Tuesday, April 26, 2016

Cerita III: Teambuilding Retreat

Hari pertama--sesi taklimat pengurusan dan pembahagian kumpulan.
Sambung semula cerita teambuilding. Sambungan yang agak panjang dan besar kemungkinan ramai yang dah lupa dengan post yang ni. Orait seperti mana yang mungkin aku dah informed, retreat ini dibuat untuk memaklumkan kepada semua staff mengenai penstrukturan baru yang dibuat untuk penjenamaan semula organisasi kami. Malah rebranding atau penjenamaan merupakan satu proses untuk mentafsir semula fungsi dan juga menetapkan semula strategi operasi sesebuah organisasi apatah lagi organisasi berkenaan berorientasikan perkhidmatan. Bagi hari pertama atau malam pertama (lain macam kalau sebut malam pertama), Big Boss akan bagi ucapan alu-aluan dan seterusnya menyampaikan penstrukturan semula carta fungsi dan organisasi jabatan. Seterusnya taklimat berhubung dengan Pelan Strategik 2015-2020 jabantan. Tang ni rata-rata aku lihat hanya a few kakitangan sokongan yang ambil endah dengan apa yang big boss nak share dengan semua kakitangan. Sedangkan depa tak tau macam  mana kakitangan yang terlibat memerah otak untuk merealisasikan itu semua dan menjadikan jabatan kami mempunyai peranan penting dalam merealisasikan apa yang universiti nak capai. Mungkin juga mereka beranggapan tiada part diaorang dalam ni. Diaorang lupa everyone ada part masing-masing yang mana kalau tidak dilaksanakan berdasarkan tanggungjawab yang telah diberikan maka akan pincanglah jabatan. 

Hari kedua--outdoor dan aku cuma berada pada sebelah pagi sahaja.
End of day 1. Actually malam tu taklimat pengurusan abis awal, so ramai yang berangan-angan nak ke Cowboy Town malam tu. Namun apa kan daya malam tu lah hujan turun dengan lebat. Dah la jarak accommodation dengan ballroom agak jauh. Sepelaung jaraknya, kata orang-orang dulu-dulu. So kena bawaklah tido awal. Esok pagi
berkumpul lah kami di Terrance Golf untuk bergeraak ke lokasi teambuilding. So dah ada dua orang instructor yang dah tunggu untuk aktiviti yang telah dirancang di mana melibatkan kreativiti,  agility, teamwork dan critical thinking. Kalau nak cerita satu-satu aktiviti yang dibuat sampai ke chapter 4 post ni, so enjoy jer lah picture yang ada. By the way, sebenarnya agak malang bagi aku pada second day ni. Aku hanya dapat involved untuk acara pagi sahaja. Kaki aku terseliuh dan kesakitan hanya mencucuk-cucuk  selepas waktu lunch. Bak kata salah sorang staf aku ...dah masuk angin urat yang sakit tu. Aku tak pasti kat area macam mana terjadinya. Mungkin aku ada salah landing sewaktu testing di batang log keseimbangan kot.

Sakit? Tuhan sahaja yang tahu. Dah lah jarak tempat lunch dengan tempat penginapan memang jauh. Memang menyeksakan betul. So ambik langkah drastik, minta wife aku urut untuk legakan urat. Tapi yang paling menyakitkan bila Big Boss mintak aku turun jugak petang tu untuk bagi support pada staff. Takkanlah tak tahu sakit terseliuh macamana. Ingat aku main-main. Nak ke bilik air pun mintak tolong anak aku yang sulung papahkan jugak. Apatah lagi nak berjalan jauh tu. So dari jam 2pm membawak ke jam 7pm, 3 sesi lah jugak wife aku mengurut kaki aku.  Semata-mata memastikan aku dapat pergi dinner pada malamnya.


Lelaki kabaret waktu dinner. Sakit seliuh kaki sebenarnya masih terasa. 

