Tuesday, January 17, 2023

明けましておめでとうございます 2023 (Happy New Year 2023)

 Akemashite Omedetō Gozaimasu 2023. Tu bahasa jepun untuk selamat Tahun Baru 2023. Dah pertengahan bulan Januari baru nak buat ucapan he..he..he. Yang penting adalah kegigihan nak membuat nukilan untuk yang support membaca rasa dan luahan fikiran aku. Terima kasih yang membaca. Kalau tak ada yang nak membaca, sekurang-kurangnya ada rekod tacit knowledge untuk diri aku ini.
Azam baru? Tu perkara yang agak membosankan. Tiap-tiap tahun mesti nak tanya azam baru? Nak ada something untuk dicapai? Pada aku life is a journey. Di sepanjang perjalanan ke penghujung usia kita boleh ubah atau letak apa-apa keazaman untuk apa yang kita nak capai. Tahun itu adalah hentian atau kawasan rehat dan rawat. Capailah apa sahaja tak semestinya di tahun baharu menjelang.

Kepada yang bekerja semoga kekal cemerlang pada yang memang excellence. Kalau kau memang excellence kena ingat kerja secara teamwork. Kalau engkau pantas kena ingat pace orang lain juga. Biar bergerak bersama-sama. Respek boundary dan skop kerja orang lain. Ada orang yang bekerja focus nya bukan satu tetapi multi. Kalau tak respek dan tak reti untuk teamwork, kau memang anjing.
Kepada yang tengah belajar ubah konsep belajar tu bukan sekadar untuk lulus periksa tetapi learning for your life. Belajar untuk kasi otak itu hidup. Sebab peperiksaan itu sekadar untuk menguji pemahaman engkau terhadap apa yang dipelajari.
Semoga tahun ini kita kekalkan produktiviti dan elakkan konfrontasi serta provokasi. Hal-hal politik biarlah orang politik yang main peranan. Kita rakyat fight untuk kelangsungan hidup. Mana-mana blok politik yang pegang, bangsatnya tetap sama. ARRIOSS!

Tuesday, January 3, 2023

Cerita Suku Kedua Tahun 2022: Lambakan Throwback Lagi

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Ogenki desuka. Sedar tak sedar, suka tak suka, kita ada hampir 4 bulan nak menghampiri tahun 2023. Rasanya pelbagai onak, pelbagai penat dan perih kita dah harungi. Mungkin ada suka, mungkin ada duka. Setiap orang perjalanan hidupnya berbeza. Kita ada pilihan untuk kita tentukan haluan kita, namun Allah jua sebaik-baik Perancang. 

Seperti mana aku yang masih lagi dengan hasrat sekurang-kurangnya 03 blog post sebulan dan mungkin 01 blog post dalam english. Hasrat itu masih lagi menjadi tentatif. Nampak macam sukar nak menjadi realiti. Tak kira apa jua yang berlaku, aku cuba share kan beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun ni. 

Berbuka puasa di Sarang Art Hub

 Ini event terkejut dan selalunya event macam ni yang paling menjadi. Tak kisahlah tak ramai yang join. Sebenarnya ini event unofficial majlis berbuka puasa untuk pegawai di tempat aku bekerja. Event yang tak sampai 48 jam commit berjaya dilaksanakan dengan 4 keluarga yang join di restoran milik Allahyarham Mamat Khalid iaitu di Sarang Art Hub. Tertunai juga hajat nak bawa anak-anak dan isteri makan di sini. Menu berbuka puasa agak simple namun masih mampu menyelerakan anak tekak 😆Menu berbuka puasa bertukar setiap hari.

Aku yang memang bercuti pada hari berkenaan memang tiada masalah sebab amik anak daripada airport Ipoh untuk bercuti Hari Raya Aidilfitri. Pada hemat aku Insya Allah boleh dinajurkan lagi pada masa-masa akan datang bergantung pada mood juga. Yang seronok berbuka di Sarang Art Hub ini adalah dekorasi yang sangat awesome terutamanya pada kami yang venue berbuka di sebuah bilik dengan dekorasi drama ' Kampung Pisang Bersiri-siri'.

