Tuesday, May 31, 2016

Liaoson Librarian @ KLIBF 2016

Hunting novel yang memenuhi selera aku.
Ini dah kira lama punya cerita ni. Perkara yang dah jadi  kebiasaan setiap tahun. Dan juga kemungkinan pada mana-mana library UA. So this event took part on 03rd of March 2016, which is on Tuesday. So that is why I'd informed event ni dah lama. Dah nak basi pun. A trip to KLIBF atau Kuala Lumpur International Book Fair. Nak story pun rasanya story yang sama jugak. Apa yang kami buat di sana,  sama seperti apa yang kami lakukan saban tahun. Memperbanyakkan koleksi untuk tatapan dan rujukan para pengunjung dan pengguna khutub khanah bagi membantu mereka ini menyiapkan tugasan dan jadikan mereka ini knowledge worker. 

Kali ini tempat berlangsungnya acara ini adalah di MAEPS--Malaysia Agro Exposition Park Serdang. Bagaimana nak pergi? Ikut sahaja laluan lebuhraya SKVE kalau anda dari TM lah. Kalau dari tempat lain tahun ini ada shuttle services di KL Sentral. Perkara yang dilakukan masih lagi sama. Membawa kakitangan akademik untuk pemilihan buku. Kalau yang participate tu kakitangan akademik yang saban tahun pergi, tak der masalah sebab kita dah faham rentaknya. Kali ini pergi secara berjemaah untuk semua fakulti dan pusat. Senang satu hari jer  pergi. Dan penyertaan kali ini ada 'orang besar' so kena extra cautious dan ada spouse yang follow dalam trip so ada rakan sepejabat yang pergi tu kena behave!

Untuk kali ini, aku tak memborong banyak. Sebabnya mungkin aku ada banyak buku yang sedang dalam turutan nak dibaca termasuklah novel-novel karya Ramlee Awang Murshid. Dan juga di tapak festival tak nampak kelibat ATMnya walaupun pihak BSN jadi co-sponsor untuk event ni. Untuk kali ini, lokasi dibahagikan based pada dewan. Bagi buku-buku international, lokasi dewannya adalah di Dewan 4. So selepas breakfast yang ditaja oleh pihak vendor, we all terus ke Dewan 4. So help yourselflah para kakitangan akademik yang dijemput sehinggalah menjengah ke lunch hour. Lepas lunch hour, leisure time. So aku sambarlah jugak 2 novel yang based pada movie favorite aku: GI Joe dan juga Bourne. Lepas ronda-ronda dengan pensyarah yang follow dengan aku, kami merembat buku di booth Telaga Biru. Bukunya nipis tapi sampai sekarang tak khatam-khatam lagi. Memang peel aku...banyak buku yang aku baca di rumah aku tak khatam lagi. Baca sampai certain chapter..bookmarking lepas tu beralih ke judul yang lain. Tu yang kadang-kadang makan bertahun baru khatam.

Alhamdulillah, tabiat suka membaca ni tercurah jugak pada amak-anak aku. Mungkin effect membawa diaorang ke kedai buku instead bawak ke ToysRUs. So sehingga sekarang ni kalau nampak MPH atau Popular Books Store, laju jer diaorang mengajak pergi. Rasanya itu saja coretan kali ini. Arrioss!! 

Thursday, May 26, 2016

Again, Angry Again!

Source: inbusinessmag.com
Berlaku lagi,walaupun perkara ini telah dilaksanakan pada awal tahun. Penstrukturan jabatan telah dibuat pada awal tahun ini. Baru 4 bulan operasi jabatan aku dilaksanakan berlandaskan struktur baru, kami telah diarahkan untuk menstrukturkan semula struktur organisasi.

Ini sesuatu yang agak parah menurut pandangan makrifat aku. Berbulan-bulan memerahkan buah fikiran nak menstrukturkan semula dan merangka fungsi-fungsi bahagian berkenaan. Daripada segi perancangan strategik, penstrukturan yang awal dibuat menjurus kepada kawalan produk dengan spesifik tugas. Namun apabila organisasi mula memikirkan tentang survival dan menstrukturkan semula keseluruhan organisasi, jabatan aku tak terkecuali.

Kecewa? Karutlah kalau sembang kata tak frust. Memang agak mengecewakan apabila didesak untuk restructure semula datangnya daripada luar jabatan yang buta tentang perjalanan operasi jabatan aku. Tanpa mengetahui tentang core operasi yang berlaku, "mereka-mereka" ini mengatakan jabatan aku beroprasi dengan jumlah division yang banyak. Pada aku, apa yang dibuat telah canteq dan molek tapi disebabkan desakan "mereka-mereka" itu, kami melakukan kerja-kerja penstrukturan ini sekali lagi daripada beroperasi dengan 9 division kepada 5 division. Come on lah, pada aku "deme-deme" itu perlu mencucui jamban diaorang sendiri daripada sibuk dengan jamban orang lain.

