Monday, June 27, 2016

Cuci Jiwa di Bulan Ramadhan: Cerita 2

Salam Ramadhan. Cerita lama lagi jugak. Minggu kedua Ramadhan. Sekali lagi kita cuci jiwa. Asyik cuci mata jer sebelum Ramadhan sesekali ambil peluang dalam bulan Rahmat ni kita pekena santapan rohani. Ceramah ramadhan yang disampaikan oleh Dr Rozaimi Ramle - "Andai ini ramadhan ku yang terakhir". MasyaAllah, tajuk yang aku kira mantap dan cara kita nak mencari keberkatan ramadhan.

Ceramah kali ini dikendalikan oleh Institut Pengajian Siswazah. Ramai yang ingat ceramah ini dianjurkan oleh Pusat Islam. Mana-mana jabatan pun yang anjurkan tujuan nya masih sama, tujuannya memberikan kebaikan kepada kita semua. Sebenarnya agak susah nak mendapatkan Dr. Rozaimi ni walaupun dia ni staf akademik organisasi aku. Agak padat jadual dia, tambahan pulak beliau salah seorang daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Rasa-rasa nyer boleh agak nyer dikongsikan kepada sesiapa yang rajin menyinggah ke blog aku ni. Kalau dalam last post aku tak share intipati yang ditazkirahkan oleh Ustaz..kali ini aku kongsikan intipatinya. Kenapa pulak? sebab contentnya lebih kurang sama sewaktu iftar last week. Antara intipatinya ialah:
  1.  Orang yang berpuasa sentiasa rasa diri dikawal Allah bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
  2. Orang yang berpuasa adalah golongan orang yang sabar dan terdapat pintu syurga yang bernama Ar Rayyan yang memanggil orang yang berpuasa untuk memasuki pintunya.
Ada beberapa perkara yang dinyatakan oleh Dr Rozaimi merupakan kesalahan-kesalahan yang sering kali dilakukan oleh umat Islam Malaysia berhubung puasa. Sebelum nak cerita, kalau ada readers yang nak komen berhubung statement ni tolong comment pada Facebook Dr. Rozaimi. Firstly, berhubung dengan niat puasa. Ramai umat Islam salah faham tentang niat puasa iaitu depa ingat lafaz niat yang selalu kita kena baca selepas maghrib adalah niat. Yang itu adalah lafaz yang dinyatakan dalam hati iaitu imrar. Niat ini adalah perkara yang wujud dalam hati dan perbuatan yang dilakukan adalah jelas untuk perkara yang diniatkan. Ini disokong dengan hadis Nabi berkaitan amalan perlu ada niat seperti yang dinyatakan di dalam Kitab Riyatus Salihin oleh Imam Ahmad dalam bab niat.

Secondly, berhubung waktu Imsak.Ramai yang beranggapan waktu Imsak tu kena berenti makan. Padahal waktu puasa bermula pada waktu fajar sehingga terbenamnya matahari. Ini selaras dengan hadith iaitu :
Hadis Zaid bin Thabit r.a. katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antaranya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat. (HR Bukhari & Muslim)
 Oklah itu saja yang aku dapat share...sharing is caring. Benda baik  kita share lah. Yang tak baik kita simpan-simpan untuk dibetulkan. Arrioss.


Related Posts:

  • I'm only happy when....Shirley Mansion's perception on what make her happy.... ----- but for me I'm only happy when......................................................… Read More
  • Reporting from Bukit GantangDato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah menang di Bukit Gantang. Ramai rakan-rakan saya yang gembira dengan berita itu. Ada jugak rakan saya yang d… Read More
  • The Chinese Bloodline I just read a great articles from blog about chinese people in the world and their relation with the malays a long long ago. In this article also… Read More
  • A story to tell!Ini ada cerita akhir zaman yang wajar jadi peringatan dari sedara kita, dakwat merah. Dan aku rasa ianya satu usaha yang bagus dan dengan bangganya ak… Read More
  • BittenPada jam 5.28 pagi saya dikejutkan dengan rasa renjatan elektrik di kepala. Kelam-kabut saya bangun sebab dari rasa renjatan elektrik ke rasa berdenyu… Read More

0 comments:

Post a Comment