Tuesday, November 3, 2009

The Journey

Aku mulakan perjalanan seawal pagi 7.15 am. Ke mana? Satu destinasi yang diarahkan oleh boss aku. Malas? Dah tentu. Penat balik dari kampung malam tadi pun tak hilang lagi, awal pagi dah kena bergerak ke arah utara. Melalui kawasan ini memang akan kena lalu kat kabus pagi-pagi ni. Tambahan kalau malam sebelumnya hujan turun mencurah-curah. Lagipun kawasan ini dekat dengan Banjaran Titiwangsa. Mujur kabus tak tebal sangat. Kalau tebal pun tak kisah sangat, Terios aku ada fog lamp.

Setelah penat memboringkan diri, aku terus bergegas balik (ye ke?). malas nak tunggu lama-lama. Apabila balik, hujan pulak turun mencurah-curah kat kawasan highway menghala ke selatan. Adalah few kemalangan dalam perjalanan, ada yang melibatkan kereta, ada yang melibatkan lori. Tapi tak sempat nak snap ngan Pixon aku. nanti aku pulak jadi penyumbang kepada laluan traffik yang perlahan.

Hujan-hujan pun bantai 100km/h. Tak kisah all-time 4WD banyak bagi keseimbangan. Lagipun tayar masih lagi ade thread dia. Kena pakai cash untuk tol. Maklumlah nanti senang nak claim. Kalau guna smart tag aku, confirm nanti finance department aku susah nak layan tol claim sebab tak de b&w prove.

Inilah dia peneman aku sepanjang jalan iaitu caramel cappuchino by Dunkin Donut selain aku punya FM Modulator yang banyak menyumbangkan lagu-lagu punk rock, nu-metal, old school punk dan thrash metal daripada thumb drive 2GB Kingston. Kalau layan radio karang bole jd ngantuk sebab banyak dengar Dj berceloteh yang kadang-kadang ngarut gila.

---
Ke mana aku pegi? Politeknik Ungku Omar Ipoh di atas satu program pelancaran gerakan membaca dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Bosan?

.....Dah tentu!

0 comments:

Post a Comment