Friday, September 13, 2024

Melepasi ambang tahun baru 2024

[Nota kepala: Post ini telah digarap pada 31 Disember 2023. Masalah teknikal yang timbul menyebabkan post tinggal sebagai deraf]

Alhamdulilah. Sekali lagi kita diberikan peluang oeh Allah untuk berada di muka bumi ini untuk tahun ini. Dan aku rasa tiada lagi umat manusia yang sibuk untuk menggap azam baru untuk tahun 2024 ini. Bukan tiada langsung, tapi mungkin hanya segelintir sahaja. Ramai yang sudah cakna bahawa bahawa hidup ini satu perjalanan. tak kira lah awal tahun, hujung tahun, pertengahan tahun, kita boleh detour perjalanan hidup kita. Atau bila kau rasa penat, kau boleh berenti di RnR atau mana-mana pit stop. Apa-apa pun kita boleh ambil iktibar apa yang dah berlaku pada tahun 2023 untuk kita perkemaskan diri kita pada tahun ini.

Agak terlalu awal nak memperkatakan keadaan yang berlaku sekarang. Perang Gaza -Israhell masih lagi berlangsung dengan jumlah syahid yang agak tinggi. Orang-orang Palestin berjihad dengan nyawa mereka untuk agama Allah dan menjaga kiblat pertama umat Islam. Peranan kita kat sini berjihad lah dengan menolak anasir-anasir yang boleh membantu kemenangan Israhell dan penyokong-penyokongnya. Berdoalah pada Allah agar Israhell tidak lagi wujud di dalam peta.

Dinner Malam Tahun Baharu

Dinner di Nasi Lemak Wak Kentut cawangan Kempas

Kebiasaannya di bulan Disember setiap tahun kami sekeluarga akan pergi menikmati getaway ke mana-mana destinasi yang ada makanan yang best. Namun kali ini tak dapat berbuat demikian bila Abang balik tanpa motor Pulsar dia. Motor ken amasuk workshop --kena overhaul ada bunyi bearing pecah dalam blok enjin. Jadi kisahnya dia terpaksa menumpang kawan untuk balik ke TM. Bila cuti semester tamat kenalah menghantar Abang untuk balik semula ke kolej di Kempas.

Disebabkan hendak dinner di tempat yang dekat dengan kolej Abang dan selalu dengar Abang makan di situ so kami pilih la kami di Nasi Lemak Wak Kentut. Memang dekat sangat dengan kolej Abang, dia dengan kawan-kawan dia jalan kaki sahaja dah sampai. Abang bagitau kami jangan la taruh harapan tinggi sangat pada taste nasi lemak tu. 

@Nasi Lemak Wak Kentut Cawangan Kempas
Aku rasa anak aku terlalu beri understatement pada nasi leak wak kentut ni. Mungkin dah selalu pekena. Mula masuk dalam mulut memang terasa kelainan pada sambalnya dan ayam goreng crispy nyer. Dimaklumkan bahawa ikan bilis di blend sekali dengan sambalnya. Perrgh...memang kalah Nasi Lemak Hj Din (google la kalau nak tahu). Konsep simple secara layan diri. Boleh pilih ayam goreng atau udang goreng dan juga ada lauk tambahan seperti paru daging (aku dah terkena...ingatkan daging masak itam) atau sambal tumis ikan bilis. Rasa memang tak cukup macam nak tambah jer lagi. Tapi orang dah semakin ramai dan line pun dah makin panjang jadi aku cancel kan niat aku nak tambah.

Simple  yet delicious  - with black coffee ice and beef lung
Walaupun Nasi Lemak Wak Kentut ni dah lama wujud di negeri Johor, namun ada juga orang Johor yang tak tahu kewujudannya. Lantak lah bukannya boleh putus selera pun Sama lah keadaannya kalau orang Perak tak tahu kewujudan Laksa Pak Ngah di Kuala Kangsor.

Akhir kalam, Arrioss sedara semua!







0 comments:

Post a Comment