|
Unplanned trip to Pantai Segari |
Jalan raya dan lebuhraya dah mula jem pada hari Jumaat lagi. Rakyat Malaysia dan hari cuti hujung minggu + cuti umum. Tambahan pula ada cuti umum hari Malaysia dan bertindan dengan Maulidur Rasul. Kakitangan swasta dapat extra cuti umum pada hari Selasa. Awal-awal lagi kami dah merancang untuk bercuti ke Lumut walaupun satu malam. Tetapi apa kan daya apabila terdengar berita kesesakan lebuhraya menghala ke utara membawa sehingga ke 26 km dan menghala ke selatan sejauh 3km, kami terpaksa mengubah perancangan. Rasanya tak mampu nak mengharungi jem walaupun melalui laluan jalan negeri dan persekutuan. Disebabkan kepesatan teknologi maklumat seperti google maps dan waze, jalan-jalan tikus yang pernah dilalui mesti 'ramai' kereta.Mencari penyakit kalau nak ubah plan dan buat unplanned trip seperti mana biasa. Itu perkara yang kami sekeluarga sering buat. Plan nak pegi ke satu tempat, spontaneously pilih pergi ke tempat lain di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Plan nak balik kampung terpaksa di ubah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Gambar yang dikongsi adalah trip sekeluarga secara unplanned kami ke Pantai Remis untuk lunch menu Kari Kepala Ikan yang mana menu ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. selepas itu bawa anak-anak ke Pantai Segari.
So apa aktiviti korang waktu cuti bersambung hari tu?
0 comments:
Post a Comment