Tuesday, October 26, 2021

301, 501, 701 Cricket dan Around The Clock

 301/501/701

Ini merupakan permainan standard yang sentiasa dimainkan pemain dart atau darter. Jenis permainan ini dimainkan secara perseorangan, beregu atau 3 orang berkumpulan (threesome -- jangan ingat bukan2) yang biasanya jenis 701 akan dipertandingkan. 

Kaedah permainan ini memerlukan pemain untuk mengurangkan jumlah markah sehingga sifar sama 301, 501 atau 701. Di dalam permainan, markah atau baki terakhir perlu diakhiri dart pada slot 'double ring' pada nombor atau 'double bull' (bulleye) di tengah papan dart.

Setiap papan dart mempunyai nombor yang dibahagikan kepada tiga ring yang mempunyai markah yang berbeza iaitu single (markah tanpa ganda), double (ganda dua) dan triple (ganda tiga). Nak senang faham boleh tengok rajah dartboard atau papan dart. Setiap balingan sebanyak 3 dart akan memberikan jumlah markah yang ditolak daripada 301 atau 501 atau 701. 

Untuk memenangi permainan, pemain perlu mengakhiri baki permainan dengan balingan dart ke ring ring nombor double atau ganda dua. Nak bagi korang lebih faham aku bagi contoh: sekiranya baki markah anda adalah 32, maka anda perlu membuat balingan ke ring nombor 16 ganda dua. Ataupun mana-mana nombor dengan jumlah 32 yang mana baki terakhir mestilah dalam slot nombor ganda dua.

Cricket

Scoreboard
Jangan pulak korang ingat ini permainan kriket yang baling bola tu. Permainan dart format cricket ini dimainkan secara perseorangan atau beregu di mana pemain akan membaling atau hit kepada nombor 15,16,17,18,19, 20 dan double bull atau bulleye sebanyak 3 kali. Setiap 3 dart yang berjaya melekat pada sesuatu nombor seperti nombor 15 contohnya, akan membentuk giliran atau 'inning', 

Untuk menutup 'inning' pada sesuatu nombor 15 -20 agar tidak boleh dibaling oleh pihak lawan, pemain perlu mendapatkan skor sebanyak 3 markah dengan melakukan balingan dart pada ring single (3 dart), single dan ring double atau ring triple

Sekiranya pemain mendapat 3 skor pada nombor berkenaan, nombor berkenaan 'dimiliki' oleh pemain yang mendapat 3 skor tadi. Dari segi permarkahan, ring double akan dikira sebagi skor 2 dan ring triple sebagai skor 3.

Tanda scoring untuk format cricket

Tak berapa nak faham atau masih blur? Boleh refer pada sumber rujukan ni https://www.darting.com/Darts-Rules/Cricket/

Round The Clock

Format permainan ini biasanya digunakan sebagai warm-up atau hit training. Format permainan ini biasanya dimainkan dengan 2 orang pemain. permainan ini mudah sahaja. Pemain perlu membaling kepada turutan nombor 1 - 20 atau sebaliknya. Pemain boleh membaling pada slot single, ring double atau ring triple. Setelah ketiga-tiga dart berada pada slot nombor, barulah pemain beralih pada nombor seterusnya. Format ini juga dikenali sebagai 'Round The Board' atau 'Once Round The Island'.

Dah lama tak berhimpun main dart macam ni





0 comments:

Post a Comment