Thursday, May 26, 2016

Again, Angry Again!

Source: inbusinessmag.com
Berlaku lagi,walaupun perkara ini telah dilaksanakan pada awal tahun. Penstrukturan jabatan telah dibuat pada awal tahun ini. Baru 4 bulan operasi jabatan aku dilaksanakan berlandaskan struktur baru, kami telah diarahkan untuk menstrukturkan semula struktur organisasi.

Ini sesuatu yang agak parah menurut pandangan makrifat aku. Berbulan-bulan memerahkan buah fikiran nak menstrukturkan semula dan merangka fungsi-fungsi bahagian berkenaan. Daripada segi perancangan strategik, penstrukturan yang awal dibuat menjurus kepada kawalan produk dengan spesifik tugas. Namun apabila organisasi mula memikirkan tentang survival dan menstrukturkan semula keseluruhan organisasi, jabatan aku tak terkecuali.

Kecewa? Karutlah kalau sembang kata tak frust. Memang agak mengecewakan apabila didesak untuk restructure semula datangnya daripada luar jabatan yang buta tentang perjalanan operasi jabatan aku. Tanpa mengetahui tentang core operasi yang berlaku, "mereka-mereka" ini mengatakan jabatan aku beroprasi dengan jumlah division yang banyak. Pada aku, apa yang dibuat telah canteq dan molek tapi disebabkan desakan "mereka-mereka" itu, kami melakukan kerja-kerja penstrukturan ini sekali lagi daripada beroperasi dengan 9 division kepada 5 division. Come on lah, pada aku "deme-deme" itu perlu mencucui jamban diaorang sendiri daripada sibuk dengan jamban orang lain.

Lagi mendukacitakan aku, penstrukturan semula ini dibuat dalam tempoh 2 hours tanpa melihat fungsi dan skop tugas utama division ini. Masing-masing membuahkan hasil idea. Bagus tapi tak teratur dan civilised. Kesian big boss. Boleh biul dibuatnya melayan kerenah officers yang progresif ni. Tu tak dapat bayang ketika big boss aku terpaksa menghadapi "deme-deme" yang berlagak pandai. Namun sebabkan big boss memang top lah pasal diplomasi so boleh avoidlah insiden-insiden yang  boleh menyebabkan division technical ngan divisyen services bertelagah. Aku pun dah nak jadi uncivilized sebabkan nak dapatkan model restructuring yang efficient untuk division aku. Namun, portfolio expertise aku terpaksa dikeluarkan demi kebaikan bersama. Agaknya lah...tak pelah. May the force be with hang..ho..ho hang pi mana. Arrioss!!

Related Posts:

  • EDS Another demo and presentation that required my expertise. Ha..ha konon! … Read More
  • Enter 2011I'd enter the year 2011 with little inconvenience myself. I entering my work site today with some curse and anger. Still figuring what caused it, I've… Read More
  • Reopen Salam Jumaat. Aku cuba untuk aktif semula. Namun apa kan daya, sejak kenaikan pangkat Ogos lalu banyak perkara yang berada di atas bahu. And banyak p… Read More
  • Hell is rising and do not freezeThere is some hell of the title. May be tryin' to relese some energy..For past three days, my collegues and I busy preparing an event that will be hel… Read More
  • Stop till you dropToday is worst I said. At the moment, I have a break after attending officer meeting. And we will continue our meeting after this. Not much arising ma… Read More

0 comments:

Post a Comment