Thursday, February 24, 2011

Enjit-Enjit Semut

Gamat sungguh rumahtangga buat dek cerita hantu Kak Limah. Dengan adenyer Astro First tak perlu lagi ke pawagam. Cukuplah kat rumah dengan Astro Beyond dan Pioneer HTZ180DVD home theater melayan cerita hebat dari Mamat Khalid. Baby-boy aku jangan citer lah tiap-tiap petang nak mintak tengok citer 'hatu mah lik umah'. Kadang-kadang kalau tak nak bagi dia kacau ibunya siapkan makan malam, bagi dia layan citer nih. Satu cerita komedi KePerakan yang amat menusuk jiwa dan memecahkan batu karang (kalau ada). Eiiih...simpang!, kata Usop.

Kesan? Jangan cakap cerita ini tak meninggalkan kesan dan sindiran. Setidak-tidaknya se das dua mesti kena. Contohnya, English education, kisah attitude seorang pembantu perubatan, mulut tempayan dan macam-macam lagi serta cukuplah tu aku ni bukan pengkritik dan pengulas filem seperti mana kawan-kawan yang lain. Anyway, kat bawah ni antara scene yang ditengok dan langganlah Astro First! Hua...hua..hua..Buat adik-adik ipar aku, cakap banyak tak guna langganlah astro.

Ada sape-sape contact number si Musalman anak si Limah tu? | Scene selepas mayat pembantu rumah diangkut dengan ambulan dan orang kampung sangka itu mayat Kak Limah.

Ni bomoh chopra tengah nak menghalau anasir yang menganggu kampung. Sampaikan Nang Nak ngan hantu kopek pun keluar. Pak Abu sedang bagitau Ucop lagu Elton John yang jadi favorite dia.

Hei Hantu jahat, nyah kau dari sini. Sabor je le!

Belasungkawa for old friend

Nama dia Mohd Shukri Jaafar. Dikenali oleh rakan-rakan dengan panggilan Shuk. Dikenali dengan muka yang serius tapi berperwatakan pak lawak macam Yasin. Last sekali aku dengar dia dah ditamatkan kontrak di DBP. Shuk selalu dimasukkan ke hospital akibat penyakit dia. Dan selalu hantar sms ke kawan-kawan memberitahu dia dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang dialaminya. Sering merungut betapa boringnya dia di wad. Tak sangka di dalam watak pelawak yang didokongnya, ada menyimpan beribu beban yang dipikul.
----
Pagi tadi, aku terima sms dari sahabat aku, Esmi 'parjo' Yusri. Kandungan sms mengejutkan aku. Inalillah. Sahabat kami INFO96, saudara shukri telah kembali menemui Yang Esa petang semalam. Mengejutkan dan tak sangka penyakitnya semakin kritikal dan meragutnya. Selepas ini tiada lagi sms dari dia yang memberitahu tentang keadaaan dirinya. Al-Fatihah untukmu sahabat.

Bismillahirahmannirrahim - In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.
[Ayat : 2]
Praise be to Allah, the Lord who safeguards and governs the entire worlds.
[Ayat : 3]
Most Gracious, Most Merciful.
[Ayat : 4]
Master of the Day of Judgment (the Hereafter).
[Ayat : 5]
It is You alone (O! Allah) we worship, and to You alone we look for help.
[Ayat : 6]
Guide us to the Straight Path.
[Ayat : 7]
The path of those on whom You bestowed Your eternal grace, not (the path) of those who invited Your wrath, nor those who have gone astray.
Amin....

Photo was taken at Bentong which is I'd invisible in this picture. Had to went back home because of my late father illness. This is the only photo I found that pictured Shuk in it. Shukri Jaafar in the circle.
---
Kini kami warga INFO96 telah berkurang 2 orang - Saudari Farah dan Saudara Shukri. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang yang soleh. Amin.

Thursday, February 17, 2011

Old Friend's visit

Hari ini aku dikunjungi oleh sahabat lama yang telah menjadi top management state library. Last sekali aku jumpa sewaktu seminar di SKMM. Tak banyak yang aku dapat kongsikan sebab beliau macam urgent ajer. Cerita banyak berkisar pasal live and survival aku sekarang. Masing-masing mengeluh pasal kerenah management yang tidak menitikberatkan kemajuan library. Peter Drucker pernah berkata salah satu indikator sebuah negara maju adalah pertumbuhan pesat ilmu-ilmu baru dan perkembangan perpustakaan dan pusat-pusat sumber. Negara jiran kita Singapore menitikberatkan perpustakaan untuk perkembangan ilmu pengetahuan rakyat dia dan perpustakaan menerima bajet yang amat besar. Kita? Ada politician amik kisah? Ade politician kita menekankan perkara utama yang diambil serius oleh Nabi SAW iaitu menuntut ilmu dan membaca? Sorry beb...Tak sempat aku nak tanya pasai PhD dia, kalau tanya pasai masters aku, senyum sumbing jerlah aku.
---
Ade lagi makhluk yang suka-suka hati menambah huruf 'h' dalam nama aku supaya nampak macam nama mamat yang menang AF2 tu. Elok ker kalau ditampar jer?

As Salam untuk AKUM

Sekadar untuk sharing maklumat yang aku perolehi dari laman Facebook (saya pun pengguna Facebook!). Sangat menarik untuk dikongsi bersama.


JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

by De'Syifah E-Store Brunei on Wednesday, February 9, 2011 at 4:21pm
بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

اَلسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Saturday, February 12, 2011

NCIS 8

I' looking forward to watch new season series of NCIS. It's the latest, the 8th season. I've already collected the series episodes started from the season 01 till 07. But unfortunately due to some technical disaster, the only remain in my collection were season 05 and 06. And I'd to rebuilt my computer back then.