Tiba di tempat penginapan iaitu di Le Paris International Hotel & Resorts selepas mengharungi 3 jam lebih perjalanan.
Bersenang-lenang di tepi pool setelah breakfast di coastline coffee house. Tengah simpan plan untuk layan swimming kat pool ni.
Ini antara acara lepas breakfast tadi. Berjalan-jalan di tepi pantai. Pantai ni banyak batu karang dan juga selut tapi selut dia tak lah sedalam macam selut kat Pasir Panjang.
Gambar berlatarbelakangkan kapal pengangkut yang dah ada waktu kami check-in di hotel. Kalau tak, tak nampak cam gi PD lah.
Tempat makan tengahari selepas bawak famili semua meronda pekan Port Dickson iaitu di Watie Beach Cafe. Menu dia hanyalah Ayam Panggang dan Nasi kukus. Ayam panggang dia memang sedap. Rasa tak cukup sekor. Harga dia pun murah - RM16.00 seekor tak macam harga ayam pusing Berkat Maju Tomyam- RM20.00. Yang lecehnya makan kat sini, amik order lambat sangat. Tapi makanan dan minuman sampai cepat. Theme dia ala cowboy - Watie Beach Cafe Cowboy Place .Baby Amili aku tengah melayan air terjun. Mula-mula liat nak main air kolam. Lepas tu bawak pi pantai. Lepas layan pantai baru ade mood nak maik air kat kolam. Tu yang asyik sampai lidah terkeluar.
Kapal pengangkut yang dah ade waktu check-in. Aku amik gambar kapal ni setiap kali dia berubah kedudukan. Gambar ini diambil dengan Samsung Pixon 8.0MP aku. Neat kan gambar dia? Kalah kamera digital biasa.Bermain bergurau senda dengan anak monyet kat situ.
Mak aku ajak ke Melaka pulak untuk beli belacan melaka. Made in Pantai Klebang. Banyakkan berapa punya jauh dari PD ke Pantai Klebang. Item yang dibeli ialah cencalok, belacan tumbuk, ikan pari masin, cakar ayam ngan tahapa-apa lagi benda.----
Amat memenatkan getaway kali ini. Dari TM ke Port Dickson ke Pantai Klebang dan balik semula ke TM memakan mileage sebanyak 611km. Tambahan pulak balik dari Melaka dah pukul 8.00 malam. Sampai ke TM plak jam 1.30 pagi. Mengantuknyer waktu driving, jangan ceritalah. Semua gara-gara jam di highway bermula selepas hentian sebelah seremban menghala ke utara sampailah ke persimpangan bangi-nilai-pajam. Barulah area tu clear sikit. Berhenti amik minyak di Caltex R&R Dengkil, telan 2 tin extra power root tongkat ali (24 sudu gula tuh!) barulah sambung perjalanan. Adik aku berhenti minum kat R&R Dengkil sementara aku continue terus perjalanan menuju ke Guthrie Corridor Expressway.






0 comments:
Post a Comment