Kami yang hadir berbuka puasa di Sarang Art Hub

Me with me boys
 

Beraya Aidilfitri: Salah Timing 

Raya photoshoot selepas Solat Sunat Aidilfitri


Raya photoshoot pada Raya Ke-2 di rumah atok
Pada tahun ini semua orang jangkakan hari raya pada hari Selasa sepertimana tercatat dalam kalendar. Parahnya apabila semua orang lupa perkara wajib untuk menentukan tarikh hari raya aidilfitri adalah bergantung kepada kemuncilan anak bulan. So sangat jelas anak bulan Syawal dah memunculkan diri pada hari Ahad, maka 1 Syawal jatuh pada hari Isnin. Kami sekeluarga adalah sebahagian rakyat Malaysia yang tak packing lagi atau tak bersedia untuk pulang berhari raya. So bermesyuarat lah kami suami isteri untuk pulang ke kampung selepas solat hari raya aidilfitri dan ziarah mak aku. Mak aku pun akan pulang ke kampung selepas masak juadah hari raya.

Bersolat di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI menemukan aku dengan ramai rakan-rakan yng tersangkut dan akan pulang selepas solat sunat aidilfitri 😅😅 Jalan lengang? Tak jugak ..keadaan traffik penuh dengan kenderaan even though kami memilih untuk lalu di jalan dalam. Ramai orang dah aware laluan jalan biasa dan alternatif ni impak kewujudan google maps dan juga Waze. Sabar jer lah dan dah jangka keadaan sedemikian. Bukan kita sorang jer yang balik lepas solat hari raya.


Belasungkawa Tn. Hj Ibrahim Wahid: 1921 - Mei 2022

Suasana di kuburan Kg. Pasir Garam
Aku sangat bersyukur dapat menyantuni atuk aku di penghujung usianya pada hari raya ke - 3. Melayani arwah atuk aku bersembang tentang motor honda CB90 arwah atuk, tentang kerapnya arwah atuk dan arwah opah ke Manong tempat aku menetap waktu kecil dulu dan tentang kagetnya arwah abah aku membonceng motor berkenaan. 

Sewaktu bersembang tu, penuh dengan gelak ketawa apabila bercerita tentang arwah abah sehingga arwah atuk tercungap-cungap selepas ketawa. Kami bercerita sambil isteri aku mengurut belakang dan kaki atuk. Badan atuk lenguh disebabkan terlalu terlantar di katil dan badan penuh angin sebab kurang diberikan makan. Tangan atuk tak kuat jadi kami santuni atuk makan dengan suapkan makanan. Apatah lagi, makcik aku ada belikan laksa salah satu makanan favourite atuk. Berselera betul.

Cuma aku agak rasa tak selesa sebab sebelum arwah opah meninggal dulu, arwah opah selalu bercerita tentang peristiwa lampau beliau. Arwah opah bercerita waktu dia mula-mula kahwin dengan arwah atuk aku, waktu kehilangan iC dia di Ipoh dan juga kesukaan arwah opah makan aiskrim. Arwah opah pun begitu berselera makan sate daging apabila aku belikan sate di pekan Parit dan sentiasa bercerita tentang itu. Selang sebulan selepas arwah opah bercerita dengan kami tentang memori lama, opah kembali dijemput Allah di Hospital Changkat Melintang. Pada Syawal Ke-10, Atuk dijemput Ilahi pada usia 101 tahun dan aku tak sempat memandikan atuk disebabkan pihak masjid berkeras untuk tidak mahu menunggu waris yang lain. Al-Fatihah untuk Atuk.

Visit to The Shore Oceanarium Melaka

Akhirnya dapat juga melawat Oceanarium di Melaka ni. Walaupun dah banyak kali menginap di The Shore bila setiap kali ke Melaka. Hotel yang menarik cuma sewaktu agenda ini dilaksanakan kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka. Dapat price yang menarik. Sebelah menyebelah dengan hotel The Shore dan still dapat ke mall cuma kena masuk ikut main entrance. Visit kali ini setelah pick up si abang daripada kolej di Kempas, JB. Drop di hotel untuk berehat setelah awal pagi kami bergerak daripada TM.

