Sebenarnya agak lama tak turun ke lapangan bersama-sama subordinate untuk buat projek community outreach ni. Biasanya aku turun untuk merasmikan, menyampaikan ucapan dan juga memantau program. Kali ini memang terbuka hati untuk join bersama-sama PR Librarian dan circulation Librarian untuk membuat lawatan tapak. Bosak agaknya kalau duduk di office. Atau mungkin satu cara nak coolkan jiwa sejak beberapa menjak asyik berperang jer. He..he.. ayat poyo sudah mari. Siapa yang sentap nasiblah. Kiranya lawatan tapak ini dibuat untuk meninjau atau scouting sebelum pihak kami mulakan apa-apa kerja yang boleh dijadikan projek kemasyarakatan. Normally memang pihak kami akan target PSS atau Pusat Sumber Sekolah sebagai sasaran projek. So before make decision, kena tinjau dan kaji keperluan sama ada berbaloi atau tidak kita buat kerja-kerja kemasyarakatan ni. bak kata orang ROI atau Return of Investment.
Sesi ice breaking dengan pengetua SMKDZ. |
Ini termasuklah meninjau sejauh mana PSS tersebut memerlukan bantuan untuk dinaiktaraf sama ada peralatan atau susunatur dalam PSS berkenaan. So memang kebanyakan sekolah akan agreed untuk kami bantu sebab last year Alhamdulillah dengan izin Allah, PSS yang kami bantu build up dia punya keceriaan dan layout menjulang johan dalam pertandingan pusat sumber sekolah. Bagi yang tak tahu,every year akan ada pertandingan PSS yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan. Namun berdasarkan pemerhatian ke atas instrument yang digariskan, banyak yang tidak perlu ada sebab kalau masing-masing yang pernah bersekolah akan tahu berapa banyak luas PSS ni sebenarnya. Tambahan pulak kalau melibatkan penambahan ruang-ruang tertentu seperti sudut bercerita dan ruang rekreasi. Tak perlu lah kot kalau nak jugak ianya kena separate. Agar tak menganggu user yang nak kan keadaan study yang senyap.
Sesi perbincangan dengan Guru PSS dan Pengetua SMKGB. |
Setelah berbincang dengan panjang lebar, biasanya solution dicapai pada masa berkenaan. Bagi pihak kami salah satu instrument dalam projek kemasyarakatan ini adalah peningkatan kemahiran dan pengetahuan. Bagi guru-guru PSS ini mungkin mereka ada training yang disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan tapi bagi pengawas-pengawas pusat sumber ini kat mana diaorang nak develop diaorang skills. So sebagai seorang yang pernah jadi pengawas pusat sumber kat sinilah aku rasa boleh dikembalikan ilmu yang aku dapat untuk develop diaorang. Serta bagi exposure tentang kerjaya as a librarian.
Menyentuh tentang program kemasyarakatan ini ramai familliar dengan istilah CSR atau Corporate Social Responsibility. Sesiapa yang belajar di peringkat higher education yang ambil matapelajaran strategic management akan familliar ngan terma ini yang membawa maksud tanggungjawab sosial sesebuah badan korporat atau syarikat ke atas masyarakat di dalam perancangan perniagaan atau model perniagaan yang dibangunkan untuk melaksanakan aktiviti yang mendapat pulangan semula bukan dalam bentuk kapital atau modal atau wang. (Fred R. David, Strategic Management: Concepts and Cases). Dengan kenyataan lain yang aku boleh simpulkan CSR adalah merupakan amalan perniagaan yang melibatkan keterlibatan organisasi di dalam sebarang inisiatif yang memberikan manfaat kepada masyarakat. Dan CSR yang dijalankan oleh organisasi usually melibatkan kategori CSR alam sekitar, CSR philantrpohy atau sumbangan (wang atau masa) dan juga amalan buruh beretika (ini usually CSR untuk para pekerja dan family mereka).
CSR is becoming more mainstream as forward-thinking companies embedded sustainability into the core of their business operations to create shared values for business and society -- Liz Maw, CEO NetImpact
Jadi banyak organisasi yang menjadikan CSR salah satu daripada pelan perniagaan mereka sehinggakan badan kerajaan juga mengadakan kerja CSR atau SR. Rasa gah agaknya gunakan terma CSR walaupun kalau non-profit organisation seharusnya guna SR atau social responsibility. Itu view aku, kalau nak guna terms pun kena tahu intipatinyer jugak. Apa-apa pun terpulahglah nak guna istilah apa pun yang penting ethical framework perlu ada supaya manfaat kepada sasaran pengguna tidak tersasar. ......Arrioss!!
0 comments:
Post a Comment