Showing posts with label Lifestyle Issues. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle Issues. Show all posts

Monday, September 30, 2024

Port LAKSA di Sungai Siput


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan pembaca.

Aku memang peminat laksa. Almost semua laksa aku suka kecuali laksa johor dan laksam. Tekak aku tak boleh terima. Laksa lemak siam dan kari laksa masih lagi boleh diterima tetapi tidak menu laksa daripada kedua-dua negeri itu. .

Kali ini nak bercerita tentang port laksa di sebuah pekan di bawah daerah Kuala Kangsor iaitu di Sungai Siput (Utara). Nama port atau restoran laksa ini adalah Laksa Buyung Emas atau juga dikenali juga dengan nama Laksa Wahab. Namun laksa ini tak related dengan Laksa Buyong Bukit Gantang yer. Jangan salah tanggapan pulak.

Macam mana aku boleh tergerak atau came across dengan restoran laksa ni? Aku mula dapat apabila menonton satu siri rancangan travelling terbitan Astro iaitu "Check In - Check Out" yang memaparkan kedai ini yang juga disebut sebagai Kedai Laksa Wahab.


Set up kedai ni memang sempoi. Meja makan diperbuat daripada kayu upcycle dan juga daripada roller kabel (ala...tempat gulung kabel hitam tu). Stylish abis bila diaorang covert menjadi meja. Meja yang disediakan ada setup untuk 08, 06 dan juga 04 orang per meja. Bagi yang nak tapau ada disediakan kerusi menunggu. So tak kacau untuk orang yang nak dine-in.



Ini menu aku -- laksa fish cake dan juga cendol jagung. Kalau nak laksa special diaorang akan topup kan dengan telur, fish cake dan sayur pucuk dengan harga hanya RM 8.90 semangkuk (mangkuk besar beb!). Sangat berbaloi.



Ini menu yang wife aku order -- laksa telur sebiji. Kalau korang tak mau telur rebus, boleh order telur sarang. Selain daripada laksa korang boleh order menu lain seperti mee kari, bihun sup serta lain-lain jenis air yang berasaskan ais batu kisar atau menu air panas. Nak order makanan sama ada dine-in atau take-way pun mudah. Order di kaunter dan korang akan diberikan number order stand untuk diletakkan atas meja. Manakala untuk take-away diberikan nombor dan tunggu di kerusi menunggu.


Anak aku tak order apa-apa sebab rasa kenyang lagi. Menumpang laksa Ibunya dan cendol aku. Actually ini second time kami datang, Kali pertama hanya my wife and me berdua sahaja. Datang kali pertama guna goole maps. Sesat larat sampai ke perumahan dibawanya. Second time dah ingat tempatnya. So peminat laksa utara boleh la try. Taip aje Laksa Buyung Emas atau Laksa Wahab di Waze atau Google Maps. Arrioss!!


Thursday, September 19, 2024

REThinking On Weekend Plan

Unplanned trip to Pantai Segari
 Jalan raya dan lebuhraya dah mula jem pada hari Jumaat lagi. Rakyat Malaysia dan hari cuti hujung minggu + cuti umum. Tambahan pula ada cuti umum hari Malaysia dan bertindan dengan Maulidur Rasul. Kakitangan swasta dapat extra cuti umum pada hari Selasa. Awal-awal lagi kami dah merancang untuk bercuti ke Lumut walaupun satu malam. Tetapi apa kan daya apabila terdengar berita kesesakan lebuhraya menghala ke utara membawa sehingga ke 26 km dan menghala ke selatan sejauh 3km, kami terpaksa mengubah perancangan. Rasanya tak mampu nak mengharungi jem walaupun melalui laluan jalan negeri dan persekutuan. Disebabkan kepesatan teknologi maklumat seperti google maps dan waze, jalan-jalan tikus yang pernah dilalui mesti 'ramai' kereta.

Mencari penyakit kalau nak ubah plan dan buat unplanned trip seperti mana biasa. Itu perkara yang kami sekeluarga sering buat. Plan nak pegi ke satu tempat, spontaneously pilih pergi ke tempat lain di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Plan nak balik kampung terpaksa di ubah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Gambar yang dikongsi adalah trip sekeluarga secara unplanned kami ke Pantai Remis untuk lunch menu Kari Kepala Ikan yang mana menu ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. selepas itu bawa anak-anak ke Pantai Segari.

