Showing posts with label Getaway Issues. Show all posts
Showing posts with label Getaway Issues. Show all posts

Thursday, September 19, 2024

REThinking On Weekend Plan

Unplanned trip to Pantai Segari
 Jalan raya dan lebuhraya dah mula jem pada hari Jumaat lagi. Rakyat Malaysia dan hari cuti hujung minggu + cuti umum. Tambahan pula ada cuti umum hari Malaysia dan bertindan dengan Maulidur Rasul. Kakitangan swasta dapat extra cuti umum pada hari Selasa. Awal-awal lagi kami dah merancang untuk bercuti ke Lumut walaupun satu malam. Tetapi apa kan daya apabila terdengar berita kesesakan lebuhraya menghala ke utara membawa sehingga ke 26 km dan menghala ke selatan sejauh 3km, kami terpaksa mengubah perancangan. Rasanya tak mampu nak mengharungi jem walaupun melalui laluan jalan negeri dan persekutuan. Disebabkan kepesatan teknologi maklumat seperti google maps dan waze, jalan-jalan tikus yang pernah dilalui mesti 'ramai' kereta.

Mencari penyakit kalau nak ubah plan dan buat unplanned trip seperti mana biasa. Itu perkara yang kami sekeluarga sering buat. Plan nak pegi ke satu tempat, spontaneously pilih pergi ke tempat lain di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Plan nak balik kampung terpaksa di ubah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Gambar yang dikongsi adalah trip sekeluarga secara unplanned kami ke Pantai Remis untuk lunch menu Kari Kepala Ikan yang mana menu ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. selepas itu bawa anak-anak ke Pantai Segari.

So apa aktiviti korang waktu cuti bersambung hari tu?

Sunday, July 18, 2010

The journey of 359km

Sepatutnya post ni keluar pada 11 julai yang lepas, tapi disebabkan kesibukan hakiki di tempat kerja dan di rumah terpaksalah ditangguhkan. Kali ini junior aku terpaksa berjauhan seketika dengan keluarga. Ini disebabkan keinginan dia nak menyertai kejohanan taekwando sekolah-sekolah seluruh negeri Perak. Kejohanan ini berlangsung di pekan Selama pada 10hb Julai 2010 iaitu bersamaan hari Ahad.

Monday, March 22, 2010

Agenda terpenat - Fraser Hill Getaway!

As I promised my son, we going to have a family getaway during this school holiday. So after a long discussion, we decided to choose Fraser Hill for family getaway even though I recommended Cameron Highlands instead of this small square feet of highlands. Obviously the good reason to chose this was 'nak merasa tempat tinggi lain pulak'.

Monday, January 4, 2010

Port Dickson Getaway


Tiba di tempat penginapan iaitu di Le Paris International Hotel & Resorts selepas mengharungi 3 jam lebih perjalanan.



Bersenang-lenang di tepi pool setelah breakfast di coastline coffee house. Tengah simpan plan untuk layan swimming kat pool ni.

Bergambar dengan junior kat meriam 25mm Howitzer (kalau x silap aku). Ini lawatan ke Muzium Tentera Darat. Kalau pergi PD ikut Linggi akan tempuh dulu muzium ni. Tapi aku ikut Lukut dulu sebab accommondation kat Batu 1, Jalan Pantai.

Bergambar sefamili di kereta kebal scout. Kereta kebal yang mula british bagi kat Tentera Melayu. Tapi sayang gak sebab lampu depan dah terburai.

Ini adalah motor triumph yang digunakan dalam tentera lah kot. Bergambar sekali adalah mak aku dan adik ipar aku bersama baby dia, Mohd Iqbal Fahmi.

Bergambar sekeluarga di tugu air pancut kat muzium. Di tugu ini ada disenaraikan nama tentera yang terkorban sewaktu perang dunia II. Banyak jugak nama orang melayu yang terkorban.

Ini antara acara lepas breakfast tadi. Berjalan-jalan di tepi pantai. Pantai ni banyak batu karang dan juga selut tapi selut dia tak lah sedalam macam selut kat Pasir Panjang.

Gambar berlatarbelakangkan kapal pengangkut yang dah ada waktu kami check-in di hotel. Kalau tak, tak nampak cam gi PD lah.

