Wednesday, June 29, 2016

Next Project: August 2016

Terus terang cakap ini tak berkaitan dengan ramadhan atau mana-mana aktiviti mencari lailatul qadar. Tapi sebagai peringatan semua, carilah lailatul qadar dengan menghidupkan malam-malam ni. Sebab kita tak tau adakah ini mungkin ramadhan kita yang terakhir. Walaupun sedikit amalan kita buat sekalipun, Allah balas berlipat kali ganda. Jadi lipatlah selimut dan gulunglah tilam..bangun buat solat malam walaupun dua rakaat.

Ok rasa cukup saranan yang dimintak dimaklumkan. Aku bukan ustad walaupun waktu aku form 5, ustazah aku selalu panggil Ustad Haji. Semoga doanya tu dimakbulkan Allah. Nanti mai kena hentam tak pasal pulak. 

Hari tu dah mula dengan project Batman vs Superman. Memang layan habis. Walaupun tak berapa puas hati dengan ending yang digabungkan dengan ending of superman, namun keseluruhan cerita ni memang awesome. Disebabkan projek yang pertama ni berjaya, aku ngan PIC aku akan menyusul dengan projek seterusnya....Suicide Squad. Saper-saper yang layan batman dan DC Comics am nya mesti akan layan movie ni. Attraction utama movie ni of course Harley Quinn yang dilakonkan oleh Margot Robbie (sweet 25) dan juga Deadshot dilakonkan oleh Will Smith. Ini pun boleh dikira sebagai anti-hero movie macam Deadpool. 

Agak kurang pasti sinopsis nye tapi team of villains dikumpulkan dalam satu pasukan untuk menjalankan misi rahsia. Dengan attitude yang gila-gila ini menjadikan ianya satu kumpulan yang agak dinamik dan saling membunuh antara satu sama lain. Sounds great and arrioss. Tak sabar tunggu Ogos. Anyway enjoy the trailer.





Monday, June 27, 2016

Cuci Jiwa di Bulan Ramadhan: Cerita 2

Salam Ramadhan. Cerita lama lagi jugak. Minggu kedua Ramadhan. Sekali lagi kita cuci jiwa. Asyik cuci mata jer sebelum Ramadhan sesekali ambil peluang dalam bulan Rahmat ni kita pekena santapan rohani. Ceramah ramadhan yang disampaikan oleh Dr Rozaimi Ramle - "Andai ini ramadhan ku yang terakhir". MasyaAllah, tajuk yang aku kira mantap dan cara kita nak mencari keberkatan ramadhan.

Ceramah kali ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Siswazah. Ramai yang ingat ceramah ini dianjurkan oleh Pusat Islam. Mana-mana jabatan pun yang anjurkan tujuan nya masih sama, tujuannya memberikan kebaikan kepada kita semua. Sebenarnya agak susah nak mendapatkan Dr. Rozaimi ni walaupun dia ni staf akademik organisasi aku. Agak padat jadual dia, tambahan pulak beliau salah seorang daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Rasa-rasa nyer boleh agak nyer dikongsikan kepada sesiapa yang rajin menyinggah ke blog aku ni. Kalau dalam last post aku tak share intipati yang ditazkirahkan oleh Ustaz..kali ini aku kongsikan intipatinya. Kenapa pulak? sebab contentnya lebih kurang sama sewaktu iftar last week. Antara intipatinya ialah:
  1.  Orang yang berpuasa sentiasa rasa diri dikawal Allah bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  2. Orang yang berpuasa adalah golongan orang yang sabar dan terdapat pintu syurga yang bernama Ar Rayyan yang memanggil orang yang berpuasa untuk memasuki pintunya.
Ada beberapa perkara yang dinyatakan oleh Dr Rozaimi merupakan kesalahan-kesalahan yang sering kali dilakukan oleh umat Islam Malaysia berhubung puasa. Sebelum nak cerita, kalau ada readers yang nak komen berhubung statement ni tolong comment pada Facebook Dr. Rozaimi. Firstly, berhubung dengan niat puasa. Ramai umat Islam salah faham tentang niat puasa iaitu depa ingat lafaz niat yang selalu kita kena baca selepas maghrib adalah niat. Yang itu adalah lafaz yang dinyatakan dalam hati iaitu imrar. Niat ini adalah perkara yang wujud dalam hati dan perbuatan yang dilakukan adalah jelas untuk perkara yang diniatkan. Ini disokong dengan hadis Nabi berkaitan amalan perlu ada niat seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Riyatus Salihin oleh Imam Ahmad dalam bab niat.

Secondly, berhubung waktu Imsak.Ramai yang beranggapan waktu Imsak tu kena berenti makan. Padahal waktu puasa bermula pada waktu fajar sehingga terbenamnya matahari. Ini selaras dengan hadith iaitu :
Hadis Zaid bin Thabit r.a. katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antaranya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat. (HR Bukhari & Muslim)
 Oklah itu saja yang aku dapat share...sharing is caring. Benda baik  kita share lah. Yang tak baik kita simpan-simpan untuk dibetulkan. Arrioss.