So apa aktiviti korang waktu cuti bersambung hari tu?

Friday, September 13, 2024

Layan Mee Goreng Railway Tanjung Rambutan

Selalu tengok pada youtube channel Azfar Badrul pasal mee mamak Railway ni, tapi Alhamdulillah disebabkan rezeki yang dah tertulis merasa jugak la aku akan mee goreng berkenaan. Adik ipar aku yang bawa setelah selesai urusan tukar nama geran motor di pekan Tanjung Rambutan Jun hari tu. Mulanya tak mahu sebab rasa kenyang setelah breakfast di R n R Tapah arah Utara. Tapi apabila mengenangkan kesedapan dan keteringinan akibat daripada video Azfar Badrul tu, akhirnya follow juga la ke railway Tanjung Rambutan.

Lokasi railway ni memang tak jauh daripada pekan lama Tanjung Rambutan dan satu-satunya stesen keretapi di situ. Lebih mudah lagi senang kata stesen ini berada di sebelah kiri selekoh sebelum simpang lampu traffik ke Hospital Bahagia Tanjong Rambutan. Sekiranya sedare-sedari menghala daripada Ulu Kinta ke Chemor. Memang tak akan terlepas pandang. Saya gerenti sedare-sedari boleh jumpa.

Rasa mee goreng ni memang rasa mee goreng mamak original seperti dulu-dulu. Ada rasa kuah kacang dan sambal serta moist. Honestly speaking, memang sedap dan menepati selera aku. Dari segi kuantiti memang tak terhabis untuk kategori light eater. Kena la berkongsi. Mak mertua aku yang ikut sekali dah bagitau awal-awal better berkongsi instead of seorang satu pinggan.

Menu bukan hanya mee goreng tetapi ada juga menu lain. Antaranya mee rebus, pasembor, mee rojak dan juga lain-lain lagi. Actually kedai mamak ni merupakan penggerai di stesen keretapi sebab ada kedai utama disitu yang mana pemiliknya orang melayu yang sedare-sedari boleh lah memesan menu lain untuk air minuman dan juga nasi lemak. Kepada peminat mee goreng mamak boleh la try, Insya Allah tak mengecewakan. Bagi waktu operasi pula aku kurang pasti tapi waktu aku pergi hari tu hari Sabtu. Jadi aku boleh pastikan hari Sabtu kedai mamak ni buka.
Itu saja coretan yang tak seberapa untuk kali ini. Arrioss!

Saiz sepinggan mee goreng dari kacamata saya








 

Monday, May 8, 2023

Ini Barulah Cerita Raya 2023

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri. Moga-moga anda sihat sewalafiatnya. Masih beraya? Anda betul-betul appreciate Syawal dan cuti yang diberikan kepada pelajar sekolah. Pada diri aku sendiri, hari raya ke-4 aku dah mula bekerja. Bukan terpaksa seperti mana sesetengah orang menyelar aku. Dah hampir 6 atau 7 tahun seingat aku, aku antara orang yang awal kembali masuk bekerja. Dan kadang-kadang aku adalah antara orang yang paling lambat mula bercuti. Apatah lagi skop jabatan aku menyediakan perkhidmatan maklumat. Lagi pun aku dan isteri tak perlu untuk merentas negeri dan lebuhraya untuk balik bercuti raya.

Tahun ini beraya di rumah mentua. Dah beberapa tahun yang lalu (tak termasuk PKP) kami sekeluarga dah buat keputusan untuk tidak beraya lama di kampung isteri aku. Maklumlah adik beradik dia ramai dan bilangan bilik yang boleh occupied tak sampai sebelah tangan. Jadi memang timbul kesukaran untuk kau bersalin pakaian atau untuk privacy. Tak macam di kampung atuk sebelah mak aku. Mak aku ada bilik besar dan ruang luas untuk aku dan adik aku sekeluarga. 

Tahun ini rasa agak berlainan kerana hanya balik beraya di sebelah isteri aku sahaja dan juga berziarah hari raya di kampung arwah ayahanda aku. Tahun ini tidak balik ke kampung atuk kerana atuk aku dijemput Ilahi pada Syawal tahun lepas. So untuk tahun ini, tiada siapa di kalangan adik beradik mak aku yang nak organized berkumpul di rumah atuk aku. Even mak aku pun ikut adik aku pulang beraya ke rumah mentua adik aku, Tapi mak aku stay di hotel lah sebab homestay di kawasan rumah mentua adik aku full-booked. 

