Flat down dan sakit perut. Ini status aku tatkala post ini ditaip. Actually aku tiba di TM jam 2 am. Flat? Memang flat.
Selesai saja bagi taklimat untuk pelajar pascasiswazah, aku terus beredar untuk destinasi seterusnya iaitu balik kampung. Anak-anak aku excited nak balik kampung maklumlah last sekali junpa tok diaorang pada bulan lepas. Tu pun kejap aje.
So, dalam perjalanan balik kampung, hujan lebat sangat. Dan kemalangan yang melibatkan pelajar dan tenaga pengajar IKM tu selepas kami tiba di kampung. Sempat jugak aku berhenti di Hentian Simpang Pulai walau dalam hujan. Menyelesaikan hajat dan beli sedikit buah tangan. Memang buah yang aku beli - mangga cokanan dan magga datuk. Malam tu kami dinner kat luar, pekena kat Restoran Benteng. Bawa sekali tok dan opah. Suppose adik ipar aku join sekali. Tapi husband dia balik lambat dari kerja, so dia kata jam 10 malam baru dia gerak dari Ipoh. Menu makan memang menaikkan berat badan dan tekanan darah - Siakap sweet sour, daging masak merah, sup tulang, kerabu sotong, kailan ikan masin, telur bistik. Adik ipar aku tiba di rumah jam 12.30 am. Hawau betul. nasib baik kami tak tidor lagi.
Esoknya, planning nak balik ke TM jam 3pm terbantut sebab ayah dan mak mertua nak tengok adik ipar dan abang ipar mak mertua aku yang sakit di Taiping. Abang ipar mak mertua aku dipanggil Pak Encik, warded kat Hospital Taiping selepasa mengalami najis berdarah dan sakit perut. Tengok simptom dan aku baca chart kat katil dia, cam kena radang usus besar ajer. Masa melawat, kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tak boleh masuk, korang bayanglah wad apa tuh. Siap dalam tu ada bilik repusistasi lagi.
Lepas tu ke Taman Sg, Mas untuk tengok adik ipar mak mertua aku yang kami panggil Pak Yang. Dia ni baru lepas buat operation Hernia - penyakit yang menjadi hantu kepada orang lelaki. So selepas tu singgah kat rumah adik ipar aku yang jadi warder penjara Taiping, tengok baby boy dia. Dari lahir dulu sampai wife dia dah keje balik, baru sekarang nak pi tengok. (Ini termasuk baby girl staff aku!). Afterwards, cadang nak pekena Yong tau foo kat belakang Bomba terpaksa dibatalkan sebab dah nak masuk isyak, kena balik dan dalam perjalanan balik Pak Mertua aku ajak 'chap teh'. Maksudnya pergi minum-minum kat kedai mamak.
Anyway, bayangkan pukul berapa kami bertolak balik ke TM?
0 comments:
Post a Comment