Thursday, August 4, 2016

Aktiviti Mengumpat Era Ledakan Teknologi Maklumat

Aku tak sure sama ada judul post ini sesuai atau tidak. Tapi ikut maknawiyah terhadap perkara utama yang nak dikongsi, agak tepat barangkali. Dulu-dulu kala sewaktu aku mula gunakan handphone, sms or short messaging system jer lah yang digunakan. Untuk chatting menerusi komputer Yahoo Messenger, MIRC atau ICQ lah yang top. Sms yang dihantar agak ringkas, tak de boleh nak letak emoji atau apa icon yang kiuta suka. Malah dulu tidak boleh lah kita nak menyelitkan suara atau gambar. Malah telefon dulu berantara muka monochrome sahaja, dengan pixelate mudah dan skrin yang kecil. Pada awal tahun 2000 - 2004, ramai berlumba-lumba untuk menggunakan handphone yang agak kecil sehinggakan panasonic pun mengeluarkan handphone. Dulu siapa pakai clam shell style dah agak gempak dan Nokia menjadi raja pada waktu tu. Tapi sekarang, Samsung jadi juara rasanya. Dan aku pada era itu setia dengan Ericsson.

Ooops...agak sentimental pulak cerita pasal awal2 Y2K. Short of introduction...sekarang ni dah dilambakkan dengan mobile messaging apps yang berplatformkan android and juga iOS. Dulu sewaktu android mula-mula diperkenalkan di pasaran, ada sorang officemate aku dah pakai samsung android (logo android di handphone) di kala aku masih memakai hp Samsung Pixon.  Nampaknya cam bukan nak straight to the point. 

Sejak ledakan teknologi dalam sistem pengoperasian mobile seperti android ni, banyak pelbagai aplikasi permesejan merentas platform telekomunikasi mula muncul. Kita dah ada WeChat, Whatsapp, LINE, Telegram  dan beberapa yang tak berapa popular lah. Yang sentiasa jadi priority adalah whatsapp. Kalau jumpa kawan-kawan lama atau sedara mara,  mesti akan tanya nombor untuk whatsapp. Kewujudan aplikasi ini menyebabkan suara vokal manusia menjadi satu komoditi yang agak mahal untuk diperdengarkan. Hinggakan semua orang asyik melayan whatsapp walaupun duduk semeja 1 famili. Hubungan insaniah dah hilang. Itu belum lagi kewujudan grup-grup atau conference massage yang wujud dalam whatsapp ni. Secara jujurnya aku sendiri pun ada hampir 6 grup yang kena tengok sama ada aku sukarela masuk atau disukarelakan. Ada untuk office, untuk division, untuk mesyuarat, untuk jawatankuasa itu--jawatankuasa ini. Dalam ofis aku ni pun banyak clan dan platform, ada whatsapp dan ada juga platform LINE. Malah ada grup officer semua dan ada grup officer yang dipinggirkan beberapa orang. Tak tahulah apa tahap konspirasi camtu. Itu baru grup office. Yang luar daripada office pulak pun dahsyat jugak. Grup taman pelbagai platform, grup sekolah rendah,  grup sekolah menengah (aku punya ader 2 sebab aku bersekolah 2 tempat), ade grup belajar di universiti (all and boys only) dan juga grup family.

Sumber: Buasir Otak
Jadi secara tak langsung cara manusia berkomunikasi pun dah mula berubah dan yang tak berubah adalah kandungan yang dikongsi sesama dalam grup ni. Cerita tentang orang lain dan keaiban serta story tahap oscar tambahan perisa lagi masih lagi menjadi topik hangat. Agaknya kalau kita tak bercerita tentang orang buat itu, orang ni buat ni tak tenteram kot jiwa. Cerita umpatan oleh pengadu domba sentiasa akan hit. Dalam grup yang sama, boleh timbul grup lain yang bertindak sebagai penentang dalaman atau talam 18 muka. Kalau nak menyebut tentang topik yang aku ketengahkan, ramai blogger yang mengutarakan isu yang sama. Antaranya Nizamriadzi, Cik Matahariku, Kembaraminda, Buasirotak dan beberapa blogger yang nampak permasalahan ini. 

Ada di kalangan rakan-rakan yang tak nak terlibat mengatakan apps ini salah. Namun hakikatnya yang paling jelas adalah sikap manusia yang masih tidak berfikir dengan waras. Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan manusia berkongsi cerita kisah hidup masing-masing dan bukannya benda-benda merepek seperti berkongsi kuliah dakwah yang memakan panjang jela sampai naik muntah nak membacanya. Itu bukan fungsi pereka aplikasi ini bangunkannya. Nak berdakwah atau nak tunjuk alim aplikasi whatsapp/wechat/LINE/Telegram bukanlah wadahnya. Gunakan platform yang sesuai. Agak sedih apabila situasi mengadu domba masih lagi berlaku dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Malah benar seperti mana yang pernah diutarakan oleh seorang bukan Islam di dalam post twitternya (kalau tak silap aku) amalan Islamiah ini lebih jelas di amal dan dihayati oleh masyarakat bukan Islam berbanding orang Islam. Doa aku untuk pada diri aku dan keluarga aku moga tiada di kalangan kami menjadi seorang pengadu domba kerana golongan itulah antara golongan yang diusir daripada padang mahsyar dengan dibangkitkan semula berupakan kera. 

Arrioss!

0 comments:

Post a Comment