Friday, May 15, 2015

Simple Mistake

Manusia dilahirkan dengan ketidaksempurnaan. Ini adalah untuk manusia belajar menerima ketidaksempurnaan ini dan berusaha memperbaiki ketidaksempurnaan ini. Pada keadaan seperti ini jugalah manusia diajar berusaha, bertawakkal dan percaya apa yang ditentukan Ilahi adalah sebaik-baik kejadian. Namun kadang-kala ketidaksempurnaan ini di pandang remeh seakan-akan ianya tidak menimbulkan atau memberikan impak besar terhadap sesuatu atau sesiapa. Malah kadang-kala kita alpa kita sering menganggap perkara kecil tidak perlu diambil kisah dan perlu lihat benda yang lebih besar. Malah kita gagal melihat perkaitan item yang kecil adalah sebahagian daripada perkara yang besar. Apatah lagi kita samar-samar dengan konsep keperluan visual dan keperluan praktikal. Panjang mukadimah ni.


Bagi kanak-kanak atau dewasa yang mengalami masalah pertumbuhan mungkin tidak ambil endah dengan perkara sebegini. Tapi sebagai seorang yang dikatakan amat mementingkan kesempurnaan (bukan aku ...aku ni perfect 3 jer bukan perfect 10) sekiranya kesilapan ini berlaku memanglah bengong bak kata mak aku. Frankly speaking kadang-kadang aku memang tak berkenan dengan sebahagian officer aku melaksanakan tugasan yang diberikan. Terlalu mementingkan elemen kosmetik daripada content dan mengenepikan aspek 'functionality and practicality'. Besides of that perkara asas adalah pengunaan terma dan kata nama. Contoh sebenar -- penggunaan terma ruang untuk bilik. Malah secara umumnya pelajar tahun 6 boleh membezakan dengan menunjukkan kepada kita bagaimana rupabentuk bilik dan bagaimana dikatakan konsep ruang. Mudah kan? Tetapi kenapa jadi sebegini? Too much cosmetics element.

Too much cosmetic elements. Bertepatan dengan statement aku tadi, banyak rungutan secara verbal yang aku terima termasuklah dari kakitangan pelaksana (lower staffs) yang confuse dengan penggunaan terma auditorium untuk bilik yang mempunyai layout kerusi secara theatrette dengan kapasiti 120 tempat duduk. Rungutan demi rungutan timbul lebih banyak apabila bilik berkenaan dijadikan lokasi latihan oleh pusat yang mengendalikan latihan. Mana yang kenal dengan aku aku terus direct kepada aku. Jawapan selamat--aku diam. Tapi ada yang mendesak aku untuk aku bagi feedback. Playsafe feedback--management decision. So atas rasa tanggungjawab untuk mengelakkan jabatan aku diperbodohkan, aku dah bagi teguran namun tiada usaha untuk membetulkan kesilapan. Make me thinking...am I their superior officer or not?
Ok, akhir kalam...Arrios!

0 comments:

Post a Comment