Monday, June 23, 2008

Wind of Change - This is not Scorpion's Song!

Apabila membaca sebuah berita yang memaparkan saranan kerajaan kepada semua rakyat yang ada di tanah Malaysia ni, aku hampir tergelak. Antara saranan yang diujarkan ialah agar rakyat menukar gaya hidup dan berbelanja berhemah. Lantas aku terus teringat dengan slogan kepimpinan melalui teladan. Adakah ramai orang-orang besar kita yang bergaji 10,000 - 18,000 RM ni sanggup mengikat perut dan mengubah gaya hidup mereka?
Seperti burung kakak tua berkata-kata lagak diaorang ni. Sapa yang sebenarnya patut mengubah gaya hidup? Kita atau diaorang? Kita yang selama ini yang dah banyak mengikat perut dan juga bahagian abdomen serta lemak (tak termasuk liposuction) disuruh ubah lagi gaya hidup dan mengutamakan pengangkutan awam.
Persoalan mengenai pengangkutan awam kita, adakah berkeupayaan untuk menampung jumlah pengguna yang akan mengubah cara hidup mereka dan cara mereka spending money? Malah inilah yang menyebabkan anak saudara aku terlibat dengan kemalangan sewaktu mengikut ayah dia nak menghantar kakak ipar aku kerja setiap pagi. Kenapa? Sebab komuter yang menjadi pengangkutan utama ke pejabat tak berdaya menampung kenaikan jumlah penumpang. Kat sini kat mana efficiency-nya rakyat kena mengubah gaya hidup?
---
Masih lagi berkisar dengan gaya hidup, mampukah pak-pak menteri kita hidup secara sederhana atau zuhud? Hidup seperti mana Dato' Nik Aziz yang berala kadar dalam kehidupan, tak de pakai Spark Manshop, Gucci dan anak-anak tak bermewah-mewah.
Atau macam YB Lim Guan Eng yang diaorang kata nampak dia naik kapalterbang duduk kat kelas ekonomi.
Apa yang jelas, masih lagi tak mematuhi kepimpinan melalui teladan. Barangkali mereka ni masih lagi berhoneymoon. Mungkin...?
---
Walaupun kerajaan suruh berbelanja berhemah dan mengurangkan outstation kat luar, masih ada lagi ketua jabatan yang degil. Suruh pegawai bawahan pergi meeting kat luar yang kadang-kadang dalam sebulan 5 - 6 kali. Payah betul, dan aku adalah salah seorang pegawai yang kadang-kadang kena bermesyuarat di luar. Disebabkan minyak dah naik jadi agak sukar untuk mendapatkan kenderaan pegawai sebab yang lain-lain pun nak guna kenderaan pegawai.
---
Cerita pasal minyak, untuk penuhkan tangki yang berbaki 30 liter, aku kena spend RM 80.00++. Berpeluh...(tipu jer tu, swipe jer). Dua puluh ringgit lebihnya berbanding dulu.

Related Posts:

  • Cerita Basi Jugak: Karnival Sukan Staf 2016 ---- Karnival Sukan Staf atau KIESTA merupakan event setiap tahun di organisasi aku bekerja. So aku merupakan pengurus kontinjen untuk Haru… Read More
  • Pikom PC Fair Revisited By any chance, dapatlah jugak aku ke pc fair 2007 yang berlangsung kat KL Convention Centre on saturday 4hb Ogos. Setelah sekian lama tak pergi, aku … Read More
  • Cerita III: Teambuilding Retreat Hari pertama--sesi taklimat pengurusan dan pembahagian kumpulan. Sambung semula cerita teambuilding. Sambungan yang agak panjang dan besar kemungk… Read More
  • Recharge...Aku perlu recharge balik. Dah lama aku tak sentuh blog ni. Hari ini baru lega. Bergelumang dengan kerja, assignment dan juga presentation. Yelah lepas… Read More
  • Liaoson Librarian @ KLIBF 2016 Hunting novel yang memenuhi selera aku. Ini dah kira lama punya cerita ni. Perkara yang dah jadi  kebiasaan setiap tahun. Dan juga kemungkina… Read More

0 comments:

Post a Comment