Lagi mendukacitakan aku, penstrukturan semula ini dibuat dalam tempoh 2 hours tanpa melihat fungsi dan skop tugas utama division ini. Masing-masing membuahkan hasil idea. Bagus tapi tak teratur dan civilised. Kesian big boss. Boleh biul dibuatnya melayan kerenah officers yang progresif ni. Tu tak dapat bayang ketika big boss aku terpaksa menghadapi "deme-deme" yang berlagak pandai. Namun sebabkan big boss memang top lah pasal diplomasi so boleh avoidlah insiden-insiden yang  boleh menyebabkan division technical ngan divisyen services bertelagah. Aku pun dah nak jadi uncivilized sebabkan nak dapatkan model restructuring yang efficient untuk division aku. Namun, portfolio expertise aku terpaksa dikeluarkan demi kebaikan bersama. Agaknya lah...tak pelah. May the force be with hang..ho..ho hang pi mana. Arrioss!!

Thursday, May 5, 2016

Aku Dah Bosan!

Aku dah mula bosan. Dah dua tahun lebih gunakan dan tenung benda yang sama. Rasanya kena guna template blog yang barulah. Atau pun bertukar ke  wordpress. Baru gempak!!!

Latest Story Dari Kuala Kangsar

Setelah hampir 4 bulan tak balik kampung, minggu lepas beransur balik lah setelah berbincang gitu-gitu hal. Itu pun balik pada hari Sabtu jam 7.00 pagi. Plan asal nak balik lepas habis kerja hari jumaat, namun setelah bermeditasi dan menunggu hidayah (dengan bantuan waze dan twitter)....boom! ambik keputusan hari esoklah yang sesuai. Apatah lagi malam tu ada Final Maharaja Lawak Mega 2016. Tahniah kepada bocey kerana berjaya menggondol tempat pertama. Kumpulan LOL bersyukurlah dengan tempat ke-empat. Asyik2 kenangan Pak Yus...itulah jer lah modal diaorang. Kalau nak teringat sangat ke Pak Yus zahirlah ke solat dan bacaan Yassin bukannya bawak ke story lawak yang peminat "kipas-keras-mati" yang tergedik- gedik gelak macam best benor tu. Kumpulan Puteh hangpa memang nalarekkek. Sempoi.


1. Gambar Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah.
Apasai pulak melalut ke Maharaja Lawak Mega pulak ni. Itu bukan point utama nak share story. Malah bukan nak share apa yang aku pi buat kat kampung mertua aku. Kat mana tu? Kat Kuala Kangsar atau exactly kat Kg. Rambong,Lubuk Merbau. Staf aku sorang ni pun Tok dia duk kat Kg.Rambong. Apa aku buat kat kampung ? Melengung jer la. Cuaca kat sana tak sama macam kat TM. Panas dan kering. Nak amik afternoon nap pun tak sesuai. So since aku tiba di kampung on saturday, petang tu ada pasar malam di Talang atau lebih tepat lagi di Sek Tsung Wah orang Kualer panggil. Port pasar malam ni atau night market kata deme ni memang popular sangat pada hari Sabtu seperti port pasar malam Changkat Jering. Sejak dari zaman aku sekolah menengah lagi pasar malam talang ni memang dah ada. Dan bila bercinta lepas sekolah pun, pasar malam jadi tempat aku cari barang makan lepas dating. Couples sekarang apa barang dating pi pasar malam...tak kelas kata deme.

2. Laksa Kualer dengan otak udang. Otakkk....otakk
Pinpoint aku dalam post kali ini lebih kepada harga makanan dan minuman serta barang keperluan yang dijual. Jauh lebih murah daripada pasar lambak di TM. Korang masih lagi dapat membeli laksa sebungkus dengan RM2.00. Tolak ketepi kalau korang masukkan Laksa Pak Ngah dalam ini picture. Sejak masuk Majalah TV3 ngan Kosmo, harga Laksa Pak Ngah ni dah bukan untuk rakyat marhaen dah. Apatah lagi kalau membeli bungkus bawak balik atau pun tapau. Kira kilo weh. Paling sikit setengah kilo..tu pun sayur tidak akan disertakan. Poyo kan?
Bukan niat nak kondem, tapi itulah realiti peniaga Islam yang tidak menyertakan natijah Islamiah dan sadaqah di dalam perniagaan. Niat bukan main nak bina empayar tapi sifat insaniah tolak ke tepi.
3. Jam Besar Kuala Kangsar di hening malam.
Di pasar malam ini jugak, bihun sup yang aku selalu beli iaitu Bihun Sup Habuna masih lagi dijual dengan harga seringgit sebungkus. Tak percaya? Seriously speaking. Tu tak masuk lagi kuih apam yang dipanggil kuih balkis (aku panggil apam jer..senang, ringkas dan padat). Namun tak semua penggerai ini mengekalkan harga. Ada jugak yang naik harga tetapi guna branding baru. Contohnya Pasembor yang top kat pasar malam ni, naik harga ke RM5.00 sepiring tapi buh nama Pasembor Spesel. Tu tak masuk popia basah dah jadi RM3.00 5 ketul. Rasa dua-dua makanan tu memang maintain. Daripada Arwah bapak diaorang meniaga sampai la ke anak dan menantunya. Lagi satu Murtabak Pak Mat Pendek...harga dah naik ke RM3.00 tapi saiz dan ketebalannya maintain 3cm tebal, begitu juga rasanya.

Tenung punyer tenung kat pasar malam, ada beberapa gerai yang tak ada.Antaranya gerai favaorite aku,  Ayam Goreng RM1. Mungkin hari tu diaorang tak meniaga. Oklah dah panjang pulak celoteh ni. ...Arrioss!

Sumber imej:
  1. Google
  2. http://wendyinkk.blogspot.com  
  3. Google