Orait, bukan nak bercerita pasal hotel. Kita kasi teaser pasal oceanarium. Dulu aku pernah pergi ke satu oceanarium macam ni tetapi di Pahlawan Mall. Sekarang tempat tu dah tak ada. Oceanarium ni best untuk belajar type of fish dan very entertaining. Bukan setakat ada exhibition fish dalam aquarium dan terowong, tetapi juga ada 3D movie dan feeding fish area. Bawa lah family bukan hanya mengunjungi The Shore Oceanarium tetapi juga The Shore Sky Tower (Kalau berani). Gayat nak tengok ke bawah daripada tingkat 25!!
Keadaan di dalam Oceanarium

Ini ikan monkfish (kalau tak silap aku)


Ikan besar dalam akuarium

Asam Pedas Lagenda


Ada daging tetel, ikan pari, ikan merah dan ayam.
Kami sekeluarga memang penggemar masakan asam pedas sama ada Melaka atau Johor tapi mostly Melaka. Untuk asam pedas johor kami sering ke Parit Jawa untuk makan di Pak Yahya Asam Pedas. Ok kita cerita pasal asam pedas melaka. Banyak tempat kami dah try asam pedas di melaka. daripada yang mencekin leher sampailah yang harganya berpatutan.

Trip kali ini selepas ke Oceanarium kami makan tengahari di Asam Pedas Lagenda di Jalan Lagenda 3. Nak senag tempat makan ni berdekatan dengan Aeon bandaraya Melaka. Menu nya pelbagai dan harganya agak berpatutan. berkonsepkan set dan kita juga boleh custom dengan lauk tambahan. Set nya didatangkan dengan nasi, telur masin dan sayur bendi. Boleh pilih ikan, daging atau makan laut yang seperti ketam atau udang atau sotong. Mestinya menjilat jari dan mengelap peluh. 

Santapan mata dulu sebelum mulut
Di Asam Pedas Lagenda, kalau boleh janganlah datang betul-betul waktu makan tengahari sebab pack dengan kakitangan atau pekerja berhampiran. kalau anda datang pun layanan tak terlalu lama untuk ditunggu. Di kawasan restoran ini pun ada beberapa hotel bajet yang boleh kita stay. Dan jangan terkejut bila anda dapat tahu owner dia anak kelahiran Kedah dan bukannya orang Melaka!

Friday, July 15, 2022

Memori Korporat Untuk Diri Sendiri

 

Tak pernah aku bayangkan aku akan berada di dalam mana-mana penerbitan elektronik apatah lagi berada dalam dokumentari. Agak terkejut apabila aku antara invidu terpilih berada dalam dokumentari bersama-sama YB Dato' Naib Canselor selain daripada wakil-wakil pelajar. Bangga sekejap...ho..ho..ho.

Ramai jugak yang acknowledged siap kawan aku sewaktu sekolah share dalam grup. Jangan la buat macam tu ...Malu aku wehh!!!

Al-kisahnya aku ini diminta oleh rakan seofis yang mengendalikan sesi rakaman untuk take over sesi interview. Memandangkan big boss aku ada mesyuarat besar yang tidak dapat ditinggalkan, salah satu job specs aku menjadi "bidan terjun" dan di atas keperluan menjaga air muka jabatan aku maka aku menyanggupkan diri. Dengan hanya dalam tempoh 10 minit aku menyediakan jawapan terhadap soalan  yang telah dikemukakan oleh wartawan Malaysia Gazette. Malah minta rakan seofis aku untuk mencetak statistik sebagai alat bantuan sewaktu sesi rehearse. Sesi rehearse ni wajib sebab untuk mengelakkan kegugupan waktu sesi shooting sebenar.

Tapi sewaktu sesi shooting bermula aku dapat soalan tambahan daripada pengarah fotografi secara spontan tanpa sesi rehearsal iaitu falsafah di sebalik slogan pengetahuan suluh budiman. Alamak !! Maka dengan spontanesous kepala otak aku berfungsi mencari maksud maka terkeluarlah ayat - ayat tanpa rangkap tersusun. So begitulah ceritanya yang terkeluar...hanya part soalan spontan yang ditayangkan. Bak kata sahabat aku, mungkin yang cakapkan itu ada content, maka itulah yang mereka gunakan.

