Showing posts with label Human Value Issues. Show all posts
Showing posts with label Human Value Issues. Show all posts

Friday, September 13, 2024

Melepasi ambang tahun baru 2024

[Nota kepala: Post ini telah digarap pada 31 Disember 2023. Masalah teknikal yang timbul menyebabkan post tinggal sebagai deraf]

Alhamdulilah. Sekali lagi kita diberikan peluang oeh Allah untuk berada di muka bumi ini untuk tahun ini. Dan aku rasa tiada lagi umat manusia yang sibuk untuk menggap azam baru untuk tahun 2024 ini. Bukan tiada langsung, tapi mungkin hanya segelintir sahaja. Ramai yang sudah cakna bahawa bahawa hidup ini satu perjalanan. tak kira lah awal tahun, hujung tahun, pertengahan tahun, kita boleh detour perjalanan hidup kita. Atau bila kau rasa penat, kau boleh berenti di RnR atau mana-mana pit stop. Apa-apa pun kita boleh ambil iktibar apa yang dah berlaku pada tahun 2023 untuk kita perkemaskan diri kita pada tahun ini.

Agak terlalu awal nak memperkatakan keadaan yang berlaku sekarang. Perang Gaza -Israhell masih lagi berlangsung dengan jumlah syahid yang agak tinggi. Orang-orang Palestin berjihad dengan nyawa mereka untuk agama Allah dan menjaga kiblat pertama umat Islam. Peranan kita kat sini berjihad lah dengan menolak anasir-anasir yang boleh membantu kemenangan Israhell dan penyokong-penyokongnya. Berdoalah pada Allah agar Israhell tidak lagi wujud di dalam peta.

Dinner Malam Tahun Baharu

Dinner di Nasi Lemak Wak Kentut cawangan Kempas

Kebiasaannya di bulan Disember setiap tahun kami sekeluarga akan pergi menikmati getaway ke mana-mana destinasi yang ada makanan yang best. Namun kali ini tak dapat berbuat demikian bila Abang balik tanpa motor Pulsar dia. Motor ken amasuk workshop --kena overhaul ada bunyi bearing pecah dalam blok enjin. Jadi kisahnya dia terpaksa menumpang kawan untuk balik ke TM. Bila cuti semester tamat kenalah menghantar Abang untuk balik semula ke kolej di Kempas.

Disebabkan hendak dinner di tempat yang dekat dengan kolej Abang dan selalu dengar Abang makan di situ so kami pilih la kami di Nasi Lemak Wak Kentut. Memang dekat sangat dengan kolej Abang, dia dengan kawan-kawan dia jalan kaki sahaja dah sampai. Abang bagitau kami jangan la taruh harapan tinggi sangat pada taste nasi lemak tu. 

@Nasi Lemak Wak Kentut Cawangan Kempas
Aku rasa anak aku terlalu beri understatement pada nasi leak wak kentut ni. Mungkin dah selalu pekena. Mula masuk dalam mulut memang terasa kelainan pada sambalnya dan ayam goreng crispy nyer. Dimaklumkan bahawa ikan bilis di blend sekali dengan sambalnya. Perrgh...memang kalah Nasi Lemak Hj Din (google la kalau nak tahu). Konsep simple secara layan diri. Boleh pilih ayam goreng atau udang goreng dan juga ada lauk tambahan seperti paru daging (aku dah terkena...ingatkan daging masak itam) atau sambal tumis ikan bilis. Rasa memang tak cukup macam nak tambah jer lagi. Tapi orang dah semakin ramai dan line pun dah makin panjang jadi aku cancel kan niat aku nak tambah.

Simple  yet delicious  - with black coffee ice and beef lung
Walaupun Nasi Lemak Wak Kentut ni dah lama wujud di negeri Johor, namun ada juga orang Johor yang tak tahu kewujudannya. Lantak lah bukannya boleh putus selera pun Sama lah keadaannya kalau orang Perak tak tahu kewujudan Laksa Pak Ngah di Kuala Kangsor.

Akhir kalam, Arrioss sedara semua!







Monday, May 8, 2023

Ini Barulah Cerita Raya 2023

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri. Moga-moga anda sihat sewalafiatnya. Masih beraya? Anda betul-betul appreciate Syawal dan cuti yang diberikan kepada pelajar sekolah. Pada diri aku sendiri, hari raya ke-4 aku dah mula bekerja. Bukan terpaksa seperti mana sesetengah orang menyelar aku. Dah hampir 6 atau 7 tahun seingat aku, aku antara orang yang awal kembali masuk bekerja. Dan kadang-kadang aku adalah antara orang yang paling lambat mula bercuti. Apatah lagi skop jabatan aku menyediakan perkhidmatan maklumat. Lagi pun aku dan isteri tak perlu untuk merentas negeri dan lebuhraya untuk balik bercuti raya.

Tahun ini beraya di rumah mentua. Dah beberapa tahun yang lalu (tak termasuk PKP) kami sekeluarga dah buat keputusan untuk tidak beraya lama di kampung isteri aku. Maklumlah adik beradik dia ramai dan bilangan bilik yang boleh occupied tak sampai sebelah tangan. Jadi memang timbul kesukaran untuk kau bersalin pakaian atau untuk privacy. Tak macam di kampung atuk sebelah mak aku. Mak aku ada bilik besar dan ruang luas untuk aku dan adik aku sekeluarga. 

Tahun ini rasa agak berlainan kerana hanya balik beraya di sebelah isteri aku sahaja dan juga berziarah hari raya di kampung arwah ayahanda aku. Tahun ini tidak balik ke kampung atuk kerana atuk aku dijemput Ilahi pada Syawal tahun lepas. So untuk tahun ini, tiada siapa di kalangan adik beradik mak aku yang nak organized berkumpul di rumah atuk aku. Even mak aku pun ikut adik aku pulang beraya ke rumah mentua adik aku, Tapi mak aku stay di hotel lah sebab homestay di kawasan rumah mentua adik aku full-booked. 

Ada yang bertanya aku buat open house tak tahun ni. Aku dan isteri dah bersepakat tak buat open house. Penat woohhh nak organize dengan bilangan tetamu yg ramai. Apatah kita buat dari tengahari sehingga ke petang. Daripada pelbagai kategori tetamu kita nak entertain -- rakan pejabat, jiran tetangga, kawan -kawan anak, kaum keluarga. Ye lah kadang-kadang ada yang kita terlepas layan ketika organize open house ni. Ada yang makan hati. Daripada nak makan hati tu, makan jer lah menu yang disediakan oleh tuan umah. Yang bawak anak-anak ke open house persiapkanlah anak-anak ketika berada di rumah orang yang kita kunjungi. Jangan pegang tagline 'alah budak-budak' pada diri kita. Doktrinkan anak-anak kita bahawa yang kita pergi tu rumah orang lain walaupun rumah saudara sendiri. Kita ada banyak dengar tentang kerosakan yang berlaku disebabkan sikap parents yang tak nak behave anak diaorang. Tu belum kira terlompat-lompat atas sofa atau duduk dengan cara tak bersopan.

Pada tetamu yang ada datang tu, kami sediakan lah beberapa menu yang extra sikit sebab kalau nak jamu kuih pun tak banyak. Tak sampai 150 jenis. Bukan apa takut berkulat tak abis makan. Maklumlah juga bukan ramai  sangat nak datang rumah aku beraya. Tamatkan celoteh di sini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SAHABAT. ARRIOSS!


