Wednesday, January 13, 2010

4:45

Jam menunjukkan pukul 4.45 am. Begitu awal baby amili bangun pagi tadi. Selepas merengek hendakkan kan susu pagi tadi, terus bangun dengan cergas. Tak ade tanda-tanda nak sambung tidur balik. Kalau dah bangun berdiri dengan main kat kepala katil, alamatnyer kena entertain dialah. So aku take over the job. Bagi Ibu Amili tidur puas-puas. Masuk waktu subuh, ingatkan mengantuk dah. Rupa-rupanya masih mempunyai tahap tenaga yang sama. So selepas menyelesaikan hakiki, bawaklah dia bersama ke bilik abang long untuk meng'iron' baju-baju yang nak dipakai untuk pergi kerja.

Luckily ibu Amili bangun untuk sambung tugas aku dan aku kena layan baby amili ni main. Budak ni bukan reti nak main sorang-sorang. Aku layanlah dia main sambil bagi kudapan biskut Jacobs Weetameal. Bila jam dah menghampiri 6.45 pagi, mak aku pulak entertain baby amili supaya aku dapat bersiram dan hantar si abang ke sekolah.


So, ngantuk memang mengantuk hari ini. Maklumlah malam dah tidor lambat. Layan thesis dan cari questionnaire design. Mau jer aku copy thesis tuh, tukar setting, tukar subject dah siap.

0 comments:

Post a Comment