Apa-apa pun terima kasih MAS dan FIR di atas bantuan teknikal dan bahan untuk aku gunakan dalam sesi temubual ini. Dan terima kasih jugalah diatas peluang memori korporat untuk diri aku sendiri. ARIOSS!!

Thursday, July 7, 2022

Cerita Suku Pertama Tahun 2022: Lambakan Throwback

Assalamualaikum. Selalunya apabila dah mencecah hampir separuh tahun, kita akan mula buat laporan setengah tahun apa yang telah dicapai dan perkembangan sesuatu perkara itu. Bagi aku biarlah kita berkongsi sepanjang 03 bulan pertama tahun 2022 ini. Nanti aku dah tak ada bahan nak digarap di sini. Sebarang garapan di sini dikira sebagai dokumentasi kewujudan aku di muka bumi Allah ini. Aktiviti-aktiviti yang aku laksanakan di sepanjang hidup aku boleh la dianggap sebagai aku menyimpan tacit dan explicit knowledge aku.

Aku ni antara salah seorang yang tak berapa gemar untuk attend aktiviti ofis di luar waktu pejabat. Namun disebabkan dah berada di kalangan top management ni, perlulah diasuh diri ini walaupun tak berapa berkenan. Malam tadi aku telah diminta untuk mewakilkan Boss aku ke satu program bicara tokoh yang dianjurkan bersempena pesta konvokesyen atau peskon di universiti tempat aku mencari rejeki ni. Kiranya paksa rela lah aku ni.

Bicara tokoh malam tadi melibatkan tokoh pendidikan terkemuka Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Sri Prof. Emeritus Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Siapa-siapa alumni UiTM akan kenal dengan beliau ini sebab beliau ni adalah mantan Naib Canselor UiTM. Belaiu juga adalah alumni ITM. Join ITM sebanyak 2 kali sebab pernah gagal dalam pengajian dan diberikan peluang kedua untuk belajar. Very inspiring kalau denganr cerita Tan Sri. Kalau yang malas belajar tu dan anggap tak ada education kau boleh berjaya dalam hidup dan kaya itu adalah sementara. Even mendiang Steve Jobs dan Bill Gates walaupun seorang college drop out, diaorang still get education. Bill Gates salah satu hobi membaca dia di waktu lapang adalah membaca tesis-tesis yang dikeluarkan terutamanya melibatkan rekacipta dan inovasi.

Diringkaskan untuk kesenangan minda, ada 3 perkara yang dikongsi oelh Tan Sri untuk kita amalkan dalam hidup. Ini Tan Sri kongsikan apa yang dipesan oleh seorang pakcik yang beliau temui di dalam keretapi ketika hendak pulang ke Pulau Pinang. Tiga (03) perkara yang dikongsi oleh Tan Sri adalah Percaya sepenuhnya dengan Allah, Jangan tinggal solat dan Doa ibu. Pakcik yang Tan Sri jumpa itu adalah ketika kereta api singgah di Tanjong Malim untuk mengambil penumpang. Adakah pakcik itu salah seorang tenaga pengajar MPSI? Itu tak pastilah sebab tiada siapa yang bertanya. Kalau ada yang berhajat nak memahami dengan lebih lanjut bolehlah melayar ke FB Tan Sri dengan nama DrSahol. Aku tak boleh nak browse sebab aku tiada FB.

Enroll to ILKKM

Ni cerita awal Januari yang lalu. Waktu ini seingat aku, selsema sepanjang minggu dan sakit tekak menyerang. Mujur negatif Covid-19. Seawal 3 Januari 2022, aku bergerak ke down south. Si Abang dah diterima masuk ke ILKKM atau nama penuhnya Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Abang dah beralih bidang daripada chemical engineering di UiTM ke bidang radiologi. Dah dia minat kita sebagai parents ikut kan sahaja. Pada hal si Abang dah semester 03 di UiTM dan sepatutnya 'terbang' ke Kampus Sarawak pada bulan November 2021 Namun Alhamdulillah Si Abang di terima mendaftar di ILKKM Kempas, Johor Bharu.