Tuesday, January 17, 2023

明けましておめでとうございます 2023 (Happy New Year 2023)

 Akemashite Omedetō Gozaimasu 2023. Tu bahasa jepun untuk selamat Tahun Baru 2023. Dah pertengahan bulan Januari baru nak buat ucapan he..he..he. Yang penting adalah kegigihan nak membuat nukilan untuk yang support membaca rasa dan luahan fikiran aku. Terima kasih yang membaca. Kalau tak ada yang nak membaca, sekurang-kurangnya ada rekod tacit knowledge untuk diri aku ini.
Azam baru? Tu perkara yang agak membosankan. Tiap-tiap tahun mesti nak tanya azam baru? Nak ada something untuk dicapai? Pada aku life is a journey. Di sepanjang perjalanan ke penghujung usia kita boleh ubah atau letak apa-apa keazaman untuk apa yang kita nak capai. Tahun itu adalah hentian atau kawasan rehat dan rawat. Capailah apa sahaja tak semestinya di tahun baharu menjelang.

Kepada yang bekerja semoga kekal cemerlang pada yang memang excellence. Kalau kau memang excellence kena ingat kerja secara teamwork. Kalau engkau pantas kena ingat pace orang lain juga. Biar bergerak bersama-sama. Respek boundary dan skop kerja orang lain. Ada orang yang bekerja focus nya bukan satu tetapi multi. Kalau tak respek dan tak reti untuk teamwork, kau memang anjing.
Kepada yang tengah belajar ubah konsep belajar tu bukan sekadar untuk lulus periksa tetapi learning for your life. Belajar untuk kasi otak itu hidup. Sebab peperiksaan itu sekadar untuk menguji pemahaman engkau terhadap apa yang dipelajari.
Semoga tahun ini kita kekalkan produktiviti dan elakkan konfrontasi serta provokasi. Hal-hal politik biarlah orang politik yang main peranan. Kita rakyat fight untuk kelangsungan hidup. Mana-mana blok politik yang pegang, bangsatnya tetap sama. ARRIOSS!

Tuesday, January 3, 2023

Cerita Suku Kedua Tahun 2022: Lambakan Throwback Lagi

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Ogenki desuka. Sedar tak sedar, suka tak suka, kita ada hampir 4 bulan nak menghampiri tahun 2023. Rasanya pelbagai onak, pelbagai penat dan perih kita dah harungi. Mungkin ada suka, mungkin ada duka. Setiap orang perjalanan hidupnya berbeza. Kita ada pilihan untuk kita tentukan haluan kita, namun Allah jua sebaik-baik Perancang. 

Seperti mana aku yang masih lagi dengan hasrat sekurang-kurangnya 03 blog post sebulan dan mungkin 01 blog post dalam english. Hasrat itu masih lagi menjadi tentatif. Nampak macam sukar nak menjadi realiti. Tak kira apa jua yang berlaku, aku cuba share kan beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun ni. 

Berbuka puasa di Sarang Art Hub

 Ini event terkejut dan selalunya event macam ni yang paling menjadi. Tak kisahlah tak ramai yang join. Sebenarnya ini event unofficial majlis berbuka puasa untuk pegawai di tempat aku bekerja. Event yang tak sampai 48 jam commit berjaya dilaksanakan dengan 4 keluarga yang join di restoran milik Allahyarham Mamat Khalid iaitu di Sarang Art Hub. Tertunai juga hajat nak bawa anak-anak dan isteri makan di sini. Menu berbuka puasa agak simple namun masih mampu menyelerakan anak tekak 😆Menu berbuka puasa bertukar setiap hari.

Aku yang memang bercuti pada hari berkenaan memang tiada masalah sebab amik anak daripada airport Ipoh untuk bercuti Hari Raya Aidilfitri. Pada hemat aku Insya Allah boleh dinajurkan lagi pada masa-masa akan datang bergantung pada mood juga. Yang seronok berbuka di Sarang Art Hub ini adalah dekorasi yang sangat awesome terutamanya pada kami yang venue berbuka di sebuah bilik dengan dekorasi drama ' Kampung Pisang Bersiri-siri'.

Kami yang hadir berbuka puasa di Sarang Art Hub

Me with me boys
 

Beraya Aidilfitri: Salah Timing 

Raya photoshoot selepas Solat Sunat Aidilfitri


Raya photoshoot pada Raya Ke-2 di rumah atok
Pada tahun ini semua orang jangkakan hari raya pada hari Selasa sepertimana tercatat dalam kalendar. Parahnya apabila semua orang lupa perkara wajib untuk menentukan tarikh hari raya aidilfitri adalah bergantung kepada kemuncilan anak bulan. So sangat jelas anak bulan Syawal dah memunculkan diri pada hari Ahad, maka 1 Syawal jatuh pada hari Isnin. Kami sekeluarga adalah sebahagian rakyat Malaysia yang tak packing lagi atau tak bersedia untuk pulang berhari raya. So bermesyuarat lah kami suami isteri untuk pulang ke kampung selepas solat hari raya aidilfitri dan ziarah mak aku. Mak aku pun akan pulang ke kampung selepas masak juadah hari raya.

Bersolat di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI menemukan aku dengan ramai rakan-rakan yng tersangkut dan akan pulang selepas solat sunat aidilfitri 😅😅 Jalan lengang? Tak jugak ..keadaan traffik penuh dengan kenderaan even though kami memilih untuk lalu di jalan dalam. Ramai orang dah aware laluan jalan biasa dan alternatif ni impak kewujudan google maps dan juga Waze. Sabar jer lah dan dah jangka keadaan sedemikian. Bukan kita sorang jer yang balik lepas solat hari raya.


Belasungkawa Tn. Hj Ibrahim Wahid: 1921 - Mei 2022

Suasana di kuburan Kg. Pasir Garam
Aku sangat bersyukur dapat menyantuni atuk aku di penghujung usianya pada hari raya ke - 3. Melayani arwah atuk aku bersembang tentang motor honda CB90 arwah atuk, tentang kerapnya arwah atuk dan arwah opah ke Manong tempat aku menetap waktu kecil dulu dan tentang kagetnya arwah abah aku membonceng motor berkenaan. 

Sewaktu bersembang tu, penuh dengan gelak ketawa apabila bercerita tentang arwah abah sehingga arwah atuk tercungap-cungap selepas ketawa. Kami bercerita sambil isteri aku mengurut belakang dan kaki atuk. Badan atuk lenguh disebabkan terlalu terlantar di katil dan badan penuh angin sebab kurang diberikan makan. Tangan atuk tak kuat jadi kami santuni atuk makan dengan suapkan makanan. Apatah lagi, makcik aku ada belikan laksa salah satu makanan favourite atuk. Berselera betul.

Cuma aku agak rasa tak selesa sebab sebelum arwah opah meninggal dulu, arwah opah selalu bercerita tentang peristiwa lampau beliau. Arwah opah bercerita waktu dia mula-mula kahwin dengan arwah atuk aku, waktu kehilangan iC dia di Ipoh dan juga kesukaan arwah opah makan aiskrim. Arwah opah pun begitu berselera makan sate daging apabila aku belikan sate di pekan Parit dan sentiasa bercerita tentang itu. Selang sebulan selepas arwah opah bercerita dengan kami tentang memori lama, opah kembali dijemput Allah di Hospital Changkat Melintang. Pada Syawal Ke-10, Atuk dijemput Ilahi pada usia 101 tahun dan aku tak sempat memandikan atuk disebabkan pihak masjid berkeras untuk tidak mahu menunggu waris yang lain. Al-Fatihah untuk Atuk.

