Monday, May 3, 2021

Ramadhan Kareem dan Selamat Hari Raya

 Assalammualaikum.

Rasa keras jari ini nak menaip nukilan. Padahal ada aja post yang digarap tapi cuma sekadar jadi deraf. Hilang mood nak sambung macam tu lah jadinya. Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan tinggal 9 hari sahaja lagi dan minggu terakhir ini sangat crucial untuk umat Islam. Kita nak memburu Lailatul-Qadar. Bak kata ustaz yang selalu berceramah kita nak buat pecutan. Malam-malam terakhir ni kita hidupkan qiyam Ramadhan iaitu solat sunat terawih. Lepas tu kita bertadarus sebelum tidur dan kalau mampu bangun awal sebelum sahur untuk solat sunak tahajjud.

Selalu kita dengar dan selalu kita niat nak buat tapi hakikatnya semangat tu kadang-kadang tak kuat. Tak nak cerita hal orang lain. Ini cerita hal aku. Mujur kita ada PKP 1.0 tahun lepas. Ada hikmah dan mampu juga buat. Tahun ini kita up sikit lagi kita punya amal. Kita tingkatkan sedekah kita dan jamu orang berbuka puasa. kurangkan menunjuk-nunjuk apa yang kita sedekah kat orang sampai buat video bagai. Biarlah ALLAH SWT yang nampak apa amalan yang kita dah buat. Lagi satu kurangkan jugak kau menunjuk apa juadah berbuka engkau. Kita tak tahu ada orang yang tak dapat berbuka atau tiada apa untuk berbuka puasa. 

Kebiasaannya minggu ini ada staf di pejabat yang dah mula pasang lagu-lagu raya. Namun tak terjadi tahun ini. Ramai yang mungkin akan tersentuh sebab tak boleh rentas negeri untuk balik raya. Itu termasuklah yang memang orang Perak tapi menetap di negeri sempadan. Memang tak dapat menjenguk keluarga lah jawabnya. Yang dapat balik rentas daerah tu jangan gopoh sangat. Langkah kawalan jangkitan kena ambil perhatian serius. SOP kena amalkan. Itu langkah awal. Elok mencegah daripada merawat.

Macam mana dengan persiapan raya? Tahun ini mungkin ala kadar sahaja. Langkah penjimatan yang dah dilaksanakan. Ramai yang membeli baju dan persiapan hari raya beli secara online sahaja untuk elak jangkitan. Apatah lagi varian Covid-19 daripada India dah mula memasuki Malaysia. Namun apa jadahnya ramai orang kat bazar hari raya macam kat KL tu? Apa diaorang tak rasa takut? Siap bawak baby! Macam mana lah pemikiran mak ayah dia yer.

Kadang-kadang perkara yang kita rasa tak seronok tu, ada hikmah yang tuhan bagi. Cuma kena rajin mencari dan memahami ketentuan dari Allah. Balik kampung? Walaupun boleh merentas daerah, itu pun masih ada sesi negotiation dengan Mem Besar nak decide sambut kat mana terlebih dahulu.

ARRIOSS.

0 comments:

Post a Comment