 

Jadi bermula lah kehidupan Abang sebagai pelajar pelatih radiologi yang akan jadi pemegang diploma radiologi. Terasa sedikit bangga sebab pelatih radiologi ni daripada setiap negeri di Malaysia hanya seorang sahaja yang dipilih. Kalau kursus pembantu perubatan atau jururawat calon pelajar akan lebih daripada 02 orang. Maka mulalah kehidupan dia tanpa ada mak ayah di sisi. Kenalah berdikari. Kalau ikut kan aku dah berenggang dengan parent aku bermula daripada umur 3 tahun sehinggalah aku berumur 5 tahun. Sekali lagi berenggang apabila aku berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun 1988. Sekali lagi berenggang bila dapat masuk STAR Ipoh. Begitu juga lah selepas STPM aku berjaya enroll ke ITM tapi keluar sebagai graduan UiTM.

Ditemubual Malaysia Gazette

Di dalam bidang kerja aku, inkuiri atau pertanyaan dan ditemuramah oleh pelajar adalah perkara biasa. Tapi apabila ditemuramah oleh badan berita seperti Malaysia Gazette adalah satu rahmat dan rezeki bagi aku. Secara jujurnya aku adalah bidan terjun. Kebetulan boss aku ada mesyuarat penting universiti, jadi aku lah pengganti untuk sesi temuramah. Betapa gementar aku ketika diberitahu untuk ditemuramah oleh wartawan Malaysia Gazette (MG) untuk satu video khas bersempena Sambutan 100 Tahun universiti. Manalah tak wujud butterfly in the stomach sebab perkara ini secara adhoc dan aku memang tak prepare.


 Pengalaman sahajalah yang jadi benteng hilang kegusaran. Mujur juga wartawan dah bagi rehearsal dengan soalan-soalan yang akan ditanya sewaktu sesi temuramah. Dan rakan-rakan sejawat dah ready dengan statistik untuk aku bacakan serta A4 paper nota untuk aku refer sewaktu interview. Macam tak percaya jer bila 1 shot take jer sesi temuramah aku. Apatah lagi wartawan dengan pengarah fotografi bagitau diaorang berpuas hati dengan sesi shot berkenaan. Siap bagitau kat aku "macam dah biasa jer encik" Dia tak tau dalam badan ada satu macam punya gementar. Mujur tak jadi macam sudin dalam Seniman Bujang Lapuk -- "angin senggugut aku dah datang lah ...."


Tak Mahu Hybrid

Apabila Menteri Kesihatan YB KJ memaklumkan bahawa status pemegang vaksin SinoVac akan bertukar tidak lengkap jika tidak ambil vaksin penggalak sebelum 31 Mac 2022, aku dah mula cari sumber vaksin SinoVac juga sebagai dos penggalak. Memang aku reject kalau nak ambil PFizer sebagai dos penggalak. Apatah lagi aku lihat kesan dos berkenaan pada wife aku yang ambil sebelum akhir tahun 2021. Malah kesan melibatkan otot masih lagi ada sehingga sekarang walaupun dah jumpa doktor.



 

 

Tuesday, October 26, 2021

301, 501, 701 Cricket dan Around The Clock

 301/501/701

Ini merupakan permainan standard yang sentiasa dimainkan pemain dart atau darter. Jenis permainan ini dimainkan secara perseorangan, beregu atau 3 orang berkumpulan (threesome -- jangan ingat bukan2) yang biasanya jenis 701 akan dipertandingkan. 

Kaedah permainan ini memerlukan pemain untuk mengurangkan jumlah markah sehingga sifar sama 301, 501 atau 701. Di dalam permainan, markah atau baki terakhir perlu diakhiri dart pada slot 'double ring' pada nombor atau 'double bull' (bulleye) di tengah papan dart.

Setiap papan dart mempunyai nombor yang dibahagikan kepada tiga ring yang mempunyai markah yang berbeza iaitu single (markah tanpa ganda), double (ganda dua) dan triple (ganda tiga). Nak senang faham boleh tengok rajah dartboard atau papan dart. Setiap balingan sebanyak 3 dart akan memberikan jumlah markah yang ditolak daripada 301 atau 501 atau 701. 

Untuk memenangi permainan, pemain perlu mengakhiri baki permainan dengan balingan dart ke ring ring nombor double atau ganda dua. Nak bagi korang lebih faham aku bagi contoh: sekiranya baki markah anda adalah 32, maka anda perlu membuat balingan ke ring nombor 16 ganda dua. Ataupun mana-mana nombor dengan jumlah 32 yang mana baki terakhir mestilah dalam slot nombor ganda dua.