Visit to The Shore Oceanarium Melaka

Akhirnya dapat juga melawat Oceanarium di Melaka ni. Walaupun dah banyak kali menginap di The Shore bila setiap kali ke Melaka. Hotel yang menarik cuma sewaktu agenda ini dilaksanakan kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka. Dapat price yang menarik. Sebelah menyebelah dengan hotel The Shore dan still dapat ke mall cuma kena masuk ikut main entrance. Visit kali ini setelah pick up si abang daripada kolej di Kempas, JB. Drop di hotel untuk berehat setelah awal pagi kami bergerak daripada TM.

Orait, bukan nak bercerita pasal hotel. Kita kasi teaser pasal oceanarium. Dulu aku pernah pergi ke satu oceanarium macam ni tetapi di Pahlawan Mall. Sekarang tempat tu dah tak ada. Oceanarium ni best untuk belajar type of fish dan very entertaining. Bukan setakat ada exhibition fish dalam aquarium dan terowong, tetapi juga ada 3D movie dan feeding fish area. Bawa lah family bukan hanya mengunjungi The Shore Oceanarium tetapi juga The Shore Sky Tower (Kalau berani). Gayat nak tengok ke bawah daripada tingkat 25!!
Keadaan di dalam Oceanarium

Ini ikan monkfish (kalau tak silap aku)


Ikan besar dalam akuarium

Asam Pedas Lagenda


Ada daging tetel, ikan pari, ikan merah dan ayam.
Kami sekeluarga memang penggemar masakan asam pedas sama ada Melaka atau Johor tapi mostly Melaka. Untuk asam pedas johor kami sering ke Parit Jawa untuk makan di Pak Yahya Asam Pedas. Ok kita cerita pasal asam pedas melaka. Banyak tempat kami dah try asam pedas di melaka. daripada yang mencekin leher sampailah yang harganya berpatutan.

Trip kali ini selepas ke Oceanarium kami makan tengahari di Asam Pedas Lagenda di Jalan Lagenda 3. Nak senag tempat makan ni berdekatan dengan Aeon bandaraya Melaka. Menu nya pelbagai dan harganya agak berpatutan. berkonsepkan set dan kita juga boleh custom dengan lauk tambahan. Set nya didatangkan dengan nasi, telur masin dan sayur bendi. Boleh pilih ikan, daging atau makan laut yang seperti ketam atau udang atau sotong. Mestinya menjilat jari dan mengelap peluh. 

Santapan mata dulu sebelum mulut
Di Asam Pedas Lagenda, kalau boleh janganlah datang betul-betul waktu makan tengahari sebab pack dengan kakitangan atau pekerja berhampiran. kalau anda datang pun layanan tak terlalu lama untuk ditunggu. Di kawasan restoran ini pun ada beberapa hotel bajet yang boleh kita stay. Dan jangan terkejut bila anda dapat tahu owner dia anak kelahiran Kedah dan bukannya orang Melaka!

Friday, July 15, 2022

Memori Korporat Untuk Diri Sendiri

 

Tak pernah aku bayangkan aku akan berada di dalam mana-mana penerbitan elektronik apatah lagi berada dalam dokumentari. Agak terkejut apabila aku antara invidu terpilih berada dalam dokumentari bersama-sama YB Dato' Naib Canselor selain daripada wakil-wakil pelajar. Bangga sekejap...ho..ho..ho.

Ramai jugak yang acknowledged siap kawan aku sewaktu sekolah share dalam grup. Jangan la buat macam tu ...Malu aku wehh!!!

Al-kisahnya aku ini diminta oleh rakan seofis yang mengendalikan sesi rakaman untuk take over sesi interview. Memandangkan big boss aku ada mesyuarat besar yang tidak dapat ditinggalkan, salah satu job specs aku menjadi "bidan terjun" dan di atas keperluan menjaga air muka jabatan aku maka aku menyanggupkan diri. Dengan hanya dalam tempoh 10 minit aku menyediakan jawapan terhadap soalan  yang telah dikemukakan oleh wartawan Malaysia Gazette. Malah minta rakan seofis aku untuk mencetak statistik sebagai alat bantuan sewaktu sesi rehearse. Sesi rehearse ni wajib sebab untuk mengelakkan kegugupan waktu sesi shooting sebenar.

Tapi sewaktu sesi shooting bermula aku dapat soalan tambahan daripada pengarah fotografi secara spontan tanpa sesi rehearsal iaitu falsafah di sebalik slogan pengetahuan suluh budiman. Alamak !! Maka dengan spontanesous kepala otak aku berfungsi mencari maksud maka terkeluarlah ayat - ayat tanpa rangkap tersusun. So begitulah ceritanya yang terkeluar...hanya part soalan spontan yang ditayangkan. Bak kata sahabat aku, mungkin yang cakapkan itu ada content, maka itulah yang mereka gunakan.

Apa-apa pun terima kasih MAS dan FIR di atas bantuan teknikal dan bahan untuk aku gunakan dalam sesi temubual ini. Dan terima kasih jugalah diatas peluang memori korporat untuk diri aku sendiri. ARIOSS!!

Thursday, July 7, 2022

Cerita Suku Pertama Tahun 2022: Lambakan Throwback

Assalamualaikum. Selalunya apabila dah mencecah hampir separuh tahun, kita akan mula buat laporan setengah tahun apa yang telah dicapai dan perkembangan sesuatu perkara itu. Bagi aku biarlah kita berkongsi sepanjang 03 bulan pertama tahun 2022 ini. Nanti aku dah tak ada bahan nak digarap di sini. Sebarang garapan di sini dikira sebagai dokumentasi kewujudan aku di muka bumi Allah ini. Aktiviti-aktiviti yang aku laksanakan di sepanjang hidup aku boleh la dianggap sebagai aku menyimpan tacit dan explicit knowledge aku.

Aku ni antara salah seorang yang tak berapa gemar untuk attend aktiviti ofis di luar waktu pejabat. Namun disebabkan dah berada di kalangan top management ni, perlulah diasuh diri ini walaupun tak berapa berkenan. Malam tadi aku telah diminta untuk mewakilkan Boss aku ke satu program bicara tokoh yang dianjurkan bersempena pesta konvokesyen atau peskon di universiti tempat aku mencari rejeki ni. Kiranya paksa rela lah aku ni.

Bicara tokoh malam tadi melibatkan tokoh pendidikan terkemuka Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Sri Prof. Emeritus Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Siapa-siapa alumni UiTM akan kenal dengan beliau ini sebab beliau ni adalah mantan Naib Canselor UiTM. Belaiu juga adalah alumni ITM. Join ITM sebanyak 2 kali sebab pernah gagal dalam pengajian dan diberikan peluang kedua untuk belajar. Very inspiring kalau denganr cerita Tan Sri. Kalau yang malas belajar tu dan anggap tak ada education kau boleh berjaya dalam hidup dan kaya itu adalah sementara. Even mendiang Steve Jobs dan Bill Gates walaupun seorang college drop out, diaorang still get education. Bill Gates salah satu hobi membaca dia di waktu lapang adalah membaca tesis-tesis yang dikeluarkan terutamanya melibatkan rekacipta dan inovasi.