Ada yang bertanya aku buat open house tak tahun ni. Aku dan isteri dah bersepakat tak buat open house. Penat woohhh nak organize dengan bilangan tetamu yg ramai. Apatah kita buat dari tengahari sehingga ke petang. Daripada pelbagai kategori tetamu kita nak entertain -- rakan pejabat, jiran tetangga, kawan -kawan anak, kaum keluarga. Ye lah kadang-kadang ada yang kita terlepas layan ketika organize open house ni. Ada yang makan hati. Daripada nak makan hati tu, makan jer lah menu yang disediakan oleh tuan umah. Yang bawak anak-anak ke open house persiapkanlah anak-anak ketika berada di rumah orang yang kita kunjungi. Jangan pegang tagline 'alah budak-budak' pada diri kita. Doktrinkan anak-anak kita bahawa yang kita pergi tu rumah orang lain walaupun rumah saudara sendiri. Kita ada banyak dengar tentang kerosakan yang berlaku disebabkan sikap parents yang tak nak behave anak diaorang. Tu belum kira terlompat-lompat atas sofa atau duduk dengan cara tak bersopan.

Pada tetamu yang ada datang tu, kami sediakan lah beberapa menu yang extra sikit sebab kalau nak jamu kuih pun tak banyak. Tak sampai 150 jenis. Bukan apa takut berkulat tak abis makan. Maklumlah juga bukan ramai  sangat nak datang rumah aku beraya. Tamatkan celoteh di sini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SAHABAT. ARRIOSS!


Monday, April 17, 2023

Cerita Hari Raya Ini Tahun!

Bersama-sama anak-anak terunaku selepas Solat Sunat Aidilfitri 2022
 Salam Ramadhan dan salam aidilfitri kepada pembaca blog aku yang budiman. Alhamdulillah betapa gigihnya aku nak menghasilkan nukilan ini. Tiada apa yang nak dinukilkan melainkan beberapa perkara yang menjadi perhatian aku yang cetek ilmu ini. Perkara yang jadi topik hangat di kalangan sekelompok manusia yang dipanggil netizen adalah tentang tarikh anak bulan Syawal -- yang jatuh of coz satu Syawal 😄😄😄. Rata-rata mengeluarkan pandangan sekadar pandangan kosong mengenai perkara berkenaan sehingga semacam mendesak - desak dengan alasan untuk mengelakkan kes raya 'terkejut' seperti tahun 2022. Tindakan hamlau kelompok netizen itu telah menyebabkan golongan arif agama seperti Ustaz Azhar Idrus dan Dato Ustaz Kazim Elias terpaksa mengeluarkan kenyataan lantang menegur sikap kelompok netizen berkenaan.

Pada pandangan aku perhaps kita dah terlalu selesa dengan tarikh pada kalendar jadi apabila anak bulan dah muncul kita rasa terkesima betul. Perlu kita refleks balik bahawa perkara ini adalah sebahagian daripada amalan di dalam ibadah Ramadhan dan Syawal bukannya seperti perayaan agama lain yang dah termaktub pada kalendar mereka tersendiri. Kita yang tidak mempunyai pengetahuan dalam ilmu falak, rukyah hilal better lah diserahkan orang yang sewajarnya melaksanakannya. Perlu ditanam di kepala hotak kita bahawa pengetahuan dan maklumat itu adalah berbeza. Maklumat tentang falak, yes kita boleh dapatkan daripada mana-mana sumber. Tetapi orang yang mempunyai pengetahuan tentang falak dan rukyah hilal lebih arif dan mahir. 

Seperkara lagi adalah keluhan para peniaga bazar raya yang melaporkan keadaan perniagaan yang tak balik modal. Banyak bazar daripada pelanggan. Tak dapat dinafikan memang kalau pergi menjenguk ke sesetengah bazar raya (kepada yang rajin) memang akan melihat satu keadaan di mana bazar ramai daripada pelanggan. Mungkin di satu dua tempat akan berduyun-duyun pelanggan. Mungkin disebabkan jualan runtuh. Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang ambil pendekatan untuk berjimat cermat. Apatah lagi parents yang dah berabisan mengeluarkan duit untuk perbelanjaan sekolah di awal bulan Mac yang lalu. 