Cricket

Scoreboard
Jangan pulak korang ingat ini permainan kriket yang baling bola tu. Permainan dart format cricket ini dimainkan secara perseorangan atau beregu di mana pemain akan membaling atau hit kepada nombor 15,16,17,18,19, 20 dan double bull atau bulleye sebanyak 3 kali. Setiap 3 dart yang berjaya melekat pada sesuatu nombor seperti nombor 15 contohnya, akan membentuk giliran atau 'inning', 

Untuk menutup 'inning' pada sesuatu nombor 15 -20 agar tidak boleh dibaling oleh pihak lawan, pemain perlu mendapatkan skor sebanyak 3 markah dengan melakukan balingan dart pada ring single (3 dart), single dan ring double atau ring triple

Sekiranya pemain mendapat 3 skor pada nombor berkenaan, nombor berkenaan 'dimiliki' oleh pemain yang mendapat 3 skor tadi. Dari segi permarkahan, ring double akan dikira sebagi skor 2 dan ring triple sebagai skor 3.

Tanda scoring untuk format cricket

Tak berapa nak faham atau masih blur? Boleh refer pada sumber rujukan ni https://www.darting.com/Darts-Rules/Cricket/

Round The Clock

Format permainan ini biasanya digunakan sebagai warm-up atau hit training. Format permainan ini biasanya dimainkan dengan 2 orang pemain. permainan ini mudah sahaja. Pemain perlu membaling kepada turutan nombor 1 - 20 atau sebaliknya. Pemain boleh membaling pada slot single, ring double atau ring triple. Setelah ketiga-tiga dart berada pada slot nombor, barulah pemain beralih pada nombor seterusnya. Format ini juga dikenali sebagai 'Round The Board' atau 'Once Round The Island'.

Dah lama tak berhimpun main dart macam ni





Thursday, September 30, 2021

Bila Dah Kasi Lepas

Apabila kerajaan mengumumkan kelonggaran diberikan pada yang telah lengkap vaksinasi, ramai yang ambil peluang ini untuk merenggangkan mental yang dah mula menyimpul atau dah memang bersimpul-simpul. Tak dinafikan peluang ini digunakan oleh ramai rakyat untuk berjumpa kaum keluarga di luar daerah yang berlainan. Aku antara orang yang tak terkecuali. Kalau ikutkan hati mau pergi melancong, tapi kita kawal dulu nafsu nak bermalas-malasan. Masih ada lagi kawasan di Perak yang kita perlu berwaspada memandangkan ada kawasan yang ada jangkitan varian delta.
 
Ini bukannya ambil lewa selepas diberi kebenaran oleh kerajaan tapi cuba lah dibayangkan berapa lama terkurung di dalam udara bebas ni. Memang lah kita cuba berasimilasi dengan norma baharu ini. Namun perlu ada kerenggangan untuk kita melegakan kekusutan akibat dikurung sekian lama. SOP masih lagi diberi perhatian sebaiknya -- kita pakai double layer mask, jaga penjarakkan fizikal dan juga elakkan tempat sempit serta waspada pada kawasan jangkitan berkluster.

Dapat peluang aku sekeluarga tak pergi ke mana pun dan tak juga pergi melancong. Cukup bawa keluarga ke luar daerah untuk menjalankan aktiviti rutin yang kami sekeluarga sukai iaitu JJCM -- Jalan-jalan cari makan. First outing selepas semua orang dah abis eddah vaksinasi kami pergi ke Nasi Kandar Beratur 786 Cawangan Kampar. Nasi Kandar Beratur 786 yang ada di Penang buka cawangan di Kampar dan ada juga cawangan di Taiping. Tempat lain aku tak sure ada atau tidak. Authentic taste of Penang Nasi Kandar. The best after Nasi Vanggey or perhaps the best and made Nasi Vanggey the second best of nasi kandar in Ipoh. Some people may chose Nasi Ganja Yong Suan as number one but not for us.

