Tuesday, July 27, 2010

After weekend.

I dare said that last week was a wonderful weekend. Getup late. No relatives coming to visit. No exhausted outing. Just relax and enjoy the moment. Alas, my wife was fasting. So we respected her condition and enjoy the relax weekend.
At first we planned to have a family outing, maybe just short visit to Shah Alam or Kepong. But we end up just lazying around for two days.

Sunday, July 18, 2010

The journey of 359km

Sepatutnya post ni keluar pada 11 julai yang lepas, tapi disebabkan kesibukan hakiki di tempat kerja dan di rumah terpaksalah ditangguhkan. Kali ini junior aku terpaksa berjauhan seketika dengan keluarga. Ini disebabkan keinginan dia nak menyertai kejohanan taekwando sekolah-sekolah seluruh negeri Perak. Kejohanan ini berlangsung di pekan Selama pada 10hb Julai 2010 iaitu bersamaan hari Ahad.

Friday, July 16, 2010

Hike

Minyak naik lagi. Kenaikan 5 sen menjadikan minyak petrol RON 95 berharga RM1.80 seliter, manakala RON 97 jadi RM2.10. Bukan itu sahaja, harga gas naik 40sen sekilogram sementara gula naik 25sen sekilo. Bising. Semua orang mesti bising. Sebab kenaikan harga barangan ini menyebabkan pertambahan atau perubahan pada spending habit atau bajet bulanan masing-masing.

Berita tentang price hike aku dapat sewaktu balik dari ambil anak aku dari kelas taekwando. Terima sms dari kawan seopis. Tak berapa yakin. Disebabkan nak confirmation, aku buka channel Astro Awani. Dan pembaca berita jam 7.45 telah mengesahkan dengan kenaikan harga.

Parah! Sat-sat itu aku ajak ahli keluarga aku keluar untuk full-kan tank kereta. kereta aku perlukan tambahan 20 liter atau bersamaan RM36. Rasa-rasanya kalau tak kemana-mana tahanlah 1 minggu full tank tu.

Namun begitu, tahniah kepada pimpinan DS Najib di atas kenaikan ini sebab gaji kakitangan awam tidak berupaya menampung pertambahan bajet isirumah. Bravo!