Tempat makan tengahari selepas bawak famili semua meronda pekan Port Dickson iaitu di Watie Beach Cafe. Menu dia hanyalah Ayam Panggang dan Nasi kukus. Ayam panggang dia memang sedap. Rasa tak cukup sekor. Harga dia pun murah - RM16.00 seekor tak macam harga ayam pusing Berkat Maju Tomyam- RM20.00. Yang lecehnya makan kat sini, amik order lambat sangat. Tapi makanan dan minuman sampai cepat. Theme dia ala cowboy - Watie Beach Cafe Cowboy Place .


Baby Amili aku tengah melayan air terjun. Mula-mula liat nak main air kolam. Lepas tu bawak pi pantai. Lepas layan pantai baru ade mood nak maik air kat kolam. Tu yang asyik sampai lidah terkeluar.


Aku dengan suit penuh. Belum lagi terjun ke kolam. Junior aku awal-awal dah gelongsor kat children's pool. Ni tengah nak bagi warm up kat baby Amili sebelu bawak dia mandi kat kolam dewasa. Gambar kat kolam tak boleh tunjuk. Ade censorship.

Kapal pengangkut yang dah ade waktu check-in. Aku amik gambar kapal ni setiap kali dia berubah kedudukan. Gambar ini diambil dengan Samsung Pixon 8.0MP aku. Neat kan gambar dia? Kalah kamera digital biasa.

Brunch kat KFC PD. Tak best betui. Sepatutnya layan makanan laut kalau dah tiba kat sini. Dah mak aku ajak pekena KFC nak buat camne.

Di PD Ostrich Farm 6km dari Teluk Kemang. Tengah bagi burung unta ni makan. Takde la sakit cam kita bagi ayam makan. Geli jer. Burung ni pun cam tau-tau jer kita ader bawak makanan untuk dia.



Telur burung unta ni boleh menampung berat sehingga 120kg kalau kita pijak atas telur tuh. Bila diangkat tak delah berat sangat telur tu.


Bermain bergurau senda dengan anak monyet kat situ.


Mak aku ajak ke Melaka pulak untuk beli belacan melaka. Made in Pantai Klebang. Banyakkan berapa punya jauh dari PD ke Pantai Klebang. Item yang dibeli ialah cencalok, belacan tumbuk, ikan pari masin, cakar ayam ngan tahapa-apa lagi benda.

Berehat-rehat di Pantai Puteri sambil layan aiskrim.. Ada pasar malam kat pantai tuh tapi nak parking cukup payah sebab weekend ramai yang bercanda dan family outing.
----
Amat memenatkan getaway kali ini. Dari TM ke Port Dickson ke Pantai Klebang dan balik semula ke TM memakan mileage sebanyak 611km. Tambahan pulak balik dari Melaka dah pukul 8.00 malam. Sampai ke TM plak jam 1.30 pagi. Mengantuknyer waktu driving, jangan ceritalah. Semua gara-gara jam di highway bermula selepas hentian sebelah seremban menghala ke utara sampailah ke persimpangan bangi-nilai-pajam. Barulah area tu clear sikit. Berhenti amik minyak di Caltex R&R Dengkil, telan 2 tin extra power root tongkat ali (24 sudu gula tuh!) barulah sambung perjalanan. Adik aku berhenti minum kat R&R Dengkil sementara aku continue terus perjalanan menuju ke Guthrie Corridor Expressway.

Tuesday, December 22, 2009

Behind the walls

Sapa boleh teka kat maner taman yang menghadap tasik ni?



-------------------
Ini adalah taman di belakang Stesen Minyak Petronas berhampiran Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar. Tak percaya?

Tuesday, November 10, 2009

A Night in Kuala Kangsar

Main attractions or main area in Kuala Kangsar. And this town will be dead around 10.30 pm when this two premises shut off their operations. Another area will be dead around 9.30.