Diringkaskan untuk kesenangan minda, ada 3 perkara yang dikongsi oelh Tan Sri untuk kita amalkan dalam hidup. Ini Tan Sri kongsikan apa yang dipesan oleh seorang pakcik yang beliau temui di dalam keretapi ketika hendak pulang ke Pulau Pinang. Tiga (03) perkara yang dikongsi oleh Tan Sri adalah Percaya sepenuhnya dengan Allah, Jangan tinggal solat dan Doa ibu. Pakcik yang Tan Sri jumpa itu adalah ketika kereta api singgah di Tanjong Malim untuk mengambil penumpang. Adakah pakcik itu salah seorang tenaga pengajar MPSI? Itu tak pastilah sebab tiada siapa yang bertanya. Kalau ada yang berhajat nak memahami dengan lebih lanjut bolehlah melayar ke FB Tan Sri dengan nama DrSahol. Aku tak boleh nak browse sebab aku tiada FB.

Enroll to ILKKM

Ni cerita awal Januari yang lalu. Waktu ini seingat aku, selsema sepanjang minggu dan sakit tekak menyerang. Mujur negatif Covid-19. Seawal 3 Januari 2022, aku bergerak ke down south. Si Abang dah diterima masuk ke ILKKM atau nama penuhnya Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Abang dah beralih bidang daripada chemical engineering di UiTM ke bidang radiologi. Dah dia minat kita sebagai parents ikut kan sahaja. Pada hal si Abang dah semester 03 di UiTM dan sepatutnya 'terbang' ke Kampus Sarawak pada bulan November 2021 Namun Alhamdulillah Si Abang di terima mendaftar di ILKKM Kempas, Johor Bharu.

 

Jadi bermula lah kehidupan Abang sebagai pelajar pelatih radiologi yang akan jadi pemegang diploma radiologi. Terasa sedikit bangga sebab pelatih radiologi ni daripada setiap negeri di Malaysia hanya seorang sahaja yang dipilih. Kalau kursus pembantu perubatan atau jururawat calon pelajar akan lebih daripada 02 orang. Maka mulalah kehidupan dia tanpa ada mak ayah di sisi. Kenalah berdikari. Kalau ikut kan aku dah berenggang dengan parent aku bermula daripada umur 3 tahun sehinggalah aku berumur 5 tahun. Sekali lagi berenggang apabila aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun 1988. Sekali lagi berenggang bila dapat masuk STAR Ipoh. Begitu juga lah selepas STPM aku berjaya enroll ke ITM tapi keluar sebagai graduan UiTM.

Ditemubual Malaysia Gazette

Di dalam bidang kerja aku, inkuiri atau pertanyaan dan ditemuramah oleh pelajar adalah perkara biasa. Tapi apabila ditemuramah oleh badan berita seperti Malaysia Gazette adalah satu rahmat dan rezeki bagi aku. Secara jujurnya aku adalah bidan terjun. Kebetulan boss aku ada mesyuarat penting universiti, jadi aku lah pengganti untuk sesi temuramah. Betapa gementar aku ketika diberitahu untuk ditemuramah oleh wartawan Malaysia Gazette (MG) untuk satu video khas bersempena Sambutan 100 Tahun universiti. Manalah tak wujud butterfly in the stomach sebab perkara ini secara adhoc dan aku memang tak prepare.


 Pengalaman sahajalah yang jadi benteng hilang kegusaran. Mujur juga wartawan dah bagi rehearsal dengan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu sesi temuramah. Dan rakan-rakan sejawat dah ready dengan statistik untuk aku bacakan serta A4 paper nota untuk aku refer sewaktu interview. Macam tak percaya jer bila 1 shot take jer sesi temuramah aku. Apatah lagi wartawan dengan pengarah fotografi bagitau diaorang berpuas hati dengan sesi shot berkenaan. Siap bagitau kat aku "macam dah biasa jer encik" Dia tak tau dalam badan ada satu macam punya gementar. Mujur tak jadi macam sudin dalam Seniman Bujang Lapuk -- "angin senggugut aku dah datang lah ...."


Tak Mahu Hybrid

Apabila Menteri Kesihatan YB KJ memaklumkan bahawa status pemegang vaksin SinoVac akan bertukar tidak lengkap jika tidak ambil vaksin penggalak sebelum 31 Mac 2022, aku dah mula cari sumber vaksin SinoVac juga sebagai dos penggalak. Memang aku reject kalau nak ambil PFizer sebagai dos penggalak. Apatah lagi aku lihat kesan dos berkenaan pada wife aku yang ambil sebelum akhir tahun 2021. Malah kesan melibatkan otot masih lagi ada sehingga sekarang walaupun dah jumpa doktor.



 

 

Monday, May 3, 2021

Ramadhan Kareem dan Selamat Hari Raya

 Assalammualaikum.

Rasa keras jari ini nak menaip nukilan. Padahal ada aja post yang digarap tapi cuma sekadar jadi deraf. Hilang mood nak sambung macam tu lah jadinya. Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan tinggal 9 hari sahaja lagi dan minggu terakhir ini sangat crucial untuk umat Islam. Kita nak memburu Lailatul-Qadar. Bak kata ustaz yang selalu berceramah kita nak buat pecutan. Malam-malam terakhir ni kita hidupkan qiyam Ramadhan iaitu solat sunat terawih. Lepas tu kita bertadarus sebelum tidur dan kalau mampu bangun awal sebelum sahur untuk solat sunak tahajjud.

Selalu kita dengar dan selalu kita niat nak buat tapi hakikatnya semangat tu kadang-kadang tak kuat. Tak nak cerita hal orang lain. Ini cerita hal aku. Mujur kita ada PKP 1.0 tahun lepas. Ada hikmah dan mampu juga buat. Tahun ini kita up sikit lagi kita punya amal. Kita tingkatkan sedekah kita dan jamu orang berbuka puasa. kurangkan menunjuk-nunjuk apa yang kita sedekah kat orang sampai buat video bagai. Biarlah ALLAH SWT yang nampak apa amalan yang kita dah buat. Lagi satu kurangkan jugak kau menunjuk apa juadah berbuka engkau. Kita tak tahu ada orang yang tak dapat berbuka atau tiada apa untuk berbuka puasa. 

Kebiasaannya minggu ini ada staf di pejabat yang dah mula pasang lagu-lagu raya. Namun tak terjadi tahun ini. Ramai yang mungkin akan tersentuh sebab tak boleh rentas negeri untuk balik raya. Itu termasuklah yang memang orang Perak tapi menetap di negeri sempadan. Memang tak dapat menjenguk keluarga lah jawabnya. Yang dapat balik rentas daerah tu jangan gopoh sangat. Langkah kawalan jangkitan kena ambil perhatian serius. SOP kena amalkan. Itu langkah awal. Elok mencegah daripada merawat.

Macam mana dengan persiapan raya? Tahun ini mungkin ala kadar sahaja. Langkah penjimatan yang dah dilaksanakan. Ramai yang membeli baju dan persiapan hari raya beli secara online sahaja untuk elak jangkitan. Apatah lagi varian Covid-19 daripada India dah mula memasuki Malaysia. Namun apa jadahnya ramai orang kat bazar hari raya macam kat KL tu? Apa diaorang tak rasa takut? Siap bawak baby! Macam mana lah pemikiran mak ayah dia yer.

Kadang-kadang perkara yang kita rasa tak seronok tu, ada hikmah yang tuhan bagi. Cuma kena rajin mencari dan memahami ketentuan dari Allah. Balik kampung? Walaupun boleh merentas daerah, itu pun masih ada sesi negotiation dengan Mem Besar nak decide sambut kat mana terlebih dahulu.

ARRIOSS.

Friday, January 8, 2021

Dah Sedia Dengan Azam Baru?

Hello....Assalamualaikum.....Salam Sejahtera.

First entry untuk tahun baru ni kena bagi yang light. Yang manis dan yang lembut. Belum lagi kita bashing. Ada isu tapi kita simpan dulu. Ada yang perlukan profesional view tapi kita story kemudian.

