Friday, January 28, 2011

Bettlebum

Bettlebum. Waktu post ini ditaip, lagu nyanyian kumpulan BLUR ini sedang berkumandang. Irama nyer kena dengan mood saya ketika. Kenyang, perut sebu dan mata mengantuk serta rasa sesalan yang amat sangat. Kenapa kesal? Salah pilih tempat makan jadi saya tak dapat pekena barli air hari ini. Barli ini elok untuk sesiapa yang masalah dengan buah pinggang dan juga urination. Untuk atasi masalah ni, saya banyak amik ubat homeopathy [ooops. stop sat..nak layan lagu favaorite saya - coffee & tv]. Homeopathy punya ubat banyak bergantung pada bahan organik dan herba (source), so side effect pada tubuh badan kita memang tak ader. Berbanding ubat hospital atau allopathic, banyak menuju kepada buah pinggang.
---
Petang ini, saya ada mesyuarat bersama top management universiti. Dan pertama kali bermesyuarat dengan salah sorang top management universiti yang baru. Masih tak tau rentak dia, so tak boleh buat assumption macam mana gaya pengurusan beliau. Currently, memang saya sedang buat persediaan untuk mesyuarat. Sehinggakan saya dah rasa letih dan mata saya sakit. Saya lari dulu ke blog ini. Rasanyer saya perlu repair spek baru saya, sebab mata saya asyik berpinar-pinar ajer (betui ke statement nih-kepala ker mata yang berpinar?). Spek baru saya patah pada frame tangkainya gara-gara bergurau ngan anak-anak.
---
Jawapan untuk soalan riddle yang saya bagi last post ialah...............
私の隣人 - watashi no rinjin.

Wednesday, January 19, 2011

Who are they?

They shut the grill door, whenever we opened ours. They open theirs when we shut ours. They ask their kids to get back to the shell whenever our son step out to play. They run back to their barrier shelter, whenever they see our car come back from etc. etc. Who are they????


for the answer, please stay tune for next post. Your answers are most welcome. Keep tryin' and you'll may be end up with a surprise gift from our sponsor.

Monday, January 17, 2011

No coffee and no tv.

Dari last week aku dah diberi hint. Bermula dengan rasa kurang selesa di tekak, dan ketidakselesaan hendak menelan apa saja yang disumbatkan ke mulut (termasuklah anak lipas !). Selepas itu terus aku hampir hilang suara adan hidung aku mula dipenuhi mukus. Saliva aku mula berubah rasa. Dan last week doktor dah diagnos aku demam selsema. So aku diberi MC last week hari khamis. Dengan ubat yang dibekalkan, aku tak berdaya untuk membuat apa saja kerja (patutlah doktor kata dengan ubat yang saya bagi, awak memang patut dapat MC).

Wednesday, January 12, 2011

Khurafat dan masuk rumah baru

Awal pagi ahad dah ada orang yang memanaskan hati dan jiwa saya sebagai pengamal rawatan Islam. Isu penggunaan garam kasar dan lada hitam dikatakan khurafat. Malah ada jugak yang berani mengatakan ianya adalah persamaan dengan ajaran kristian yang menggunakan holy water dan salt. Saya aju perkara itu kepada guru saya. Dia kata itu adalah medium, medium adalah sebahagian dari ikhtiar. Seperti mana penggunaan air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan diberi minum, disapu muka atau digunakan untuk mandi. Sekiranya orang yang diubati itu mempunyai kekuatan rohani yang kuat dan suci, dia dapat rasakan roh bacaan ayat kursi itu meresap ke dalam jiwa dan mampu mengubati dirinya tanpa sebarang medium. Namun, kenapa dikatakan khurafat? Kita ambil maksud khurafat itu. Apakah maksud khurafat?

Dari segi bahasa, khurafat adalah "membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik." (Ust. Abd Rashid, UniKL-MSI).


Dengan kata lain, khurafat adalah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Manakala dari segi istilah, khurafat adalah penyelewengan dalam aqidah Islam. Amalan dalam perkara khurafat adalah mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Malah dalam perkara mudah, kita pening. Kita percaya kita makan panadol kita boleh sembuh. Itu adalah contoh  mudah kita khurafat. Kerana kita percaya pada panadol kita akan sembuh dari pening tadi bukannya Allah yang sembuhkan.