Selepas makan tengahari di Kampar kami biasanya akan jalan-jalan di Ipoh dan pekena dessert pulak di Ipoh dan of course la pekena cendol. Cendol yang biasa kami pekena adalah Rojak & Cendol Padang yang ada di Padang Bandaraya atau lebih tepat di Mikers Pizza. Food hunting ni lah terapi diri setelah berada dalam tempoh kawalan pergerakan. Kadang-kadang kita terdengar golongan anti-vaksin ni mencemuh dalam medsos diaorang dengan gelagat masyarakat yang ambil peluang berada di tempat awam setelah diberikan kelonggaran. Rakyat hanya takut pemerintah tapi bukan Covid-19. Come on la use your brain. Diaorang yang keluar tu pasti dah cukup vaksinasi dan jaga SOP. Lagi pun seperti yang telah diungkapkan diaorng ni nak melegakan anxiety dan keresahan setelah dikurung. Namun perlulah jaga tatasusila sebagai manusia bertamadun dan beragama. Kebersihan perlu dijaga jangan jadi macam di Ban Pecah, Tanjung Piandang dan Kawasan Perkelahan Sungai Pisang contohnya.

Kita manusia kenalah berakal dan boleh berfikir lebih baik daipada binatang, kan?

ARRIOSS!





Monday, May 3, 2021

Ramadhan Kareem dan Selamat Hari Raya

 Assalammualaikum.

Rasa keras jari ini nak menaip nukilan. Padahal ada aja post yang digarap tapi cuma sekadar jadi deraf. Hilang mood nak sambung macam tu lah jadinya. Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan tinggal 9 hari sahaja lagi dan minggu terakhir ini sangat crucial untuk umat Islam. Kita nak memburu Lailatul-Qadar. Bak kata ustaz yang selalu berceramah kita nak buat pecutan. Malam-malam terakhir ni kita hidupkan qiyam Ramadhan iaitu solat sunat terawih. Lepas tu kita bertadarus sebelum tidur dan kalau mampu bangun awal sebelum sahur untuk solat sunak tahajjud.

Selalu kita dengar dan selalu kita niat nak buat tapi hakikatnya semangat tu kadang-kadang tak kuat. Tak nak cerita hal orang lain. Ini cerita hal aku. Mujur kita ada PKP 1.0 tahun lepas. Ada hikmah dan mampu juga buat. Tahun ini kita up sikit lagi kita punya amal. Kita tingkatkan sedekah kita dan jamu orang berbuka puasa. kurangkan menunjuk-nunjuk apa yang kita sedekah kat orang sampai buat video bagai. Biarlah ALLAH SWT yang nampak apa amalan yang kita dah buat. Lagi satu kurangkan jugak kau menunjuk apa juadah berbuka engkau. Kita tak tahu ada orang yang tak dapat berbuka atau tiada apa untuk berbuka puasa. 

Kebiasaannya minggu ini ada staf di pejabat yang dah mula pasang lagu-lagu raya. Namun tak terjadi tahun ini. Ramai yang mungkin akan tersentuh sebab tak boleh rentas negeri untuk balik raya. Itu termasuklah yang memang orang Perak tapi menetap di negeri sempadan. Memang tak dapat menjenguk keluarga lah jawabnya. Yang dapat balik rentas daerah tu jangan gopoh sangat. Langkah kawalan jangkitan kena ambil perhatian serius. SOP kena amalkan. Itu langkah awal. Elok mencegah daripada merawat.

Macam mana dengan persiapan raya? Tahun ini mungkin ala kadar sahaja. Langkah penjimatan yang dah dilaksanakan. Ramai yang membeli baju dan persiapan hari raya beli secara online sahaja untuk elak jangkitan. Apatah lagi varian Covid-19 daripada India dah mula memasuki Malaysia. Namun apa jadahnya ramai orang kat bazar hari raya macam kat KL tu? Apa diaorang tak rasa takut? Siap bawak baby! Macam mana lah pemikiran mak ayah dia yer.

Kadang-kadang perkara yang kita rasa tak seronok tu, ada hikmah yang tuhan bagi. Cuma kena rajin mencari dan memahami ketentuan dari Allah. Balik kampung? Walaupun boleh merentas daerah, itu pun masih ada sesi negotiation dengan Mem Besar nak decide sambut kat mana terlebih dahulu.

ARRIOSS.