Ada azam baru? Dah lapuk jugak pertanyaan macam tu? Mujur tahun ni tiada yang bertanya soalan tu pada aku. Sebab memang tak pernah tanam azam awal-awal tahun. Cukuplah sekadar simpan list apa yang kau nak buat sebelum mati atau sebelum pencen. Kehidupan ini kan ke sebuah perjalanan dan bukannya setiap tahun itu penghujung bulan adalah destinasi atau penamat. Jadi selagi kau hidup achieve la something yang memberikan manfaat pada diri kau dan orang lain.

Kalau berani, berusahalah untuk tengok semula perkara yang lepas untuk dibuat tindakan pembetulan pada tahun ini. Secara peribadi banyak perkara yang berlaku pada aku buatkan aku akan lebih berwaspada pada tahun ini. Antaranya ialah manusia berprinsip itu sudah pupus. Malah cuba lihat apa yang berlaku dalam situasi besar Malaysia sekarang. Atau cuba dikecilkan skop di dalam office pun dah boleh dilihat sudah tidak ada manusia berprinsip. 

Orang Melayu adalah bangsa yang mempunyai kesantunan yang tinggi. Walaupun begitu, amat penting bagi kita sebagai umat manusia menyatakan emosi kita atau ketidakselesaan kita. Letak mindset kalau orang not care about what we feels and then why should we. Tu lah yang paling lemah dalam umat Melayu ni. Diberi platform tetapi tidak mahu menyatakan apa yang ingin dikatakan. Lepas tu barulah cakap belakang yang tiada arah tuju. Kalau kau cakap belakang-belakang, impaknya hanyalah zero.

Secara dasarnya, kita perlu berubah. Evolving...kalau tak fizikal mungkin juga dari segi emosi, pemikiran serta prinsip hidup. Itu cara untuk kita berasimilasi di dalam situasi yang sentiasa berubah. Hidup dengan norma baru. Kena belajar patuh kepada perkara yang membantu kita survive dalam pasca pandemik ini. Kes dah makin meningkat. Orang kita semakin alpa. Nak tunggu sampai macam USa baru nak berjaga-jaga ker? Entahlah berfikirlah untuk kebaikan. Tuhan nak kurniakan otak dan akal. Gunakanlah dengan sehabis baik. Cukup sampai di sini celotehan ini. 

Arrioss dan Selamat Tahun Baru. 
Urusan rasmi di luar pejabat pada tahun 2020

Monday, May 13, 2019

Ramadhan Kareem Sis and Bro!

Hadis Zaid bin Thabit r.a. katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.
(HR Bukhari & Muslim)
Assalamualaikum dan salam kepada anda yang menjengah. Sudah sekian lamanya tak aktif menulis. Banyak idea tapi lemah nak menggarap dan menzahirkan dalam bentuk tulisan. Rasanya belum terlambat lagi nak mengucapkan selamat berpuasa atau Ramadhan Kareem walaupun hari post ini ditulis dah 8 Ramadhan. 
Macam mana dengan produktiviti? Adakah maintain seperti bulan-bulan sebelum? Kalau maintain, Alhamdulillah. Bulan puasa bukan nya alasan untuk bermalas-malas. Kerja buat cam biasa cuma kita tak makan dan minum. Itu sahaja. Dan perbezaan ketara attitude kena jaga sama ada dari segi behaviour atau oral. Tak der la memasal nak maki orang atau buat perkara menyakitkan hati. Banyak perkara-perkara yang disunatkan dilakukan dalam bulan puasa ni kerana dalam bulan ni perkara-perkara baik yang kita lakukan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda. Arwah ayah aku selalu pesan dalam bulan puasa ni jangan tinggalkan 3 perkara besar yang dikurniakan dalam bulan Ramadhan. Tiga perkara tu adalah BERSAHUR, SOLAT SUNAT TARAWEH dan ZAKAT FITRAH. Ada orang tak nak bangun bersahur dengan alasan nak conserve energy dengan tidur sampai ke subuh. Malah makan banyak sebelum tidur. Itu bukan sahur.Sahur adalah di mana engkau tidor selepas tu bangun untuk makan walaupun dengan seteguk air atau dengan kurma. Malah terdapat hadis yang berkaitan bersahur iaitu "Perbezaan antara puasa umat Islam dengan puasa golongan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur(HR Muslim)." 
Ada lagi hadis yang sentuh tentang keberkatan bersahur iaitu "Diriwayatkan daripada Anas ra katanya: Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur ada keberkatannya. (HR Bukhari & Muslim)"
Menyentuh tentang solat sunat taraweh pulak ambil peluang untuk laksanakan. Tak sempat nak buat secara berjemaah di masjid. Boleh buat sendirian di rumah. Tak kisah lah korang nak solat teraweh mula jam 10 malam pun, janji sebelum masuknya solat Suboh. Boleh juga kalau nak buat solat sunat taraweh secara berjemaah sesama ahli keluarga. Mungkin ada kekangan untuk isteri dan anak-anak ke masjid, so buatlah di rumah. Kita sendiri boleh  control pace dia. Tak kisah lah hanya ayat-ayat lazim sahaja yang dapat dilafazkan sewaktu solat.
Tentang zakat fitrah jangan jangan sesekali dilupakan. Tak kan dalam tempoh 30 hari terlupa langsung nak tunaikan untuk diri sendiri dan tanggungan. Tahun ni ada sedikit penstrukturan semula zakat fitrah mengikut beras yang kita makan. Sapa pakai beras tempatan atau macam aku pakai beras usang bayarlah RM 7.00 bagi negeri Perak. Sapa-sapa yang pakai beras mahal bayarlah lebih RM14.00 sekepala atau RM 21.00. Wah..wah dah menyembang macam ustaz la pulak. Tu semua peringatan untuk diri aku. Kalau kita dah peringatkan pada diri kita, barulah kita boleh panjangkan kepada orang lain. Tak gitu?
Arrioss! Selamat berbuka puasa.
(Sumber grafik: Google)

Thursday, October 18, 2018

Teacher's Pet

Agak lama menyepi, tiba-tiba aku rasa nak berkongsi dengan berapa banyak isu dan perkara yang  aku tengok dan pandang. Memang banyak nak dikongsi tapi berapa banyak la masa dapat diluangkan untuk digarap. Apatah lagi selepas berlaku peralihan kuasa sekarang ni dan peralihan kuasa yang akan berlaku suatu masa nanti.

Disebabkan banyak perkara berlaku dan menghadapi kesukaran beberapa bulan yang lepas, akhirnya kecundang jugak aku. 3  hari mc....aduii. Nak buat macam mana,kena akur nasihat Dr. dan jugak kemampuan badan sendiri.

Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ni aku dikehendaki menghadiri satu kursus. Actually kursus ni bukannya baru-baru ni. Dah bermula daripada bulan April  itu hari. Kursus yang perlu dihadiri saban bulan - 3 hari dalam 1 bulan sehinggalah ke tahun 2019. Format dalam kursus ini sangat efektif dan berkesan sehingga menimbulkan tekanan di tahap melampau.  Setiap peserta akan diberikan kumpulan dan setiap kumpulan akan melakukan pembentangan tugasan daripada buku-buku berkaitan leadership yang dibekalkan. Pada aku ini kaedah pembelajaran yang sangat aku suka which is read and tell. Dan kita akan belajar banyak benda-benda baharu dalam leadership.

Okey, end of it. Sebab dah tak ada idea nak sambung.

