa rakan opis) sentiasa kena jaga opis. Nak tau hal ehwal saya, sila lawat saya di twitter. Lawat sahaja, bukan li**t.

Thursday, November 26, 2009

Alza and Elza

On monday, I was overjoyed to see the latest mpv produced by perodua. The feelings also shared among my families excluded my baby-boy. So we waited till the rain gone. And we off to the showroom and there were lot of people eagerly to view and test drive the new mpv. Well...it became less excited when I saw, there were no enough space for luggage if put the mpv into the full mode of 7 seats.

But, the design is pretty neat. And I snap a few shots myself just to share the feelings and perhaps your comment for this vehicle. ....or compare it with Proton Exora.

12V twin cam engine with DVVT is more powerful than saga AIFM (told by the sale advisor). But isn't that the same engine that been put under the hood of Toyota Avanza 1.5G?

I like the way they put the auto gear knob on the dashbord. Just like other luxury mpv.

And the name Perodua Alza is neat also. Just like the name of my colleague's daughter. He..he..
---
Unexpected thing also happened. Involving one of the staff at bursary department which I had working with in one of the project, ms. Elza Usman. Yes, she was involved in an accident which caused two of the passangers died at the scene. It was really sad news.
Just pray for her well being....cause at the moment we have problem with our systems integration!

Wednesday, November 25, 2009

Isogashi

Lama sangat tak update blog. Entry dah ada tapi cuma tak publish. Sibuk sesangat. Nantilah bila dapat masa senggang.

Monday, November 23, 2009

The housewarming:from noon till night.

Alhamdulillah, the tahlil and housewarming event went well even though I worried about the rain poured from early morning till the noon. I felt relieved when guests arrived early at 12.30pm but the day still with the small rain. WE served Nasi minyak, Chicken curry, Kurma daging, Ayam masak merah, Soto noodles, durian porridge, moist chocolate cake and traditional malay cuisine - Apam tepung beras.
Below are some of the the guests enjoying themselves (for meals).

These are my classmates of IS772 class. From left: gorgeous Ita, Cutey SJ and lovely Farah. Only two are available. Please do not hesitate to contact me if any of you are interested.

Some of the guests felt comfortable to eat in my kitchen area. ....actually it really crowded at living room and dining area. So some of the guests utilized the kitchen area.

As a host my junior knows how to entertain the guest especially his friends.

Not many people from my office as my event actually collided with my staff's wedding ceremony. It's okay, if they all come there might be a food shortage!

----UPDATE
A request come from a friends that unable to come to my house on saturday...wish to see my house. So, they decide to come on tuesday after work. Not much to offer for them, a friend mee with prawn and little bit tour of my house.He..he..
.......and thanks for the housewarming gift.

Wednesday, November 18, 2009

Another story: Terios aircond service!




I just let the photo do the talking. Gladly, the service cost me only RM 130.00 only. Luckily the lubricant was put earlier befor this major breakdown. So guys, please service your car aircond every 50,000km. If not you only wasting your moner refuelling the gas without knwoing that ur filter and compressor need to unclogged and clean.

Tuesday, November 17, 2009

Tahlil and housewarming

Bagi kepada yang dijemput untuk majlis housewarming di rumah baru saya, disini saya kepilkan pelan ke rumah saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Visio 2007 kerana atas bantuan untuk menyiapkan pelan rumah ini.


----
Kepada geng INFO96 yang baca blog saya dijemput untuk hadir ke majlis ini - Che' Mer, Farish, Parjo, PNut, Lantz dan rakan-rakan saya yang bertugas di negeri Dato' MaharajaLela ini.

Tuesday, November 10, 2009

A Night in Kuala Kangsar

Main attractions or main area in Kuala Kangsar. And this town will be dead around 10.30 pm when this two premises shut off their operations. Another area will be dead around 9.30.

Monday, November 9, 2009

Shocking news

Memang mengejutkan! Memang tak sangka. Kalau aku tak bertembung dengan kakak sepupu di laluan pekan Tg. Malim setelah pulang dari brunch, memang aku sungguh tak tau. Dan kalau mak sedara aku maklumkan pada aku seawal pagi sewaktu insiden berlaku, dah lama aku berada di sana.

