Thursday, June 6, 2013

Neng Neng Nong Neng

Bunyi pelik tapi dari segi susunan lagu sedap dan menarik haluan telinga aku. Wife aku pun pelik bila aku dapat teka nama lagu dan ikut lirik tatkala lagu berkemundang kat Suria FM. Neng neng nong neng...neng neng nong neng...ha..ha..ha..sempoi lagu ni bro. Dan seperti yang dijangka penyanyinya adalah Ahmad Dhani. 

Namun begitu ada aku dapat info bahawa lagu ini bukan idea sebenar daripada Ahmad Dhani. Ianya adalah idea daripada seorang peserta Indonesian Idol yang buat ujibakat. Lagu yang dibeli secara on the spot oleh Ahmad Dhani dengan harga Rupiah 5juta adalah nukilan M. Ridho yang berumur 21 tahun. Godek punya godek kat internet dapatlah aku jumpa video ujibakat Indonesian Idol yang dimaksudkan.

 Selepas tu lagu tersebut diperfectkan oleh Ahmad Dhani. Tapi ada yang cerita kat web, model lelaki dan baby dalam klip video tu semuanyer anak Ahmad Dhani. Betui ker??!!