Kita bersiaran semula. Berbalik semula pada topik yang aku kena baca, hadam dan present adalah berkaitan coaching and mentoring. Dan sejujurnya aku tak mau cerita tentang topik tu untuk korang sebab nanti aku menjadikan korang mengantuk. lainlah kalau berminat boleh emel untuk aku share slide aku. Yang membuatkan aku nak bercerita adalah salah satu subtopic menyentuh tentang learning relation dalam workplace.

Juga sekadar gambar hiasan
Wahh bunyi dah macam cerita serius. Sebenarnya apa yang aku maksudkan adalah kita akan stumble dengan individu yang memang close dengan big gun dalam ofis kita. Orang ni seems akan jadi orang favorite big gun tadi. Di dalam case yang aku kena present ada topic menyentuh pasal ni dan di dalam buku yang aku kena hadam mengatakan learning relation tu dah jadi toxic. Tapi sebenarnya bukan learning relation pun kalau macam tu. Learning relation kita boleh katakan satu perhubungan pembelajaran yang mana kita akan tunjuk ajar (coaching) seseorang itu dalam melakukan kerja atau kau akan bagi tips atau sediakan pengalaman untuk dia melakukan kerja (mentoring).

Muka tak layak jadi Teacher's Pet
Yang jadi toxic nya adalah apabila big gun tu consider subordinate kau tu as macam anak angkat. Boleh declare macam tu. Dan lepas tu akan dapat privillage especially dari segi kuasa dan juga macam-macam lagi. Tu tak termasuk hak membawang di pejabat korporat. Tiap-tiap pagi mengadap. That's why kalau kau baca mana-mana buku dalam corporate communications, perlu ada boundaries. Even kau ada best friends dalam kem kau, perlu set the boundaries. Kalau tak ianya akan jadi toxic.

Arrioss!!



 

Tuesday, January 23, 2018

Mood

Source: Google
Ini post kedua untuk tahun ini. Alhamdulillah...masih mampu mencoret dan berkongsi point-of-view. Sebenarnya nak berkongsi sesuatu perkara dengan orang agak menakutkan. Sebab setiap orang ada interpretasi dan assumption ke atas setiap apa yang kita kongsi dan perkatakan. Itu yang menyebabkan tahun lepas berada dalam status berkabung tanpa ada sebarang post. Tahun ini aku ambil pendekatan lain setelah di'tarbiyah' mentor. Pendekatan ini lebih menyenangkan untuk aku post dan kongsi. Ini kanvas aku. Aku berhak ke atas pandangan peribadi aku. Pandangan aku ke atas sesuatu perkara yang berlangsung dalam hidup aku dan komuniti keliling. Itu sebab kedua. Sebab pertama adalah bergantung pada MOOD!

Mood banyak menjadi penyumbang pada banyak aktiviti manusia. Biasalah kalau kita dengar sesetengah manusia sekeliling kita mention mood dalam statement diaorang seharian.
" Tak der mood lah nak keluar"
" Mood tak de lah nak buat kerja ni. esok lah sambung"
"Alamak rokok dah abis..susah nak datang mood buat kerja ni" (Ni dialog lama aku...he..he..he)

Bersebab dengan mood lah orang kata hari Isnin lambat nak datang mood nak buat kerja. Apatah lagi orang perempuan. Tapi ye ke mood ni banyak terpalit kat orang perempuan sahaja? Mungkin sebab ada orang kata...bukan aku kata yer...orang kata, mood ni ada kaitan dengan keadaan emosi seseorang. Dan orang perempuan lebih banyak emosi berkisar dalam kehidupan diaorang. Jadi emosi dan mood berkait rapat.

Sedikit ilmiah untuk dikongsi (aku share benda yang baik2 ni), di dalam psychology mood ditafsir sebagai keadaan emosi. Mood seringkali dihuraikan sebagai mempunyai mood negatif atau positif. Itu yang kadang-kadang ada kawan-kawan seofis yang mood dia melampau-lampau. Ketawa mengilai-ngilai suka. Lepas tu hilang mood bila kau lambakkan kerja adhoc untuk dia.

Aku ada seorang kawan yang mood dia unpredictable. Kadang-kadang mood dia positif betul. Lepas tu secara tiba-tiba dia akan jadi moody a.k.a jiwa kacau. Secara tiba-tiba beb. Ok lah dah tak de mood nak post banyak-banyak. Nanti jadi negatif impact pulak.

Salam ceria selalu. Arrioss!

Monday, January 8, 2018

Menulis Tanpa Pandangan

Ini entri pertama aku di ambang 2018. Selamat tahun baru untuk yang rajin menjengah ke blog yang ntah hapa-hapa ntah ni. Terutamanya yang hanya singgah sekali-sekala.Itu pun pasal google result membawak ke sini. Rupa-rupanya dah setahun aku tak update  blog ni. Memang tahun 2017 tak ade apa-apa coretan. Perkara yang nak dikongsi memang banyak, tapi banyak distraction dan kekecewaan. Sehingga kini, aku masih libang libu dan gundah gulana apa yang aku nak coretkan sebagai pembuka tirai (terlambat sangat bukak tirai ni). 
--sila baca dengan lagu Alone drpd Kumpulan Heart sebagai lagu tema

Jadi sebagai pemangkin untuk benda-benda lain yang nak dikongsi...aku ucapkan selamat tahun baru dan selamat tunaikan azam baru. Aku dah 8 hari mulakan azam aku. Anda bagaimana?

Arrios!!

Monday, November 21, 2016

Office Ettiquette Punya Cerita

Etika pejabat atau office etiquette adalah kod atau polisi bangaimana kita menguruskan diri dan berhemah di persekitaran pejabat. Ini perkara pertama yang diterapkan oleh mantan big boss aku apabila aku mula menjejakkan kaki 16 tahun dulu di pejabat ini. Kadang-kadang mantan bos aku akan ajar etiket dan protokol secara direct atau secara sindiran sarcastic. Perkara-perkara protokol ini kadang-kadang tidak diambil berat atau ada yang ambil mudah dengan alasan menyusahkan lah, banyak lemak lah. Tetapi ini lah perkara yang dapat menentukan kesantunan dan berhemahnya kita dengan insan-insan sepejabat. 

Tidak dinafikan kadang-kadang ada orang yang buat bodoh atau tidak ambil endah. Tak payah contoh yang jauh-jauh dekat-dekat cam kat ofis aku pun cukup. Dan mereka ini dah berbelas-belas tahun bekerja dan  ada di antara mereka ini pegawai. So sepatutnya pegawai lebih maklum dan seharusya menjadi role model untuk kakitangan pelaksana di bawah seliaan diaorang. Simple cakap, pasal pintu pejabat yang bertutup. Apabila menangani tugasan ad-hoc atau task yang perlu disiapkan dengan kadar segera, aku acapkali akan tutup pintu ofis aku. Namun disebabkan ofis aku ni kurang dinding, bidai tingkap aku akan aku buka untuk elakkan rasa terkurung. Dan juga untuk membolehkan melihat keadaan keliling. Di masa ini jugaklah kadang-kadang ada yang memunculkan diri untuk berjumpa. Namun kadang-kadang tanpa izin lapangkan terus pintu aku tu tanpa segan  silu terutamanya yang ladies. Kononnya tak nak dikatakan ada skandal. Oklah ada ampun sikit disitu. Tapi pada aku macam mana keadaan pintu sebelum kau datang, macam tulah sepatutnya keadaan pintu tu sewaktu kau beredar dari  bilik aku. Inilah ayat yang selalu keluar untuk yang tak faham bahasa. Biasanya ayat macam tu aku gunakan untuk anak-anak aku. Tu belum dikira mintak keizinan untuk masuk.  Kebiasaannya officemate yang berkelakuan begini kalau ditegur mahu sentap sebulan. Mulalah mengatakan aku ni sombong tak pasal-pasal, sedangkan aku amalkan office etiquette, code of conduct yang memastikan keselesaan semua orang di pejabat. Kalau rajin mengGoogle aku pasti banyak penulis pasal office etiquette dah memaparkan article tentang perkara ini. Cuma ambillah masa untuk praktikkan untuk memastikan keselesaan sesama kita. Arrioss.


