Tuesday, January 3, 2023

Cerita Suku Kedua Tahun 2022: Lambakan Throwback Lagi

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Ogenki desuka. Sedar tak sedar, suka tak suka, kita ada hampir 4 bulan nak menghampiri tahun 2023. Rasanya pelbagai onak, pelbagai penat dan perih kita dah harungi. Mungkin ada suka, mungkin ada duka. Setiap orang perjalanan hidupnya berbeza. Kita ada pilihan untuk kita tentukan haluan kita, namun Allah jua sebaik-baik Perancang. 

Seperti mana aku yang masih lagi dengan hasrat sekurang-kurangnya 03 blog post sebulan dan mungkin 01 blog post dalam english. Hasrat itu masih lagi menjadi tentatif. Nampak macam sukar nak menjadi realiti. Tak kira apa jua yang berlaku, aku cuba share kan beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun ni. 

Berbuka puasa di Sarang Art Hub

 Ini event terkejut dan selalunya event macam ni yang paling menjadi. Tak kisahlah tak ramai yang join. Sebenarnya ini event unofficial majlis berbuka puasa untuk pegawai di tempat aku bekerja. Event yang tak sampai 48 jam commit berjaya dilaksanakan dengan 4 keluarga yang join di restoran milik Allahyarham Mamat Khalid iaitu di Sarang Art Hub. Tertunai juga hajat nak bawa anak-anak dan isteri makan di sini. Menu berbuka puasa agak simple namun masih mampu menyelerakan anak tekak 😆Menu berbuka puasa bertukar setiap hari.

Aku yang memang bercuti pada hari berkenaan memang tiada masalah sebab amik anak daripada airport Ipoh untuk bercuti Hari Raya Aidilfitri. Pada hemat aku Insya Allah boleh dinajurkan lagi pada masa-masa akan datang bergantung pada mood juga. Yang seronok berbuka di Sarang Art Hub ini adalah dekorasi yang sangat awesome terutamanya pada kami yang venue berbuka di sebuah bilik dengan dekorasi drama ' Kampung Pisang Bersiri-siri'.

Kami yang hadir berbuka puasa di Sarang Art Hub

Me with me boys
 

Beraya Aidilfitri: Salah Timing 

Raya photoshoot selepas Solat Sunat Aidilfitri


Raya photoshoot pada Raya Ke-2 di rumah atok
Pada tahun ini semua orang jangkakan hari raya pada hari Selasa sepertimana tercatat dalam kalendar. Parahnya apabila semua orang lupa perkara wajib untuk menentukan tarikh hari raya aidilfitri adalah bergantung kepada kemuncilan anak bulan. So sangat jelas anak bulan Syawal dah memunculkan diri pada hari Ahad, maka 1 Syawal jatuh pada hari Isnin. Kami sekeluarga adalah sebahagian rakyat Malaysia yang tak packing lagi atau tak bersedia untuk pulang berhari raya. So bermesyuarat lah kami suami isteri untuk pulang ke kampung selepas solat hari raya aidilfitri dan ziarah mak aku. Mak aku pun akan pulang ke kampung selepas masak juadah hari raya.

Bersolat di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI menemukan aku dengan ramai rakan-rakan yng tersangkut dan akan pulang selepas solat sunat aidilfitri 😅😅 Jalan lengang? Tak jugak ..keadaan traffik penuh dengan kenderaan even though kami memilih untuk lalu di jalan dalam. Ramai orang dah aware laluan jalan biasa dan alternatif ni impak kewujudan google maps dan juga Waze. Sabar jer lah dan dah jangka keadaan sedemikian. Bukan kita sorang jer yang balik lepas solat hari raya.


Belasungkawa Tn. Hj Ibrahim Wahid: 1921 - Mei 2022

Suasana di kuburan Kg. Pasir Garam
Aku sangat bersyukur dapat menyantuni atuk aku di penghujung usianya pada hari raya ke - 3. Melayani arwah atuk aku bersembang tentang motor honda CB90 arwah atuk, tentang kerapnya arwah atuk dan arwah opah ke Manong tempat aku menetap waktu kecil dulu dan tentang kagetnya arwah abah aku membonceng motor berkenaan. 