Retreat Day 3 dan sesi bergambar afterwards.
Whooa...panjang la pulak post ni. Tak larat nak mencoret. Walaupun ada yang aku komen kami government servant ni mengabiskan bajet jer bila buat teambuilding. Actually banyak benefit yang kita boleh dapat. Bagi aku yang salah seorang Encik Boss, waktu nilah aku dapat tengok macam  mana karakter sebenar seseorang, level of leadership diaorang dan daya kreativiti. Aku juga nampak bahawa satf yang muda-muda ni dia punyer level leadership dan compliance level diaorang dengan idea orang lain agak bagus compare dengan staf yang matang-matang yang dah masuk abad usia diaorang.

Benefit lain yang aku boleh simpulkan adalah dapat meningkat produktiviti apabila masuk semula bekerja di pejabat sebab otank diaorang telah dipaksa bekerja di luar zon selain dapat meningkatkan motivasi. Apatah lagi kalau  lepas ni ada rewardship untuk diaorang. Ok lah panjang bebenor daah ni. Nanti muak korang baca. So apa lagi......Arrioss!






Tahniah Mat Cheng!

Tahniah buat Mat Cheng. Hang memang mengharumkan nama Batch 33 Starian.

Sunday, April 24, 2016

Librarian's Nite Dinner 2016

Satu masa dulu perkataan librarian ni merupakan satu perkataan yang amat janggal pada aku. Itu tak termasuk maksud librarian itu adalah pustakawan. Aku mula kenal perkataan librarian yang maksudnya dalam bahasa melayu adalah pustakawan ketika di tingkatan 3. Dan saat itulah aku belajar yang orang kerja di perpustakaan itulah pustakawan, namun persepsi itu adalah salah. Sewaktu berada di tingkatan 6, baru aku tahu pustakawan adalah individu yang mempunyai kelayakan profesional kepustakawanan yang menguruskan pusat-pusat maklumat dan bukannya pengawas pusat sumber yang kadang-kadang cikgu sekolah nobatkan sebagai pustakawan.


All librarians photo. Aku terperuk di tepi.
Saban tahun pada tanggal 16 April Hari Pustakawan Sedunia itu disambut. Namun situasinya di Malaysia ini agak hambar. Hanya beberapa institusi sahaja yang ambil endah dengan keistimewaan profesion ini akan menyambutnya termasuklah organisasi tempat aku bekerja. Kami mula menyambutnya kalau tak silap pada tahun 2003. Kemudiaan sambutan ini freeze dan dimulakan semula pada tahun 2013. Sambutan lebih tertumpu pada dinner dan interaksi sesama kami so we leave out the burden of works dan kami enjoy with chit chat and games. Sewaktu junior librarian handle the dinner, kami anjurkan karaoke and it was blasted!

With womens futsal player. Automation librarian on my right and PR librarian at my left.
Concept yang diketengahkan adalah every division will be responsible to organize the dinner with the theme. So my ex-division pioneered the event that held at Bukit Beruntung Golf Club with smart casual dress code. The next event was organized by other division on 2015. Their choice of dinner theme was astonishing. Back to school yer all. Memang hillarious. Bayangkan dengan deco yang menggambarkan pelbagai personaliti yang wujud kat sekolah. Aku dengan personaliti SPM best student. Gempak!! Masing-masing dengan school attire. Dan ada yang berabis beli pakaian sekolah tu tak termasuk yang pakai gaun ala-ala budak sekolah international. Memang sporting abis.

For this year, tarikh penganjuran dibuat pada tanggal 16 April 2016 which final day for our organisation sukan staf. So aku sendiri agak lambat tiba ke Kelab Shah Alam, tempat di mana event dianjurkan. Sorry to this, jalan agak jam. Aku bertolak dari Metro Prima, Kepong iaitu dari rumah kakak ipar aku. Yang lain-lain bertolak dari TM, so straightly dari sana ke sini. Waktu aku tiba semasa jam 8.40, orang lain tengah menjamu selera. Kira baru abis starter course untuk dinner tu. Dan apabila tengok masing-masing punya attire malam tu, aku rasa aku punya yang paling sempoi. T-shirt and my best jacket jer.