Contoh etiquette yang tidak berhemah.

Sunday, November 13, 2016

Slot Akasia Cerita Biasa

Antara jobspecs aku sebagai ketua jabatan perkhidmatan dan penyelidikan, adalah memenuhi temujanji para vendor yang membekalkan perkhidmatan dan perkakasan di pejabat aku ni. Vendor ini juga mempunyai pelbagai latarbelakang kompeni dan pengurusan. Memandangkan aku tidak mempunyai personal assistant atau setiausaha, so setup appointment ini aku lakukan sendiri. Jadi tablet dan smartphone aku penting ketika berada di pejabat kerana segala jadual dan task dikonfigurasi di dua peranti berkenaan.

Oho...ayat buku la pulak. Bukan apa kalau setakat nak berkarya genre macam Abang Bomba I Love You! tu senang jer nak tulis. Sekurang-kurangnya adaptasi idea daripada 90 Days Fiance atau Married At The First Sight senang jer aku garap novel camtu. Oklah..berbalik pada paragraph pertama yang mana itu bukan interpretasi aku untuk post aku kali ini. 

Baru-baru ini aku dikunjungi oleh seorang vendor yang menyediakan perkhidmatan fotokopi dan penjilidan. So disebabkan dah lama berurusan dengan wakil vendor yang datang, so kami dah jadi rakan sembang. Memang kebanyakan wakil vendor yang datang, apabila dah kenal lama biasanya akan jadi geng. Apatah lagi wakil vendor yang datang adalah geng rokok. So lebih cepat jadi akrab (saper kata isap rokok tiada effect positif). Normally before berborak on any issues whether politics, office life, personal life, sports (yang ni kurang sikit...sebab yang datang tak semua minat motor sports), urusan rasmi akan dibincangkan terlebih dahulu. Aku rather jumpa face-to-face daripada by phone sebab mudah kita nak menggunakan alat bantuan mengajar kalau isu atau perkara itu kurang jelas di mata dan minda mana-mana pihak. 

Topik sembang kali ini agak baru dan menyentuh tentang unwritten policy di sesetengah organisasi. Rakan vendor aku yang berkunjung kali ini bercerita tentang kakitangan di ofisnya telah berkahwin secara senyap-senyap sehinggalah telah mempunyai anak. Dimaklumkan juga bahawa ofis diaorang memang ada policy yang mana kakitangan tak boleh menjalin hubungan romantika sesama officemate. Aku tak begitu terkejut dengan polisi ni sebab ada kawan-kawan aku yang bekerja dengan private company di Malaysia ada polisi sebegini di tempat diaorang bekerja. Even kawan aku yang bekerja di Oil company di Qatar pun mempunyai polisi yang sama. Yang nak dijadikan cerita pembongkaran ini apabila kakitangan wanita ini melahirkan anak. Agak mengejutkan bagi diaorang sebab setahu diaorang kakitangan wanita ini janda. Dan salah seorang kakitangan lelaki di pejabat ini pulun abis cuti tahunan 14 hari. Tu timbul kepelikan bagi diaorang.

Diceritakan pada aku tembelang pecah apabila salah seorang staf datang melawat kakitangan perempuan tadi dan mendapati nama bapa bayi berkenaan adalah kakitangan lelaki ofis diaorang. Punya la haru! Dan lebih mengharukan kakitangan wanita berkenaan menjadi isteri kedua pada kakitangan lelaki berkenaan! Rakan vendor yang datang pun bertanya dengan aku dan mohon pandangan. Aku bagitau pada dia aku sendiri tak boleh bagi pandangan sebab kat opis aku pun  ada situasi yang lebih kurang sama tapi tak lah melibatkan jadi second channel. Kiranya di opis aku sudah ada enam pasangan yang dah berumahtangga sesama rakan sepejabat. Tu pun akan ada bakal menyusul menjadikan jumlahnya yang ketujuh. Dan kalau dibandingkan dengan lain-lain jabatan di organisasi tempat aku bekerja, kamilah yang mempunyai jumlah office couples paling ramai. It's a fact. No doubt about it. Dan memang benar kami tidak mempunyai policy about it.

This one I don't want to interpret anything even some of my colleagues know where I stand about this matter. For some reason it may have serious impact to do with administration and operation of the department. Mostly when it comes to office communication like malay proverb 'cubit peha kiri, peha kanan teras'.  Some of them are saying they were professional during 8am - 5pm, but eventually this thing will tear apart in certain times. Ini membuat aku teringat dengan sebuah filem Filipina lakonan Marian Rivera (power actress nih!) yang berkisar tentang office romance yang tidak dibenarkan di office tempat hero dan heroin bekerja. Kalau tak silap aku filem terbitan tahun 2013 ni judulnya 'My Lady Boss'. Pada yang berminat bolehlah google kalau nak tahu ceritanya. Di penghujung post aku kepilkan sekali wajah cantik Marian Rivera.

 Well, I rest my case. Arioss.

Sumber



Thursday, August 4, 2016

Aktiviti Mengumpat Era Ledakan Teknologi Maklumat

Aku tak sure sama ada judul post ini sesuai atau tidak. Tapi ikut maknawiyah terhadap perkara utama yang nak dikongsi, agak tepat barangkali. Dulu-dulu kala sewaktu aku mula gunakan handphone, sms or short messaging system jer lah yang digunakan. Untuk chatting menerusi komputer Yahoo Messenger, MIRC atau ICQ lah yang top. Sms yang dihantar agak ringkas, tak de boleh nak letak emoji atau apa icon yang kiuta suka. Malah dulu tidak boleh lah kita nak menyelitkan suara atau gambar. Malah telefon dulu berantara muka monochrome sahaja, dengan pixelate mudah dan skrin yang kecil. Pada awal tahun 2000 - 2004, ramai berlumba-lumba untuk menggunakan handphone yang agak kecil sehinggakan panasonic pun mengeluarkan handphone. Dulu siapa pakai clam shell style dah agak gempak dan Nokia menjadi raja pada waktu tu. Tapi sekarang, Samsung jadi juara rasanya. Dan aku pada era itu setia dengan Ericsson.

Ooops...agak sentimental pulak cerita pasal awal2 Y2K. Short of introduction...sekarang ni dah dilambakkan dengan mobile messaging apps yang berplatformkan android and juga iOS. Dulu sewaktu android mula-mula diperkenalkan di pasaran, ada sorang officemate aku dah pakai samsung android (logo android di handphone) di kala aku masih memakai hp Samsung Pixon.  Nampaknya cam bukan nak straight to the point. 