Menyentuh tentang penggunaan garam kasar dan lada hitam tadi, jika kita percaya roh benda-benda itu tadi yang selamatkan kita, maka khurafatlah kita. Secara umumnya, unsur khurafat akan timbul apabila wujud elemen percaya pada diri kita terhadap kuasa yang dibawa oleh benda tadi. Ini pun boleh jugak dikategorikan sama macam orang pasang mp3 zikir ruqyah, tampal atau gantung ayat quran dengan tujuan nak elakkan jin atau syaitan masuk. Seperti mana yang ustaz aku bgtau tadi, itu adalah alat dan alat adalah sebagai ikhtiar. Tak de salah pada kedua-dua item itu.


Mengenai masuk ke rumah baru pulak, mengikut amalan yang disyorkan oleh guru-guru seperti Dato ' haron Din (orang wahabi kata dia ni ahli sihir) dan ulama terdahulu:
  1. bagi salam. tengok saper yang jawab.
  2. Baca doa masuk rumah baru. 
  3. Langkah masuk kaki kanan.
  4. Rasa tenguk dan bulu roma. Kalau rasa semacam maknanya dah penghuni./
  5. Bukak tingkap atau pintu.
  6. Azan di tengah rumah mengadap kiblat.
  7. Baca Surah Yassin 3 kali.
  8. Air bacaan yasin boleh direnjis seluruh rumah sebagai tanda suruh penghuni yang ada keluar. Sebab yang beli rumah kita. Dia duduk secara haram.
  9. Bacaan Al-Baqarah bila kita confirm nak duduk.
atau boleh panggil ustaz untuk bersihkan. Garam kasar dan lada hitam itu digunakan sekali dengan air dan sewaktu merenjis baca ayatul-kursi. Ustaz tu akan confirmkan penghuni tu dah keluar ke belum. Kalau kita ni mata sixth sense cam mata budak bawah 5 tahun, ok lah jugak boleh nampak benda-benda halus (anak aku siap describe camne rupa dia kalau dia nampak). Tapi janganlah bertindak bangang sangat bagi fatwa kata khurafat. Yang khurafat tu apabila kita buat kenduri arwah si mati 3 hari, 10 hari, 44 hari dan seratus hari atau gantung gambar Nik Aziz semoga dapat berkat.


Jadi persoalannya, di mana letaknya elemen khurafat tu? Bukankah dari amalan dan fokus kita juga. Sama macam kita baca surah al-baqarah untuk elakkan dari jin dan syaitan masuk rumah walaupun memang salah satu fadilatnya dapat menghindarkan jin dan syaitan masuk rumah selama 3 hari. Iktikad kita dah lari daripada kita menghidupkan ayat-ayat Allah untuk mendekatkan diri kita dengan Pencipta yang Agung Allah SWT.
Tambahan pula, di dalam rawatan pengubatan Islam, penggunaan benda-benda berasid seperti cuka, lada hitam dan garam adalah untuk merungkaikan atau menolak unsur-unsur seperti jin atau medium sihir yang menggunakan jin. Malah disarankan jika sesiapa yang nak meninggalkan rumah lebih dari tiga hari disarankan meletakkan cuka di tengah rumah untuk elakkan penghuni lain check-in maklumlah dia pun cam kita nak cari tempat untuk cuti-cuti Malaysia. Cuma taste dia lain dari taste kita.


Justeru itu, tak payahlah kita nak beria-ia refer halaqah ke, check internet ke sebab ustaz pun ada macam-macam. Ade yang western-based, ada yang education-based dan ada yang kemahiran dan pendidikan mengenai kaedah perubatan dan rawatan Islam seperti Dr. Amran Kasimin, Dato' Ismail Kamus serta Dato' Haron Din. Jangan lagi mengatakan khurafat jika kita ini bebal mengenai perubatan Islam dan kaedahnya.

Tuesday, January 4, 2011

Enter 2011

I'd enter the year 2011 with little inconvenience myself. I entering my work site today with some curse and anger. Still figuring what caused it, I've been told by my associate and my staff about some of a complaint made by our patron have been taken seriously by our big big boss. Considering the problem brought by that idiotic patron is tiny weeny, I'll cursed them! And the top top management wants the explanation. Come see me and I'll explain.

So today is the forth day of January. Still feel little awkward (I'd on leave since 30th Dec). So, we start shift and still cannot say about this run test. Has to make full run in two week of times and than ask for their feedback. I disappointed with the schedule which is not according to my work plan which can cope with unexpected with incident or plans by top top management later on. Why? Because honestly I say they still want the 'pleasure' they once had.

I need to calm. Yes, calm. That's what matters.