Sewaktu bersembang tu, penuh dengan gelak ketawa apabila bercerita tentang arwah abah sehingga arwah atuk tercungap-cungap selepas ketawa. Kami bercerita sambil isteri aku mengurut belakang dan kaki atuk. Badan atuk lenguh disebabkan terlalu terlantar di katil dan badan penuh angin sebab kurang diberikan makan. Tangan atuk tak kuat jadi kami santuni atuk makan dengan suapkan makanan. Apatah lagi, makcik aku ada belikan laksa salah satu makanan favourite atuk. Berselera betul.

Cuma aku agak rasa tak selesa sebab sebelum arwah opah meninggal dulu, arwah opah selalu bercerita tentang peristiwa lampau beliau. Arwah opah bercerita waktu dia mula-mula kahwin dengan arwah atuk aku, waktu kehilangan iC dia di Ipoh dan juga kesukaan arwah opah makan aiskrim. Arwah opah pun begitu berselera makan sate daging apabila aku belikan sate di pekan Parit dan sentiasa bercerita tentang itu. Selang sebulan selepas arwah opah bercerita dengan kami tentang memori lama, opah kembali dijemput Allah di Hospital Changkat Melintang. Pada Syawal Ke-10, Atuk dijemput Ilahi pada usia 101 tahun dan aku tak sempat memandikan atuk disebabkan pihak masjid berkeras untuk tidak mahu menunggu waris yang lain. Al-Fatihah untuk Atuk.

Visit to The Shore Oceanarium Melaka

Akhirnya dapat juga melawat Oceanarium di Melaka ni. Walaupun dah banyak kali menginap di The Shore bila setiap kali ke Melaka. Hotel yang menarik cuma sewaktu agenda ini dilaksanakan kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka. Dapat price yang menarik. Sebelah menyebelah dengan hotel The Shore dan still dapat ke mall cuma kena masuk ikut main entrance. Visit kali ini setelah pick up si abang daripada kolej di Kempas, JB. Drop di hotel untuk berehat setelah awal pagi kami bergerak daripada TM.

Orait, bukan nak bercerita pasal hotel. Kita kasi teaser pasal oceanarium. Dulu aku pernah pergi ke satu oceanarium macam ni tetapi di Pahlawan Mall. Sekarang tempat tu dah tak ada. Oceanarium ni best untuk belajar type of fish dan very entertaining. Bukan setakat ada exhibition fish dalam aquarium dan terowong, tetapi juga ada 3D movie dan feeding fish area. Bawa lah family bukan hanya mengunjungi The Shore Oceanarium tetapi juga The Shore Sky Tower (Kalau berani). Gayat nak tengok ke bawah daripada tingkat 25!!
Keadaan di dalam Oceanarium

Ini ikan monkfish (kalau tak silap aku)


Ikan besar dalam akuarium

Asam Pedas Lagenda


Ada daging tetel, ikan pari, ikan merah dan ayam.
Kami sekeluarga memang penggemar masakan asam pedas sama ada Melaka atau Johor tapi mostly Melaka. Untuk asam pedas johor kami sering ke Parit Jawa untuk makan di Pak Yahya Asam Pedas. Ok kita cerita pasal asam pedas melaka. Banyak tempat kami dah try asam pedas di melaka. daripada yang mencekin leher sampailah yang harganya berpatutan.

Trip kali ini selepas ke Oceanarium kami makan tengahari di Asam Pedas Lagenda di Jalan Lagenda 3. Nak senag tempat makan ni berdekatan dengan Aeon bandaraya Melaka. Menu nya pelbagai dan harganya agak berpatutan. berkonsepkan set dan kita juga boleh custom dengan lauk tambahan. Set nya didatangkan dengan nasi, telur masin dan sayur bendi. Boleh pilih ikan, daging atau makan laut yang seperti ketam atau udang atau sotong. Mestinya menjilat jari dan mengelap peluh. 

Santapan mata dulu sebelum mulut
Di Asam Pedas Lagenda, kalau boleh janganlah datang betul-betul waktu makan tengahari sebab pack dengan kakitangan atau pekerja berhampiran. kalau anda datang pun layanan tak terlalu lama untuk ditunggu. Di kawasan restoran ini pun ada beberapa hotel bajet yang boleh kita stay. Dan jangan terkejut bila anda dapat tahu owner dia anak kelahiran Kedah dan bukannya orang Melaka!

0 comments:

Post a Comment