Friday, February 12, 2010

3 B - Bodoh, Bangang, Bahlol

Dari Abdullah Bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Siapa yang minum minuman keras di dunia dan ia tidak bertaubat dari kesalahannya ini, Maka ia tidak akan memperoleh nya nanti di akhirat.(Riwayat Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ”
----
Memang mengejutkan! Sudah berani secara terang-terangan! Sewaktu ke Billion untuk beli bekalan harian dan pakaian untuk anak-anak aku, terserempak di satu meja, orang melayu Islam yang duduk semeja dengan bangsa cina sedang meneguk khamar atau air kencing syaitan.
Aku terus mengutuk keadaan camtu dengan renungan tajam namun mamat tuh masih dengan selamba bodoh. Anak aku yang baru sekolah rendah tahu perbuatan itu haram dan dilaknat Allah. Dan aku berdoa biarlah dia dan rakannya benar-benar dilaknat Allah! Mati ka...kena langgar lari ker - (Doa itu juga untuk umat Melayu yang murtad daripada agama Islam).

--- 
Saranan aku majlis agama Islam pun patut ade hotline cam LPKP untuk banteras perkara camni dan public canning untuk umat Islam yang teguk air kencing syaitan adalah wajar. Sebab apa? Sebab hukum dari Allah sahaja yang dapat membendung sifat manusia nih!

--Kalau siapa kata aku beremosi, memang iman low class betul.
 

Heat

Sebenarnya saya dah bangun seawal jam 4.30 pagi. Awal daripada alarm clock saya. Tak boleh tidur. Hangat. Panas dan sewaktu dengannya. Sukar untuk tidur dengan lena dengan keadaan suhu yang bisa mencairkan bulu kaki. Masuk malam tadi dah tiga malam saya tak boleh tidur lena disebabkan panas. Dua kipas di pakai pun masih tak mampu nak meneutralkan suhu.

Saya tak mampu nak pasang aircond. Pada rakan-rakan yang rumahnya ader aircond, beruntung betui dapat tidor lena. Jadi jika saya tidak efektif atau otak saya tepu sewaktu di pejabat , tolong jangan salah kan saya!

Sunday, February 7, 2010

He got him self a new phone.

Asyik membelek web site handphone ajer dua tiga hari yang lalu. Kemudian asyik tanya harga handphone aku dan si ibunya. Kemudian tanya boleh tak dia pakai PDA O2 aku yang jarang-jarang aku sentuh.