Thursday, June 23, 2016

Cuci Jiwa di Bulan Ramadhan: Cerita I

Salam Ramadhan. Agak-agak dah lambat tak nak ucap? Selagi ada Ramadhan selagi tulah diucapkan salam Ramadhan. Agak lama baru nak post story to share even banyak perkara yang berlaku sehingga ke hari ini. Dari perihal pejabat hinggalah ke perihal peribadi dan keluarga. Latest isu yang boleh dikongsi adalah bantuan khas hari Raya yang diwartakan on 13hb Jun akan diterima sekali dengan gaji bulan Jun. Apa nak buat, pekeliling lambat keluar dan sebagai sebuah badan berkanun, perlu ada endorsement daripada ahli lembaga pengarah. Tak macam penjawat awam federal. 

Tahun ni Ramadhan bermula dalam cuti sekolah. So, anak-anak dapat melatihkan diri sebelum berpuasa di waktu persekolahan terutamanya Si adik. Abang dah sekolah menengah so no hal bagi dia. Cuma aktiviti tidur petangnya akan bertambah beberapa percent compare pada bulan-bulan selain Ramadhan. So far Si Adik dah 6 hari berpuasa. Standard la tu. Orang baru nak bertatih berpuasa. Waktu minggu cuti sekolah dia dapat 3 hari. Selang seli berpuasa. Bila dah buka sekolah belajar berpuasa sewaktu bersekolah,dapatlah half day, Syukur jugak walaupun berpuasa half day, sunat bersahur tu dia tak tinggal. Ada orang bangga anak diaorang dapat berpuasa penuh sejak dari tadika lagi. Takpe lah itu anak engkau, anak aku, aku beratkan solat dulu. Biar dia patuh pada Rukun Islam Ke-2. Aku tak mau anak aku puasa bagus tapi bab solat hampeh.

Minggu awal puasa kelab kakitangan ofis aku dah buat majlis berbuka puasa. Agak  awal namun percaturan yang baik untuk memastikan ramai yang hadir memandangkan masih lagi dalam cuti sekolah. Al-maklumlah kalau waktu persekolahan, mak ayah ni kelam kabut menguruskan anak-anak balik sekolah. As usual, kelab kakitangan ofis aku akan menjemput mana tokoh agama untuk menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa. Kali ni depa jemput Dr. Rozaimi Ramle. Mungkin sebahagian dari korang kenai dia ni. Taip je kat Youtube for sure akan dapat clip ceramah dan tazkirah beliau. Hadith expert dia ni dan belajar perbandingan 4 mazhab. Alhamdulillah, dapat jugak dengar ceramah dia sebab before Ramadhan dia cancel kan kuliah maghib dia. Usually kuliah maghrib dia 2 kali sebulan. Kuliah maghrib dia pun best...berdasarkan Kitab Jami'ul-Ulum wal-Hikam atau Kitab Panduan Ilmu & Hikmah. Kitab berkaitan hadith ni adalah hasil nukilan Ibnu Rajab. 

Dah bosan? Ha..ha..cerita awal Ramadhan ni beb. Tapi baru la ni nak share story. Bukan apa Ramadhan ni la nak kejar ibadat. Bulan ni la Allah bagi ganjaran double ke atas apa yang kita buat. Dan dalam bulan ni lah management banyak buat mesyuarat. Aduss...al-maklumlah tak payah makanan + minuman untuk mesyuarat, so bole berpanjang-panjang celotehannyer. Itu pun tak bagus sebenarnya. Patutnya kurang-kurang la mesyuarat takut kita terkeluar perkataan dan ungkapan yang tak sepatutnya dan takut kurang pahala puasa disebabkan lidah. Lagi pun nanti kering tekak susah la pulak. Telan enzim amilase ni mana cukup. Berbalik pada cerita iftar tadi, tahun ni nampak kurang sikit. Muka-muka yang ada pada tahun-tahun lepas tak nampak pada tahun ini. Mungkin pada hari berkenaan, depa ada event yang clash dengan event jabatan. Ok before ending..aku share sikit few photos. Arrioss.

Acara kemuncak.

Bersama big boss. Sila abaikan abdomen aku yang nampak menonjol.

Dari kiri: Husband Big Boss, Dr. Rozaimi Ramle, aku, Raja Ahmad Shalaby.






 

Thursday, June 2, 2016

Cerita Basi Jugak: Karnival Sukan Staf 2016

----
Karnival Sukan Staf atau KIESTA merupakan event setiap tahun di organisasi aku bekerja. So aku merupakan pengurus kontinjen untuk Harun Aminurrashid (itu nama kontinjen aku yang terdiri daripada 3 jabatan yang bergabung) manakala Big Boss aku adalah Ketua Kontinjen. Event ni berlangsung pada 09 - 16hb April yang lalu (itu pasallah aku bgtau cerita ni dah lemau). Alhamdulillah tahun ni ramai penyertaan daripada staf dalam jabatan aku -- tolak yang ada masalah kesihatan dan pregnant staf. Jadi ada nampak sukses di situ. Bila ada sukses, orang akan suruh kita pegang lagi jawatan ni. Sampai bila?...aku pun tak tau. Arriooss.