Sejak ledakan teknologi dalam sistem pengoperasian mobile seperti android ni, banyak pelbagai aplikasi permesejan merentas platform telekomunikasi mula muncul. Kita dah ada WeChat, Whatsapp, LINE, Telegram  dan beberapa yang tak berapa popular lah. Yang sentiasa jadi priority adalah whatsapp. Kalau jumpa kawan-kawan lama atau sedara mara,  mesti akan tanya nombor untuk whatsapp. Kewujudan aplikasi ini menyebabkan suara vokal manusia menjadi satu komoditi yang agak mahal untuk diperdengarkan. Hinggakan semua orang asyik melayan whatsapp walaupun duduk semeja 1 famili. Hubungan insaniah dah hilang. Itu belum lagi kewujudan grup-grup atau conference massage yang wujud dalam whatsapp ni. Secara jujurnya aku sendiri pun ada hampir 6 grup yang kena tengok sama ada aku sukarela masuk atau disukarelakan. Ada untuk office, untuk division, untuk mesyuarat, untuk jawatankuasa itu--jawatankuasa ini. Dalam ofis aku ni pun banyak clan dan platform, ada whatsapp dan ada juga platform LINE. Malah ada grup officer semua dan ada grup officer yang dipinggirkan beberapa orang. Tak tahulah apa tahap konspirasi camtu. Itu baru grup office. Yang luar daripada office pulak pun dahsyat jugak. Grup taman pelbagai platform, grup sekolah rendah,  grup sekolah menengah (aku punya ader 2 sebab aku bersekolah 2 tempat), ade grup belajar di universiti (all and boys only) dan juga grup family.

Sumber: Buasir Otak
Jadi secara tak langsung cara manusia berkomunikasi pun dah mula berubah dan yang tak berubah adalah kandungan yang dikongsi sesama dalam grup ni. Cerita tentang orang lain dan keaiban serta story tahap oscar tambahan perisa lagi masih lagi menjadi topik hangat. Agaknya kalau kita tak bercerita tentang orang buat itu, orang ni buat ni tak tenteram kot jiwa. Cerita umpatan oleh pengadu domba sentiasa akan hit. Dalam grup yang sama, boleh timbul grup lain yang bertindak sebagai penentang dalaman atau talam 18 muka. Kalau nak menyebut tentang topik yang aku ketengahkan, ramai blogger yang mengutarakan isu yang sama. Antaranya Nizamriadzi, Cik Matahariku, Kembaraminda, Buasirotak dan beberapa blogger yang nampak permasalahan ini. 

Ada di kalangan rakan-rakan yang tak nak terlibat mengatakan apps ini salah. Namun hakikatnya yang paling jelas adalah sikap manusia yang masih tidak berfikir dengan waras. Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan manusia berkongsi cerita kisah hidup masing-masing dan bukannya benda-benda merepek seperti berkongsi kuliah dakwah yang memakan panjang jela sampai naik muntah nak membacanya. Itu bukan fungsi pereka aplikasi ini bangunkannya. Nak berdakwah atau nak tunjuk alim aplikasi whatsapp/wechat/LINE/Telegram bukanlah wadahnya. Gunakan platform yang sesuai. Agak sedih apabila situasi mengadu domba masih lagi berlaku dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Malah benar seperti mana yang pernah diutarakan oleh seorang bukan Islam di dalam post twitternya (kalau tak silap aku) amalan Islamiah ini lebih jelas di amal dan dihayati oleh masyarakat bukan Islam berbanding orang Islam. Doa aku untuk pada diri aku dan keluarga aku moga tiada di kalangan kami menjadi seorang pengadu domba kerana golongan itulah antara golongan yang diusir daripada padang mahsyar dengan dibangkitkan semula berupakan kera. 

Arrioss!

Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri Dari Bumi Selatan Perak

Salam Aidilfitri. Sewaktu post ini dilakar aku masih lagi berada di pejabat menunggu waktu untuk menutup operasi dan pulang berhari raya. Jangan banyak songeh beb..aku pun ada kampung jugak. Walaupun dah 4 tahun aku antara pegawai yang setia bekerja hingga hari terakhir ramadhan. Yang lain? Aku tak nak komen apa-apa..obviously kadang-kadang bila story tentang cuti hari raya ni, masing-masing akan jadi selfish tahap gaban. Macam-macam back-end story akan keluar, anak sulung lah, nak buat preparation terakhirlah. Macamlah aku ni bukan anak sulung malah anak yatim lagi. Hampir 20 tahun aku beraya dengan mak aku sahaja, maknanya dah 20 tahun arwah abah tinggalkan kami. Dan 20 tahun jugak aku beraya tanpa arwah abah (Al-Fatihah). By the way, sapa habaq waktu ni tak bole buat kerja. Syok sangat..kerja-kerja dapat dibuat tanpa anasir-anasir yang akan menganggu dan menganggu. 

Lagu raya? Sekali lagi sorry beb...hingga ke saat ini tak ada lagu raya yang berkemundang di pc dan laptop aku. Hanya syarahan agama dan lagu-lagu dari kumpulan speed metal dan nu metal. Ceramah agama mostly daripada favorite ustaz - Dato Ustaz Kazim elias, Dr Rozaimi Ramle dan Ustaz Abdullah Khairi. Tentang lagu raya bukan maksud jemu tapi tak de selera nak dengar. Hingga post ini dilakar lagu 'Kings of Metal' alunan kumpulan Manowar berkemundang di Youtube. Abis gila aku pun lagu Hang pi mana nyanyian kumpulan Khalifah berkumandang di Youtube.

Tentang persiapan raya pulak? Paling sempoi this year. Ini berdasarkan track lepas-lepas. Tak yah membazir bersederhana aje lah. Itu yang terbaik. Ekonomi pun bukannya baik sangat. Silap-silap boleh layan ikan bilis dengan telur jer lepas raya nanti. Mana yang ada rezeki lebih boleh shopping sakan. Yang kureng, mungkin ke bundle je lah. Biasanya raya ni budak-budak atau anak-anak kita utamakan. Mak ayah pakai yang lama-lama jer  tak pe lah nak oii. 

Hari raya kali ini ubahlah beberapa perkara yang lebih kepada adat berbanding syariat. Terutamanya melibatkan duit raya. Syariat memang suruh bersedekah tetapi afdal pada bulan Ramadhan. Dan yang penting jangan ajar anak jadi peminta sedekah. Tanamkan semangat nak bersilaturrahim. Tak de lah nak pi berziarah pun nak pergi kalau orang tu ada bagi duit raya yang besor-besor. Tabiat buruk seperti memnita duit raya jangan dibiarkan dibuat oleh anak-anak kita ni. Itu yang jadi peminta sedekah. Biarlah di ajar jadi pemberi sedekah walaupun 10 sen. Sebab sedekah ini akan jadi pemberat timbangan kita kelak. Sedekah yang kita bagi itu lah rezeki atau hak yang diberi pada kita. Ziarah lah kubur terutamanya makam ibu bapa kita yang telah pergi mengadap Ilahi. Sebagai anak, kita masih boleh berbakti pada arwah ibu bapa. Sedekah kan Al-Fatihah. Jangan ikutkan sangat kata-kata sesetengah orang agama yang mengatakan itu bidaah sedangkan ada hadith dari Rasulullah mengenai menziarahi kubur. 

Penghujung lakar post ini, aku ingin menyusun jari sepuluh (Alhamdulillah masih cukup jari aku) memohon kemaafan di Hari Lebaran ini sekiranya ada post yang membuat korang ada yang makan dalam, sentap atau istilah yang sewaktu dengannya. Selamat hari raya buat semua dan selamat memandu ke destinasi yang dituju.
Perahu belayar ke Kuala Sanglang
Nak dara jelita menanti di pengkalan
Kita insan lidah tak bertulang
Salah dan khilaf harap dimaafkan.
Raya 2015 di Kampung Rambong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.