Tuesday, November 3, 2009

The Journey

Aku mulakan perjalanan seawal pagi 7.15 am. Ke mana? Satu destinasi yang diarahkan oleh boss aku. Malas? Dah tentu. Penat balik dari kampung malam tadi pun tak hilang lagi, awal pagi dah kena bergerak ke arah utara. Melalui kawasan ini memang akan kena lalu kat kabus pagi-pagi ni. Tambahan kalau malam sebelumnya hujan turun mencurah-curah. Lagipun kawasan ini dekat dengan Banjaran Titiwangsa. Mujur kabus tak tebal sangat. Kalau tebal pun tak kisah sangat, Terios aku ada fog lamp.

Setelah penat memboringkan diri, aku terus bergegas balik (ye ke?). malas nak tunggu lama-lama. Apabila balik, hujan pulak turun mencurah-curah kat kawasan highway menghala ke selatan. Adalah few kemalangan dalam perjalanan, ada yang melibatkan kereta, ada yang melibatkan lori. Tapi tak sempat nak snap ngan Pixon aku. nanti aku pulak jadi penyumbang kepada laluan traffik yang perlahan.

Hujan-hujan pun bantai 100km/h. Tak kisah all-time 4WD banyak bagi keseimbangan. Lagipun tayar masih lagi ade thread dia. Kena pakai cash untuk tol. Maklumlah nanti senang nak claim. Kalau guna smart tag aku, confirm nanti finance department aku susah nak layan tol claim sebab tak de b&w prove.

Inilah dia peneman aku sepanjang jalan iaitu caramel cappuchino by Dunkin Donut selain aku punya FM Modulator yang banyak menyumbangkan lagu-lagu punk rock, nu-metal, old school punk dan thrash metal daripada thumb drive 2GB Kingston. Kalau layan radio karang bole jd ngantuk sebab banyak dengar Dj berceloteh yang kadang-kadang ngarut gila.

---
Ke mana aku pegi? Politeknik Ungku Omar Ipoh di atas satu program pelancaran gerakan membaca dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Bosan?

.....Dah tentu!

Friday, March 7, 2008

Trip to Cameron Highlands

It's nice to have a vacation trip even it only take a day to enjoy the beautiful scenery of highland. Cameron Highland, it was unplanned trip for us. It takes 2 hours of driving from my place to CH. The road from Tapah to Ringlet was very frightening to some people (including my junior). You can see the foot hill down with just looking from your car window. Uphill is very astonishing. Thanks to DVVT technology, full time 4WD and nitrogen inflate tyres that make it happened (Alhamdulillah). That's the power of Terios.



They scenery and ambience is great. Even though we have Mr. Sun standing straight up to our head, we didn't feel any warm or dazzling hot. Just cool feeling, cozy and windy. Very nice to cool your head off. We visited Boh Garden and Plantation, Big Red Strawberry Park at Brinchang, Butterfly Garden and also Brincang Night Market. We gone back him using Cameron - Simpang Pulai roadway. It is much wider and smooth rather than uphill at Tapah. Next time, we have take a night sleep at Cameron Highland.


Sunday, April 8, 2007

Prawn Mee


Aku rasa ramai yang dah pernah dengar tentang mee udang. Dah masuk dalam slot 3 Hari 2 Malam, waktu Shamsul Ghau2 jadi host. Dalam slot tu dia makan Mee Udang Mak Teh.
Last time adik ipar aku ajak aku pergi pekena mee udang Mak Teh. Lokasi dia on the way jalan nak pergi Port Weld. On the way nak pergi kita akan jumpa bangunan Maktab Perguruan Perempuan, Matang yang telah diubahsuai dan dijadikan Muzium Ngah Ibrahim.
Cerita tentang mee udang ni, tak larat nak cerita sedapnya. Kena sendiri try baru boleh cerita.



Mee Udang Mak Teh ni memang popular kat daerah Taiping atau Larut Matang ni. Memang ada kat sekitar Taiping ni buat mee udang, tapi tak boleh lawan mee udang Mak Teh ni. Mee udang dia "banjir". Bukan roti canai jer banjir tapi mee ada kuah "banjir". Ada tiga jenis, ada RM5, ada RM8 dan ada RM12. Itu harga mee yang mengikut saiz udang. Kalau itu kiraan aku, setiap pinggan ada 10-13 ekor udang. Makan...? sudu memang ada, tapi apa kelas nak kopek udang guna sudu. Kalau nak tau lokasi dan nak merasa, boleh contact aku.