Tuesday, March 8, 2016

Cerita II: Teambuilding Retreat (Lama gila baru update)

Apabila memperkatakan tentang potensi manusia, ada potensi manusia yang membawa kepada kebaikan pada dirinya sendiri. Ada juga potensi tersebut memberi impak yang baik bukan hanya pada empunya diri tetapi juga kepada komuniti sekelilingnya. Malah ada juga potensi diri manusia itu menjerumuskan empunya diri ke kedurjanaan. Ada jugak yang menyalahkan takdir apabila potensi berkenaan menjahanamkan diri sendiri, namun apa gunanya akal kurniaan Allah. Tepuklah apa nak tepuk pun...macam saudara Nabil cakap "Lu pikirlah sendiri..."

Berbalik pada ceritera retreat teambuilding office aku last week di tempat rekreasi A' Famosa Resort yang taman temanya menyajikan makanan minuman yang tak masuk akal (air mineral sebotol = RM2.50). Weekend yang jatuh bersebelahan dengan cuti umum Chinese New Year dijadikan tempoh untuk kami melaksanakan retreat berkenaan. Mula-mula keluar berita ramai yang tak bersetuju dan ramai mengeluarkan spekulasi macam-macam sehingga ada yang kata dah buat planning lah...jalan jem lah...kos mahallah. Tu antara yang keluar dari mulut diaorang. Ada jugak yang ada kendurilah...nak berkumpul adik beradiklah. Lantak korang lah. 


Alhamdulillah yang hadir memberikan sokongan pada program ini agak ramai dan ramai yang ambil peluang ini untuk bawa family. Al-maklumlah, dah dekat dengan resort peranginan (memang berangin kuat betul kat sini) so ambiklah peluang cuti hujung minggu untuk bawa family bercuti including aku. Maka bertolak pergilah kami sekeluarga pada hari Jumaat selepas solat. Dan aku kira bertolak hampir pada jam 3.30 petang dah agak lambat. Malah bas dikatakan telah bertolak pada jam 3.00 petang. Mujur pada perjalanan bertolak ke Alor Gajah jalan tidak begitu sesak. Laluan lebuhraya ke selatan ok-ok sahaja. Walau pun ada banyak kenderaan, tapi tidak sesak. Jadi kami sampai di Alor Gajah pada jam 6.00 petang. So ada tempat yang perlu disinggah sebelum check-in.


Yezz..Cendol Bakar@Alor Gajah. A must. Second time visits.
 
Perlu singgah di Cendol Bakar cawangan Simpang Ampat, Alor Gajah.  Ni kira kunjungan kali kedua ke sini. First visit waktu bercuti @ A 'Famosa Resort last year. Mula-mula aku tak mau singgah sebab nak cepat-cepat checkin. Mujurlah wife aku insist juga untuk kami singgah sebab pada hari Sabtu keesokannya...fullamak...penuh dengan manusia yang berhenti sehinggakan pegawai RELA ditugaskan untuk kawal traffik. Perrgh. Dah cuti hujung minggu + dengan cuti umum Chinese New Year , tentulah ramai orang akan menjadikan A ' Famosa Resort tempat untuk berehat-rehat dan melegakan otak dari sebarang gundah gulana yang boleh mencacatkan minda. Apatah lagi ada new attraction iaitu Freeport A 'Famosa Outlet.

Tu dikira tempat baru untuk kalian yang baca blog nimenghabiskan duit. Berbalik pada aku, pada hari nak balik tu tak dapat menyinggah sebab si adik demam so tak dapat la menyinggah nak tengok apa yang ada dalamnya. Tambahan ada promotion sales Kickers dan Obermain, menurut kawan baik aku.
Ni cendol special with nata de coco.

 Berbalik cerita tentang cendol tadi. Bagi yang tak minat kudapan manisan jangan lah cuba-cuba nak merasa cendol ni. Buat panas telinga peminat cendol apabila bagi komen yang tak membina. Of course cendol ni manis, kalau komplen cendol agak manis, makanlah batang bemban sebagai kudapan. Ada sorang best friend aku tak suka dengan rasanya sebab pada dia tak ada apa yang kick pun. Ais kisarnya sahaja dah halus manakala isi cendolnya tak lembik dan agak kenyal. Tapi tak kenyal macam Mamee Slurrpp yer. Kali ini aku pilih cendol special with nata de coco. Wife aku pilih Cendol pulut tapai manakala si abang pilih cendol pulut durian. Peneman cendol ni pulak of course mee kari atau curry noodles kata John McGregor. Rasa mee kari di sini lebih kurang rasa Mee Kari Ramli Bidor. Yang dah pernah makan Mee Kari Ramli Bidor boleh agak rasanya bagaimana.

Agak panjang pulak post kali ini...tapi ceritaa pasal retreat dan rumusan yang aku buat masih lagi belum mula. So aku rasa akan ada cerita tiga sebagai sambungan. Orait di sinilah penamatnya untuk post kali ini, So apa lagi...Arrios! 

0 comments:

Post a Comment