Wednesday, August 26, 2020

#Darterforlife 8 Sebab Kenapa Dart Sukan Pilihan Saya

 8 sebab kenapa dart adalah sukan pilihan saya

Selain daripada ragbi, permainan dart juga tergolong dalam kategori gentleman games? Susah nak percaya? Ada pernah tengok pemain dart atau dipanggil darters ini berentakan sambil mengacu dart ke tembolok pihak lawan? Tak de kan? Kalau korang tengok game bola confirm ada. Kadang-kadang meleret sampai ke penonton. 

Sebahagian daripada koleksi dart aku.(1)Monster Helios II 22gm (2) Red Dragon Jamie Lewis 22gm (3) red Dragon Freestyle 22gm

Hampir seluruh dunia mengiktiraf permainan dart sebagai satu acara sukan. Cuma Malaysia  yang masih belum bagi pengiktirafan. Usaha yang digerakkan oleh Persatuan Darts Malaysia (Malaysia Darts Association) untuk memperoleh pengiktirafan telah dimulakan dengan menghantar surat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dr. Wirdawati binti Mohd Radzi pada awal Ogos yang lalu.

Sejarah aku terjebak dengan sukan darts ini bermula pada awal tahun  2014 untuk karnival sukan staf  organisasi aku bekerja. Dari bermula dengan dart loyang sehinggalah ke dart tungsten serta banyak tournament peringkat amateur yang aku join. Penyertaan ke tournament amateur ni penting untuk meningkatkan kemahiran dan daya tanding kendiri.

Percaya ataupun tidak sebenarnya banyak manfaat boleh diperolehi daripada sukan darts ini. Jadi aku senaraikan 8 reason yang boleh aku kemukakan untuk tatapan tapi kalau nak lebih kenalah rajin google sendiri sebab ader darters yang kemukakan 14 health benefits 😊

#1 Dart adalah permainan yang santai

Waktu bermain dart inilha minda kita akan melepaskan lain-lain yang difikirkan atau berlegar-legar di kepala otak kerana minda akan lebih terfokus kepada papan dart (dartboard). Daya penumpuan akan anda tertumpu pada papan dart di saat anda ingin melepaskan dart yang berada di tangan.

#2 Dart: bagus untuk otak 🧠

 Bagi membolehkan otak kita ini in-tune, otak kenalah selalu digunakan sebanyak mungkin dengan melakukan pelbagai tugasan kecekapan mental. Selain daripada memperbanyakkan membaca Al-Quran terutamanya selepas Solat Maghrib dan Solat Subuh, bermain dart juga boleh merangsang otak daripada menjadi lembab. SEBABNYA bermain dart memerlukan kemahiran matematik asas terutamanya di dalam mengira markah tujahan dart dan jumlah baki yang tinggl untuk menamatkan permainan. secara tidak langsung bermain dart dapat membantu meningkatkan kemahiran strategik dan logikal serta senaman untuk otak.

#3 Bermain dart meningkatkan koordinasi tangan dan mata

Bermain dart adalah berkaitan dengan pergerakan tangan yang selari dengan tumpuan mata. Di kala anda ingin membaling dart, koordinasi mata dan tangan anda sangat penting. Sebab anda tak boleh baling dart sekiranya anda mengalami masalah visual. Melalui proses koordinasi ini juga anda dapat mengenalpasti mata dominan anda--mata kiri atau mata kanan. Dalam bahasa mudah, tangan adalah untuk memegang dan memlontar dart, manakala mata untuk menentukan di mana anda ingin dart anda landing di papan dart. Lagi lama anda praktis lagi kemaslah koordinasi mata dan tangan anda.

#4 Bermain dart boleh meningkatkan keyakinan

Keyakinan atau berasa yakin adalah amat penting dalam apa jua bidang atau perkara yang dilakukan seharian. Begitu juga dengan permainan dart. Makin lama korang main, makin tinggi korang punya keyakinan untuk habiskan game. Apatah lagi untuk korang bertanding dengan darter yang kita tak tahu level kemahiran dia. Apabila keyakinan korang dah meningkat dalam permainan dart, maka self-esteem pun meningkat.  ini kerana untuk menang dalam game dart bukanlah mudah. Kena ada perancangan strategik dan kemahiran untuk merancang.

#5 Dapat melegakan tekanan 

Dapat menjadi sebagai pelega tekanan dan kadang-kadang banyak dipasang di tempat kerja di ruang rehat atau pantry (kat Malaysia ni susah kot nak tengok). Apabila korang rasa mengantuk dan letih dengan bermain dart dapat merangsang semula minda yang semakin down atau lesu. Ini kerana permainan dart memerlukan kosentrasi dan memfokus kepada perkara yang tidak meletihkan kita adalah meditasi terbaik.

#6 Menggalakkan pemikiran strategik

Bermain dart terutamanya dalam pertandingan memerlukan banyak perancangan strategik kerana setiap balingan adalah pergerakan tektikal. Jangan cakap aku sembang kencang yer apabila aku katakan SWOT analysis ada dilibatkan  secara tak langsung. Setiap nombor yang kita aim untuk tamatkan permainan bergantung pada SWOT analysis. Malah jika seorang darters itu mampu melaksanakan pemikiran strategik di dalam permainannya, ia juga boleh melakukannya di dalam perancangan logikal seharian.

#7 Membina kerjasama berpasukan

Di dalam permainan dart ada kategori beregu dan berkumpulan yang mana kadang kala kita tidak pernah bekerjasama dalam melaksanakan tugasan. bermain dart di antara rakan-rakan di jabatan atau bahagian yang berlainan boleh dijadikan sebagai training tools untuk belajar tentang kemahiran pembinaan pasukan.

#8 Menambahbaik rangkaian sosial

Seperti mana kaki pancing yang mudah mendapat rakan-rakan baru yang sealiran, situasi yang serupa juga dihadapi oleh darters. Kita akan dapat rakan-rakan baru terutamanya sewaktu berada di tournament luar ataupun sekadar stroking  di kelab atau game center. Biar aku jelaskan dengan contoh aku dan team mate. Dalam pertandingan kategori beregu yang aku join, ketika kita ketiadaan partner atau partner kita tak dapat nak join, kadang-kadang organizer akan dapatkan kita partner untuk berganding. Secara langsung kita akan mengembangkan rangkaian sosial dan profesional. Kerana pemain dart ini datang daripada latarbelakang yang pelbagai.

Sewaktu menjadi Pengarah Kejohanan Dart Hystrix Double Open 2018.

Itu antara beberapa perkara yang aku perolehi sejak berkecimpung di dalam arena sukan dart. Di pejabat aku ada jugak dipasangkan dartboard lengkap dengan oche untuk melepaskan tekanan dan berehat. Namun disebabkan persepsi lapuk dikatakan ponteng kerja menjadikan ianya sepi daripada digunakan. Malah ada memandang sinis paada mana-mana kakitangan yang turun main sekejap untukmelegakan stress dan tekanan kerja.Mungkin faktor geografi dan demografi kot. Akhir kalam....ARRIOSS!!


Sebahagian daripada team Hystrix ketika menyertai Selangor Open 2020 pada Februari yang lalu.


 

0 comments:

Post a Comment