Wednesday, June 1, 2016

Ke Sekolah Le Pulok!! A Community Outreach Story

Sebenarnya agak lama tak turun ke lapangan bersama-sama subordinate untuk buat projek community outreach ni. Biasanya aku turun untuk merasmikan, menyampaikan ucapan dan juga memantau program. Kali ini memang terbuka hati untuk join bersama-sama PR Librarian dan circulation Librarian untuk membuat lawatan tapak. Bosak agaknya kalau duduk di office. Atau mungkin satu cara nak coolkan jiwa sejak beberapa menjak asyik berperang jer. He..he.. ayat poyo sudah mari. Siapa yang sentap nasiblah. Kiranya lawatan tapak ini dibuat untuk meninjau atau scouting sebelum pihak kami mulakan apa-apa kerja yang boleh dijadikan projek kemasyarakatan. Normally memang pihak kami akan target PSS atau Pusat Sumber Sekolah sebagai sasaran projek. So before make decision, kena tinjau dan kaji keperluan sama ada berbaloi atau tidak kita buat kerja-kerja kemasyarakatan ni. bak kata orang ROI atau Return of Investment.

Sesi ice breaking dengan pengetua SMKDZ.
Ini termasuklah meninjau sejauh mana PSS tersebut memerlukan bantuan untuk dinaiktaraf sama ada peralatan atau susunatur dalam PSS berkenaan. So memang kebanyakan sekolah akan agreed untuk kami bantu sebab last year Alhamdulillah dengan izin Allah, PSS yang kami bantu build up dia punya keceriaan dan layout menjulang johan dalam pertandingan pusat sumber sekolah. Bagi yang tak tahu,every year akan ada pertandingan PSS yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Namun berdasarkan pemerhatian ke atas instrument yang digariskan, banyak yang tidak perlu ada sebab kalau masing-masing yang pernah bersekolah akan tahu berapa banyak luas PSS ni sebenarnya. Tambahan pulak kalau melibatkan penambahan ruang-ruang tertentu seperti sudut bercerita dan ruang rekreasi. Tak perlu lah kot kalau nak jugak ianya kena separate. Agar tak menganggu user yang nak kan keadaan study yang senyap. 
Sesi perbincangan dengan Guru PSS dan Pengetua SMKGB.
Setelah berbincang dengan panjang lebar, biasanya solution dicapai pada masa berkenaan. Bagi pihak kami salah satu instrument dalam projek kemasyarakatan ini adalah peningkatan kemahiran dan pengetahuan. Bagi guru-guru PSS ini mungkin mereka ada training yang disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan tapi bagi pengawas-pengawas pusat sumber ini kat mana diaorang nak develop diaorang skills. So sebagai seorang yang pernah jadi pengawas pusat sumber kat sinilah aku rasa boleh dikembalikan ilmu yang aku dapat untuk develop diaorang. Serta bagi exposure tentang kerjaya as a librarian.

Menyentuh tentang program kemasyarakatan ini ramai familliar dengan istilah CSR atau Corporate Social Responsibility. Sesiapa yang belajar di peringkat higher education yang ambil matapelajaran strategic management akan familliar ngan terma ini yang membawa maksud tanggungjawab sosial sesebuah badan korporat atau syarikat ke atas masyarakat di dalam perancangan perniagaan atau model perniagaan yang dibangunkan untuk melaksanakan aktiviti yang mendapat pulangan semula bukan dalam bentuk kapital atau modal atau wang. (Fred R. David, Strategic Management: Concepts and Cases). Dengan kenyataan lain yang aku boleh simpulkan CSR adalah merupakan amalan perniagaan yang melibatkan keterlibatan organisasi di dalam sebarang inisiatif yang memberikan manfaat kepada masyarakat. Dan CSR yang dijalankan oleh organisasi usually melibatkan kategori CSR alam sekitar, CSR philantrpohy atau sumbangan (wang atau masa) dan juga amalan buruh beretika (ini usually CSR untuk para pekerja dan family mereka). 
CSR is becoming more mainstream as forward-thinking companies embedded sustainability into the core of their business operations to create shared values for business and society -- Liz Maw, CEO NetImpact

Jadi banyak organisasi yang menjadikan CSR salah satu daripada pelan perniagaan mereka sehinggakan badan kerajaan juga mengadakan kerja CSR atau SR. Rasa gah agaknya gunakan terma CSR walaupun kalau non-profit organisation seharusnya guna SR atau social responsibility. Itu view aku, kalau nak guna terms pun kena tahu intipatinyer jugak. Apa-apa pun terpulahglah nak guna istilah apa pun yang penting ethical framework perlu ada supaya manfaat kepada sasaran pengguna tidak tersasar. ......Arrioss!!