Tuesday, June 23, 2009

Cerita basi cuti sekolah - Wedding la apa lagi!

Cerita yang aku rasa dah basi. Event yang berlangsung di awal Jun yang lalu. Disebabkan penat dan malas, post mengenai majlis perkahwinan adik ipar aku terpaksa dipost pone hinggalah ke hari ini. Majlis ni berlangsung pada 06 Jun 2009 dan tarikh itu juga aku banyak dapat undangan majlis perkahwinan termasuklah rakan sejawat aku di sini Pn. Muliati, dan bekas staf aku di Parit Buntar iaitu Pn. Sarina Raslan. Aku pulak mula bercuti pada Jumaat sehinggalah membawa ke hari Rabu minggu hadapannya. Kali ini boleh dikatakan involvement aku besar (yang lepas-lepas pun sama jugak) sebab akikah anak aku Amili jadi antara penyumbang menu santapan kenduri. Disebabkan aku dah kurang rasa eager nak bercerita pasai kenduri ni jadilah gambar sebagai pencerita.

Gambar ni adalah gambar kedua mempelai yang bagai pinang dibelah......? Yang pengantin perempuan tu lah adik ipar aku, Imah. Comel dan cute, kan. Buat masa sekarang ni lah. Dah beranak nanti, kalau tak pandai jaga lingkuplah. Suami dia pulak, Mohd Fadhillah atau lebih selesa dipanggil Ijam. Kiranya menantu lelaki ke lima kepada mak dan ayah mertua aku.

Yang ini pulak adalah gambar disekitar kenduri. Aku tak bergerak aktif sangat sebagai photographer. Pasal kena jugak jadi babysitter. Anak aku yang kecik tu bukannya nak dekat dengan orang lain sangat. Paling lama pun 15 minit. Tu yang banyak gambar di majlis santapan pengantin gambar banyak yang kena reject. Ye lah, aku nak tekan shutter, dia pun sibuk nak tekan shutter. Dan tak terkecuali gambar sang lembu yang menjadi menu untuk esoknya. Bayangkan tetamu dapat makan daging fresh. Habis lauk daging....Aku pun tak terkecuali makan jugak waktu lauk dah selesai masak.

Ini gambar disebelah pengantin lelaki. Tema hijau diaorang pilih. Tahun ni banyak betui yang pilih tema hijau.


Ini pulak gambar aku sefamili, dengan adik ipar aku yang jadi warder. Hanya isteri aku yang melawa pada kenduri itu. Aku hanya berpakaian baju backstage crew ajer. Esok punyer event iaitu bertandang ke rumah pengantin lelaki baru aku berpakaian lawa. He..he..he..

0 comments:

Post a Comment