Thursday, April 21, 2016

Ikan Kat Sini Tak Sedap!

Post kali ini agak lain sikit. Post melibatkan statement seseorang yang mencetuskan idea aku untuk berceloteh tentang ikan Pangasius Sutchi a.k.a ikan patin. Agak janggal untuk aku bercerita tentang ikan air tawar ini.
Tuan punya dialog membandingkan rasa ikan patin di tempat aku tinggal ni dengan ikan patin kelahiran Temerloh, Pahang. Sesungguhnya pada aku, itulah adalah  perbandingan yang dangkal atau banyak bergantung pada pandangan persepsi. Pada aku kena bergantung pada banyak aspek termasuklah di mana ikan patin itu datang. Liar atau kolam sangkar di lombong atau kolam sangkar di sungai. Apa yang dikatakan dengan pandangan persepsi. Pandangan persepsi merujuk kepada pandangan berdasarkan ulasan popular. Contohnya bila kita sebut dengan ikan patin rata-rata akan mengatakan ikan patin Temerloh lebih sedap padahal kalau kita lihat ikan patin yang sama diternak dengan cara yang sama atau kaedah yang sama. Kalau sangkarnya di sungai, tak mustahil di tempat lain seperti di Bota Kanan, Perak yang popular dengan ikan patin lawang menggunakan kaedah yang sama.

Ini ikan patin lawang. (source: http://maxxpeacock.blogspot.my)
Menurut biras aku yang pernah mengerjakan penternakan ikan ni, banyak faktor boleh mempengaruhi rasa ikan ni  terutamanya ternakan bersangkar. Makanan ikan adalah faktor utama. Ada yang bagi makan pellet,  ada yang bagi makan campuran buah kelapa sawit untuk menggemukkan ikan ni. Kalau ikan patin liar, bangkai binatang mati dalam sungai pun depa bedal. Nyam..nyamm...sedap bangkai ni. Malah tempat ternakan serta pH air juga menjadi faktor penyumbang kepada rasa ikan berkenaan. Kalau ikan tersebut dibela di sangkar dengan air mengalir, hanyir ikan ini akan kurang berbanding dengan ikan berkenaan dibela di sangkar di lombong.

Bagi peminat ikan patin masak tempoyak, tempoyak yang diadun juga menyumbang kepada rasa masak tempoyak. Ratio yang bertepatan membangkitkan rasa tempoyak yang kaw-kaw. Macam opah aku buat. Bayangkan lemak ikan patin ni bercampur dengan kuah gulai tempoyak ni. Perrgh rasanya sampai tak cukup tangan nak menjilat!

Seperkara lagi tengok jugak  jenis ikan patin yang kita makan--ada patin buah, patin lawang, patin muncung atau patin juara. Jadi ini semua terpulang pada selera dan tunas rasa masing-masing. Banyak aspek yang menyumbang...tapi pada aku ikan patin masak tempoyak yang sedap of cozlah yang mem besar aku masak.He..he..he...ariooss! 

0 comments:

Post a Comment