Sunday, April 20, 2008

Little Injury

Almost two days, aku tak dapat nak ke mana-mana. Perkara yang dirancang pada hari Sabtu tak dapat nak dilaksanakan. Perkara yang berlaku memang pelik. Suddenly, bangun jer tidur pagi Sabtu tu, kaki kiri aku dah tak boleh berjalan. Bukan sebab cramp or something. Kaki aku terseliuh. Honestly, aku sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Masakan boleh terseliuh bangun dari tidur...

---

Disebabkan sakit sangat, wife aku terpaksa melakukan rawatan kecemasan. Diurut kaki aku sampai aku boleh berjalan sikit. Lepas tu mulalah terfikir apa yang sebenarnya yang berlaku. Lalu aku pun mula teringat, khamis lepas aku ade jatuh longkang sekali lagi sewaktu bersihkan halaman rumah aku. Tak sangka urat tu akan membengkak on this saturday.

---

Menjelang tengahari bengkak tu jadi semakin besar. Dan aku malas dan tak larat sebenarnya untuk berjalan, lalu aku mintak wife aku bawak kereta dan belilah barang keperluan dapur disebabkan aku tak boleh nak drive (maklumlah keta champion guna gear manual...auto untuk bebudak). Namun begitu, junior aku tak yakin dengan kewibaan wife aku bawak kereta, maka secara ala kadar ajelah barang yang dibeli sebab pergi ke kedai yang berdekatan. Disebabkan menu lunch ari tu adalah spageti, maka spageti simple je lah tanpa meatball.

---

So far by today, kaki aku dah kurang sikit sakitnya. Tapi masih lagi tempang and junior aku dah masuk 3 kali terpijak kaki aku. Jawapannya terlolong lah aku menjerit sakit. Kawasan yang paling sakit dipijaknya. Kalau sampai esok kaki ni still tempang, kena amik mc lah aku bila gi jumpa doktor. Tang jumpa doktor ni yang malas, nanti bila diagnosis kata ada gout pulak. Padahal terseliuh atau terkolap kata orang Perak. Hopefully, biarlah esok dah ok...kalau tak ok lagi, ok jugak bagi aku. He..he..he.

Related Posts:

  • Automative CommercialNo offence Kenari owners, but honestly I do enjoy driving Kenari. It's height give me breathing condition just like mine. And I do like automative com… Read More
  • Pikom PC Fair 2008: December SessionI will miss the excitement, honestly said. It is a routine for me or my division, a visit to Pikom PC Fair. Check out the latest price of techware, br… Read More
  • Cavanzi OutingPenat...itulah perkataan yang selayaknya dituturkan selain daripada keadaan panas membahang akibat daripada pemanasan global atau global warming. Sele… Read More
  • He got him self a new phone.Asyik membelek web site handphone ajer dua tiga hari yang lalu. Kemudian asyik tanya harga handphone aku dan si ibunya. Kemudian tanya boleh tak dia p… Read More
  • Hike Minyak naik lagi. Kenaikan 5 sen menjadikan minyak petrol RON 95 berharga RM1.80 seliter, manakala RON 97 jadi RM2.10. Bukan itu sahaja, harga gas na… Read More

0 comments:

Post a Comment