Tak disangka-sangka sepupu aku ditimpa kemalangan pada pagi Ahad. Status keadaan dia - koma dan masih lagi tidak sedarkan diri walaupun darah beku yang berada di lapisan antara kulit kepala dan tengkorak telah dikeluarkan. Brain pressure meter masih lagi menunjukkan angka di atas 20. Diantara 23.7 - 24.1. ramai sedara mara kami datang untuk melihat keadaan. Ayah sedara aku yang duduk di Kota Singapura akan datang pada hari Rabu ini untuk melihat keadaan sepupu aku. Lama juga aku berkampung di wad dan apabila tirai malam mula datang, aku pun mengundurkan diri dan berjanji akan datang lagi weekend ni.

----
Setelah itu aku bergegas pergi ke rumah adik ipar aku, apalagi anak-anak aku perlu dibersihkan dari segala macam anasir yang ada di hospital. Daripada yang kasar hinggalah halus. Seperti biasa family adik ipar aku dah standby dah nak ajak makan malam di luar. Walaupun keberatan sebab perjalanan nak balik ke rumah aku masih jauh, terpaksa jugalah terima sebab perut kami pun dah lapar. Dan time dah habis makan, aku decide biarlah aku yang bayar sebab bila datang rumah dia asyik husband adik ipar aku jer yang keluar duit.


---Nota
Gambar diatas adalah sesi mengenyangkan diri. Gambar keadaan sepupu aku tiada dalam post ni, sebab kakitangan wad ICu tak benarkan ambil gambar.

Tuesday, November 3, 2009

The Journey

Aku mulakan perjalanan seawal pagi 7.15 am. Ke mana? Satu destinasi yang diarahkan oleh boss aku. Malas? Dah tentu. Penat balik dari kampung malam tadi pun tak hilang lagi, awal pagi dah kena bergerak ke arah utara. Melalui kawasan ini memang akan kena lalu kat kabus pagi-pagi ni. Tambahan kalau malam sebelumnya hujan turun mencurah-curah. Lagipun kawasan ini dekat dengan Banjaran Titiwangsa. Mujur kabus tak tebal sangat. Kalau tebal pun tak kisah sangat, Terios aku ada fog lamp.

Setelah penat memboringkan diri, aku terus bergegas balik (ye ke?). malas nak tunggu lama-lama. Apabila balik, hujan pulak turun mencurah-curah kat kawasan highway menghala ke selatan. Adalah few kemalangan dalam perjalanan, ada yang melibatkan kereta, ada yang melibatkan lori. Tapi tak sempat nak snap ngan Pixon aku. nanti aku pulak jadi penyumbang kepada laluan traffik yang perlahan.

Hujan-hujan pun bantai 100km/h. Tak kisah all-time 4WD banyak bagi keseimbangan. Lagipun tayar masih lagi ade thread dia. Kena pakai cash untuk tol. Maklumlah nanti senang nak claim. Kalau guna smart tag aku, confirm nanti finance department aku susah nak layan tol claim sebab tak de b&w prove.

Inilah dia peneman aku sepanjang jalan iaitu caramel cappuchino by Dunkin Donut selain aku punya FM Modulator yang banyak menyumbangkan lagu-lagu punk rock, nu-metal, old school punk dan thrash metal daripada thumb drive 2GB Kingston. Kalau layan radio karang bole jd ngantuk sebab banyak dengar Dj berceloteh yang kadang-kadang ngarut gila.

---
Ke mana aku pegi? Politeknik Ungku Omar Ipoh di atas satu program pelancaran gerakan membaca dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Bosan?

.....Dah tentu!

Intrusion


Umpama Israel menagih tanah Palestin. Peribahasa baru yang dirasakan sesuai dengan gambar di atas. Insidennya, hanya mereka-mereka yang tahu.


---Nota
Judul post mungkin tak sesuai dengan isi kandungan. Tapi secara realitinya, hidup kita adalah abstrak.