Monday, October 7, 2019

Hello! Hello! Hello!

Hallo dan Salam sejahtera. Agak lama membisu daripada penulisan blog. Sama lah nasibnya dengan twitter aku. Cuma yang agak aktif adalah InstaGram, so agak update dengan banyak rentetan perkara yang nak dikongsi tapi bukan untuk dikeji. Aku akui post terakhir adalah pada bulan Ramadhan yang lepas iaitu pada bulan Mei. Bukan tak banyak perkara yang nak dikongsi tapi kadang-kadang memikirkan halatuju blog ini yang membuatkan nak menulis itu terbantut apatah lagi nak memikirkan bahasa yang 'enak' untuk menyindir sesetengah pihak atau interpretasi pasal sesuatu perkara yang dihadapi. Aku merajuk? Bukan isu itu. Bukan macam sesetengah individu yang gunakan kemerajukan sebagai langkah untuk mendapat attention atau sebagai peel kehidupan beliau. Katanya itu sebahagian daripada diri. Itu gangguan emosi kata aku pulak. Kemerajukan ini bergantung kepada berapa tahap toleransi kau boleh bagi terhadap circumstances atau keadaaan yang berlaku.

Bab menulis ni memang minat aku. Daripada sekolah menengah dah mula menulis cerpen, sajak yang genre macam budak-budak baru nak up. Aku ingat lagi betapa seronoknya sajak dan cerpen aku disiarkan di Mingguan Perdana (tabloid terbitan Karangkraf di era 90an). Itu pun kawan aku yang bagitau sebab ambil masa 5 bulan daripada tarikh aku hantar untuk disiarkan.

Pada masa sekarang, menulis hanya lebih kepada meluahkan isi hati orang pinggiran. Perkara-perkara yang dilihat, diinterpretasi dan diluahkan pendapat. Sebagaimana biasa, tidak semua orang mempunyai interpretasi yang sama. Yang bijak lain sudut pandangnya. Yang bodoh sejengkal sahaja pandangannya. Akal kalau tidak disokong dengan ilmu akan kecundang dan dicemuh orang. Namun di dunia sekarang, panjang akal macam mana pun engkau, kalau lah kau golongan minoriti apa jua disampaikan akan dipandang sepi. 

Arrioss!!

Sumber gambar: credit to Google

0 comments:

Post a Comment