Tuesday, September 18, 2007

How to address other people

Pernah tak anda di panggil dengan kata ganti nama diri yang tidak sesuai untuk anda? Dan bagaimana anda menghadapi keadaan berikut? Dan pernah tak anda berhadapan dengan orang Melayu yang tidak pandai menggunakan kata ganti nama tersebut?

-----

Pertanyaan yang timbul di atas sering kali berlaku pada aku dan rakan-rakan aku yang lain yang berada dalam lingkungan usia 30-an serta berjanggut. Dan perkara itu masih berlaku sehingga kini. Kes yang akan disebutkan melibatkan penggunaan kata ganti nama diri yang digunakan ke atas aku dan orang-orang yang menuturkannya. Kata ganti nama diri terdiri daripada kata ganti nama I, II dan ketiga. Kaum Cina biasanya menghadapi masalah dengan kata ganti diri III iaitu hendak membezakan masa bila nak menggunakan 'kami dan 'kita'. Kalau nak tengok contoh, boleh baca majalah kereta Shift (merupakan adik kepada majalah Hypertune) yang ditulis oleh seorang wartawan yang bernama Justin. Kalau chinese student kat tempat aku, sebahagiannya menggunakan kata ganti nama kamu, untuk bercakap dengan officer dan orang yang lebih tua dari mereka. Which is very rude. (Dah berbuih dah bagitau...kalau banyak sangat berbuih mulut nanti orang kata kena rabbies pulak).

Berbalik kepada apa yang nak dinyatakan tadi, di mana aku lebih suka menceritakan insiden yang kena pada aku daripada kes yang kawan-kawan aku kena. Mula-mula aku kena dn banyak kali aku kena, apabila aku dipanggil 'pakcik' oleh cashier kat pasaraya yang ada kat daerah batang padang. Menyirap darah aku dan lady aku. Sebab apa? Sebab umur budak cashier tadi hanya muda 2 tahun daripada umur aku. Disebabkan tak ade orang kat belakang aku, aku pun tanya kat cashier tersebut, berapa umur dia? Dia cakap 28 tahun. Kemudian aku bagitau dia, umur aku 2 tahun tua daripada dia. Kenapa kena panggil aku pakcik, sedangkan lady aku dia panggil kakak?

Dia punya jawapan dia tak tau aku ni muda lagi. Selepas tu aku cakap balik kat dia, kalau tak sure tak bole gunakan encik atau cik ke? Selepas tu datang manager dia tanya ade masalah ke. Aku cakap your staff has attitude issue. Better put her in the store room rather doing frontliner job. Dan cashier tersebut adalah orang Melayu.

------

Kes yang sama masih lagi berlaku. Aku dan kawan aku di panggil pakcik. Sedangkan ada orang lain yang sebaya dengan kami boleh dipanggil kakak. Berbalik kepada persoalan, adakah masih tak faham macam mana nak gunakan kata ganti nama atau attitude issue?

1 comment:

  1. ya ampun...bersalah pulak rasanye..bila anda menyatakan isi belengu anda pasal panggilan kata nama ini...

    anyway that cashier server her right to be rude...

    me..sori lah kalau-kalau terpanggil...he.he.he..

    -rina-san-

    ReplyDelete