Selalu tengok pada youtube channel Azfar Badrul pasal mee mamak Railway ni, tapi Alhamdulillah disebabkan rezeki yang dah tertulis merasa jugak la aku akan mee goreng berkenaan. Adik ipar aku yang bawa setelah selesai urusan tukar nama geran motor di pekan Tanjung Rambutan Jun hari tu. Mulanya tak mahu sebab rasa kenyang setelah breakfast di R n R Tapah arah Utara. Tapi apabila mengenangkan kesedapan dan keteringinan akibat daripada video Azfar Badrul tu, akhirnya follow juga la ke railway Tanjung Rambutan.
Lokasi railway ni memang tak jauh daripada pekan lama Tanjung Rambutan dan satu-satunya stesen keretapi di situ. Lebih mudah lagi senang kata stesen ini berada di sebelah kiri selekoh sebelum simpang lampu traffik ke Hospital Bahagia Tanjong Rambutan. Sekiranya sedare-sedari menghala daripada Ulu Kinta ke Chemor. Memang tak akan terlepas pandang. Saya gerenti sedare-sedari boleh jumpa.
Rasa mee goreng ni memang rasa mee goreng mamak original seperti dulu-dulu. Ada rasa kuah kacang dan sambal serta moist. Honestly speaking, memang sedap dan menepati selera aku. Dari segi kuantiti memang tak terhabis untuk kategori light eater. Kena la berkongsi. Mak mertua aku yang ikut sekali dah bagitau awal-awal better berkongsi instead of seorang satu pinggan.
Menu bukan hanya mee goreng tetapi ada juga menu lain. Antaranya mee rebus, pasembor, mee rojak dan juga lain-lain lagi. Actually kedai mamak ni merupakan penggerai di stesen keretapi sebab ada kedai utama disitu yang mana pemiliknya orang melayu yang sedare-sedari boleh lah memesan menu lain untuk air minuman dan juga nasi lemak. Kepada peminat mee goreng mamak boleh la try, Insya Allah tak mengecewakan. Bagi waktu operasi pula aku kurang pasti tapi waktu aku pergi hari tu hari Sabtu. Jadi aku boleh pastikan hari Sabtu kedai mamak ni buka.
0 comments:
Post a Comment