Monday, August 16, 2010

Note to myself

Sepatutnya aku buat entri pasai persaraan big boss aku, tapi disebabkan photo belum diedit dan digrafikkan terpaksalah menangguhkannya dulu. Orait. Arios, nak tidur nanti tak bangun sahur pulak aku.

" Hadis Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda:” Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya"

Hancus

Ini kisah budak yang menggelarkan dirinya Salleh Gregor Samsa. Kalau baca snapshot dari Facebook, memang dia dah confirm murtad. Dan murtad adalah dosa sebesar-sebesar dosa. Semoga Allah SWT menunjukkan kekuasaanNYA pada mamat ni. Dan pada aku dia inilah dajjal kecil yang turun ke bumi Malaysia ini. Semoga ALLAH melinndungi anak-anak aku dari manusia sebegini.

Sumber boleh check di sini.

Wednesday, August 11, 2010

My boy and Timmy

Minat terbaru baby-boy aku selain daripada layan cerita Chugington dan Agent OSO. Tatkala dengar jer muzik theme untuk cerita ni dia dah excited berpusing-pusing lah dia. Actually Timmy tu adalah siri tv dalam Disney Channel - Timmy Time. Dan Timmy adalah anak kambing biri-biri yang masuk Taska. Timmy Time adalah spin off dari Shaun the Sheep yang mana adalah spin off dari siri Wallace & Gromit.
Salah satu aksi dari siri Timmy Time.
Inilah dia si Timmy tu!
Dua ekor guru di taska tempat Timmy belajar. (Rasa cam kecik jer 32" ni....hmmm)
Tengah kusyuk layan tetiba nampak ayah dia snap picture. Memusing nak posing.

---
Timmy Time merupakan sebuah rancangan yang memaparkan Timmy si anak kambing biri-biri. Mengisahkan Timmy yang belajar di Pusat Asuhan Kanak-Kanak yang dikendalikan oleh dua 'ekor' guru iaitu Harriet Heron dan Osbourne Owl. Di pusat asuhan ini, pelbagai aktiviti yang dianjurkan untuk Timmy dan rakan-rakannya iaitu melukis, membuat muzik, permainan blok serta segala-galanya mengikut waktu; - waktu tidur, main dan masa bersnek.

Timmy Time dicipta oleh Jackie Cockle di United Kingdom dan siri tv diterbitkan oleh Aardman Animations. siaran ini mula diterbitkan pada 6 April 2009 dan boleh ditonton di saluran Playhouse Disney dan CBeebies.

Notes of Ramadhan

"Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. (HR Bukhari & Muslim)"

Waiting for Imsak

Sahur pertama bagi hari ini dan actually waktu aku taip post ni, dah lebih dah waktu imsak bagi zon 1 Perak Darul Ridzuan. Anyway...selamat berpuasa untuk semua.

Monday, August 9, 2010

Even journalist make this mistake.

Berkurun lama dah rasanya masalah ini. Librarian adalah pustakawan. Bukan perpustakawan. Dan pustakawan adalah qualified profesional person bukannya budak sekolah menengah dan sekolah rendah yang dipilih jadi pengawas pusat sumber. Malah ini berlaku dalam sebuah buku yang diterbikan PTS Profesional. Betapa bodoh dan cetek pengetahuan pemilik syarikat itu. Dengar cerita pemilik PTS adalah kakitangan akademik bertaraf profesor. See....even journalist and academic staff make those idiot mistake.