So after dinner,ada sedikit games yang dimainkan, teka-teki...so yang menang dapat hadiah dan tak boleh jawab after that sebab dah dapat hadiah. Tahun ni tak der exchange so a little bit sad sebab pada aku tu satu hillarious event except last year punya dinner tak sempat nak tengok hadiah yang ditukarkan oleh tuan punya dan orang yang dapat hadiah. Anyway, thats depends pada organizer kan, macam mana konsep depa nak buat. So after all event was success dan aku orang terakhir meninggalkan tempat.  Ada orang siap tanya lagi aku tunggu sapa kat situ. 

Arrioos! 

Thursday, April 21, 2016

Ikan Kat Sini Tak Sedap!

Post kali ini agak lain sikit. Post melibatkan statement seseorang yang mencetuskan idea aku untuk berceloteh tentang ikan Pangasius Sutchi a.k.a ikan patin. Agak janggal untuk aku bercerita tentang ikan air tawar ini.
Tuan punya dialog membandingkan rasa ikan patin di tempat aku tinggal ni dengan ikan patin kelahiran Temerloh, Pahang. Sesungguhnya pada aku, itulah adalah  perbandingan yang dangkal atau banyak bergantung pada pandangan persepsi. Pada aku kena bergantung pada banyak aspek termasuklah di mana ikan patin itu datang. Liar atau kolam sangkar di lombong atau kolam sangkar di sungai. Apa yang dikatakan dengan pandangan persepsi. Pandangan persepsi merujuk kepada pandangan berdasarkan ulasan popular. Contohnya bila kita sebut dengan ikan patin rata-rata akan mengatakan ikan patin Temerloh lebih sedap padahal kalau kita lihat ikan patin yang sama diternak dengan cara yang sama atau kaedah yang sama. Kalau sangkarnya di sungai, tak mustahil di tempat lain seperti di Bota Kanan, Perak yang popular dengan ikan patin lawang menggunakan kaedah yang sama.

Ini ikan patin lawang. (source: http://maxxpeacock.blogspot.my)
Menurut biras aku yang pernah mengerjakan penternakan ikan ni, banyak faktor boleh mempengaruhi rasa ikan ni  terutamanya ternakan bersangkar. Makanan ikan adalah faktor utama. Ada yang bagi makan pellet,  ada yang bagi makan campuran buah kelapa sawit untuk menggemukkan ikan ni. Kalau ikan patin liar, bangkai binatang mati dalam sungai pun depa bedal. Nyam..nyamm...sedap bangkai ni. Malah tempat ternakan serta pH air juga menjadi faktor penyumbang kepada rasa ikan berkenaan. Kalau ikan tersebut dibela di sangkar dengan air mengalir, hanyir ikan ini akan kurang berbanding dengan ikan berkenaan dibela di sangkar di lombong.

Bagi peminat ikan patin masak tempoyak, tempoyak yang diadun juga menyumbang kepada rasa masak tempoyak. Ratio yang bertepatan membangkitkan rasa tempoyak yang kaw-kaw. Macam opah aku buat. Bayangkan lemak ikan patin ni bercampur dengan kuah gulai tempoyak ni. Perrgh rasanya sampai tak cukup tangan nak menjilat!

Seperkara lagi tengok jugak  jenis ikan patin yang kita makan--ada patin buah, patin lawang, patin muncung atau patin juara. Jadi ini semua terpulang pada selera dan tunas rasa masing-masing. Banyak aspek yang menyumbang...tapi pada aku ikan patin masak tempoyak yang sedap of cozlah yang mem besar aku masak.He..he..he...ariooss!