Setelah hampir 4 bulan tak balik kampung, minggu lepas beransur balik lah setelah berbincang gitu-gitu hal. Itu pun balik pada hari Sabtu jam 7.00 pagi. Plan asal nak balik lepas habis kerja hari jumaat, namun setelah bermeditasi dan menunggu hidayah (dengan bantuan waze dan twitter)....boom! ambik keputusan hari esoklah yang sesuai. Apatah lagi malam tu ada Final Maharaja Lawak Mega 2016. Tahniah kepada bocey kerana berjaya menggondol tempat pertama. Kumpulan LOL bersyukurlah dengan tempat ke-empat. Asyik2 kenangan Pak Yus...itulah jer lah modal diaorang. Kalau nak teringat sangat ke Pak Yus zahirlah ke solat dan bacaan Yassin bukannya bawak ke story lawak yang peminat "kipas-keras-mati" yang tergedik- gedik gelak macam best benor tu. Kumpulan Puteh hangpa memang nalarekkek. Sempoi.
1. Gambar Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah. |
Apasai pulak melalut ke Maharaja Lawak Mega pulak ni. Itu bukan point utama nak share story. Malah bukan nak share apa yang aku pi buat kat kampung mertua aku. Kat mana tu? Kat Kuala Kangsar atau exactly kat Kg. Rambong,Lubuk Merbau. Staf aku sorang ni pun Tok dia duk kat Kg.Rambong. Apa aku buat kat kampung ? Melengung jer la. Cuaca kat sana tak sama macam kat TM. Panas dan kering. Nak amik afternoon nap pun tak sesuai. So since aku tiba di kampung on saturday, petang tu ada pasar malam di Talang atau lebih tepat lagi di Sek Tsung Wah orang Kualer panggil. Port pasar malam ni atau night market kata deme ni memang popular sangat pada hari Sabtu seperti port pasar malam Changkat Jering. Sejak dari zaman aku sekolah menengah lagi pasar malam talang ni memang dah ada. Dan bila bercinta lepas sekolah pun, pasar malam jadi tempat aku cari barang makan lepas dating. Couples sekarang apa barang dating pi pasar malam...tak kelas kata deme.
2. Laksa Kualer dengan otak udang. Otakkk....otakk |
Bukan niat nak kondem, tapi itulah realiti peniaga Islam yang tidak menyertakan natijah Islamiah dan sadaqah di dalam perniagaan. Niat bukan main nak bina empayar tapi sifat insaniah tolak ke tepi.
3. Jam Besar Kuala Kangsar di hening malam. |
Tenung punyer tenung kat pasar malam, ada beberapa gerai yang tak ada.Antaranya gerai favaorite aku, Ayam Goreng RM1. Mungkin hari tu diaorang tak meniaga. Oklah dah panjang pulak celoteh ni. ...Arrioss!
Sumber imej:
- http://wendyinkk.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment