Wednesday, September 1, 2010

Breaking fast in the woods

Melampau lamanya tak update blog ini. Dan melampau sibuknya aku dengan kerja, rumah dan juga research aku. Untuk research aku masih lagi menyelak-nyelak questionnaire yang bersesuaian dengan research aku untuk aku gunakan. Kawan-kawan dah grad, tinggal aku jer. Anyway citer kali ini tak berkaitan dengan research aku, nanti kata nak mintak simpati la pulak.

---
Bulan lepas staf aku ade lah merancang untuk berbuka puasa di luar. So, lepas buat pungutan suara so we decided to break at Felda Residence Trolak atau nama lama dia Trolak Country Resort. Lokasi tempat ni Sungkai dan lokasi tempat berbuka adalah di Restoran Anjung. Tempat ni luas gila dan silap-silap untuk first time datang boleh sesat larat (kata orang perak!). tapi aku first time datang tak sessat pun........orang mantop memang camtu, hebat sokmo. Nak tahu lebih lanjut kat mana bolehlah gunakan Google Maps untuk tahu location dengan lebih detail lagi.


Ok tentang bayaran pulak RM18.50 untuk dewasa dan RM13.00 untuk kanak-kanak. Menu pulak? Macam-macam ada. Menu dia bertukar mengikut minggu bulan ramadhan dan aku pergi dalam minggu kedua bulan ramadhan. So antara menunya:- Appetizer & salad (ulaman melayu, kerabu perut, tauhu sumbat, acar jelatah, keropok ikan dan aneka jeruk), bubur lambuk utara, sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan cencaluk, Tureen (sup bebola), Main dish (nasi putih, nasi tomato, ayam masak kurma, ikan goreng lemon sos, kambing kuzi kelantan dll.), Live stall ( mee udang & condiment, kerang bakar dll.). Itulah antara menu-menu untuk minggu kedua dan keempat. Lupa nak habak buffet buka puasa ni akan abis pada 09 September 2010.

---
Tentang kehadiran daripada division aku memang agak mengecewakan. Sebab yang setuju mulut ramai tapi yang hadir dalam lima biji kereta sahaja. Anyway enjoy the photo.

My boys are patiently waiting. Shukri and Kashfi the bachelors.

My baby-boy busy selecting the food brought by his big bro'.


It can't be me??!!

The cameraman has been captured before he captured the moment. That is my staff's husband. 







Related Posts:

  • Unfortunate!Malang sungguh petang semalam. Tingkap kaca bilik anak sulong saya gugur dan jatuh ke longkang dari aras 1. Puncanya adalah reel tingkap kaca itu terk… Read More
  • Dari Nilai ke DamansaraSetelah menjalani kepayahan dan berpenat lelah di Nilai 3, aku dan family berangkat ke Ikea. Dengan menggunakan laluan ke KLIA dan melalui Sepang, jun… Read More
  • The weekenderSepatutnya post ini yang didahulukan. Bukan post disgust. Post tadi keluar pasala amarah aku dan jiwa yang memberontak apabila ade issue yang trigger … Read More
  • Khurafat dan masuk rumah baruAwal pagi ahad dah ada orang yang memanaskan hati dan jiwa saya sebagai pengamal rawatan Islam. Isu penggunaan garam kasar dan lada hitam dikatakan kh… Read More
  • Eidul Fitri GreetingSalam buat rakan-rakan----hanya beberapa hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan yang penuh rahmat. Dan aku rasa sebelum aku shut off untuk beberapa… Read More

0 comments:

Post a Comment