Ada di kalangan rakan-rakan sepejabat berpendapat tidak berbaloi untuk berjoli berabisan wang ringgit untuk merayakan Syawal. Cukup sekadar bersederhana. Baju melayu  bukannya dipakai hari-hari menurut kawan aku. Itu belum lagi isu duit raya yang saban tahun ada yang bertanya kepada ilmuwan agama. Kita kena ingat bahawa duit raya itu sedekah. Peringatkan anak-anak kita bahawa duit raya itu ihsan daripada pemberi duit raya. Jangan meminta-minta kerana itu mengemis.

Tinggal beberapa hari lagi nak tibanya Syawal, so tingkatkan amalan terakhir di penghujung Ramadhan. Semakin meningkat usia, rahmat Allah dan keberkatan Ramadhan yang kita kejar. Semoga puasa penuh yer sahabat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. ARRIOS!

Tuesday, January 3, 2023

Cerita Suku Kedua Tahun 2022: Lambakan Throwback Lagi

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Ogenki desuka. Sedar tak sedar, suka tak suka, kita ada hampir 4 bulan nak menghampiri tahun 2023. Rasanya pelbagai onak, pelbagai penat dan perih kita dah harungi. Mungkin ada suka, mungkin ada duka. Setiap orang perjalanan hidupnya berbeza. Kita ada pilihan untuk kita tentukan haluan kita, namun Allah jua sebaik-baik Perancang. 

Seperti mana aku yang masih lagi dengan hasrat sekurang-kurangnya 03 blog post sebulan dan mungkin 01 blog post dalam english. Hasrat itu masih lagi menjadi tentatif. Nampak macam sukar nak menjadi realiti. Tak kira apa jua yang berlaku, aku cuba share kan beberapa perkara yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun ni. 

Berbuka puasa di Sarang Art Hub

 Ini event terkejut dan selalunya event macam ni yang paling menjadi. Tak kisahlah tak ramai yang join. Sebenarnya ini event unofficial majlis berbuka puasa untuk pegawai di tempat aku bekerja. Event yang tak sampai 48 jam commit berjaya dilaksanakan dengan 4 keluarga yang join di restoran milik Allahyarham Mamat Khalid iaitu di Sarang Art Hub. Tertunai juga hajat nak bawa anak-anak dan isteri makan di sini. Menu berbuka puasa agak simple namun masih mampu menyelerakan anak tekak 😆Menu berbuka puasa bertukar setiap hari.

Aku yang memang bercuti pada hari berkenaan memang tiada masalah sebab amik anak daripada airport Ipoh untuk bercuti Hari Raya Aidilfitri. Pada hemat aku Insya Allah boleh dinajurkan lagi pada masa-masa akan datang bergantung pada mood juga. Yang seronok berbuka di Sarang Art Hub ini adalah dekorasi yang sangat awesome terutamanya pada kami yang venue berbuka di sebuah bilik dengan dekorasi drama ' Kampung Pisang Bersiri-siri'.

Kami yang hadir berbuka puasa di Sarang Art Hub

Me with me boys
 

Beraya Aidilfitri: Salah Timing 

Raya photoshoot selepas Solat Sunat Aidilfitri


Raya photoshoot pada Raya Ke-2 di rumah atok
Pada tahun ini semua orang jangkakan hari raya pada hari Selasa sepertimana tercatat dalam kalendar. Parahnya apabila semua orang lupa perkara wajib untuk menentukan tarikh hari raya aidilfitri adalah bergantung kepada kemuncilan anak bulan. So sangat jelas anak bulan Syawal dah memunculkan diri pada hari Ahad, maka 1 Syawal jatuh pada hari Isnin. Kami sekeluarga adalah sebahagian rakyat Malaysia yang tak packing lagi atau tak bersedia untuk pulang berhari raya. So bermesyuarat lah kami suami isteri untuk pulang ke kampung selepas solat hari raya aidilfitri dan ziarah mak aku. Mak aku pun akan pulang ke kampung selepas masak juadah hari raya.

Bersolat di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI menemukan aku dengan ramai rakan-rakan yng tersangkut dan akan pulang selepas solat sunat aidilfitri 😅😅 Jalan lengang? Tak jugak ..keadaan traffik penuh dengan kenderaan even though kami memilih untuk lalu di jalan dalam. Ramai orang dah aware laluan jalan biasa dan alternatif ni impak kewujudan google maps dan juga Waze. Sabar jer lah dan dah jangka keadaan sedemikian. Bukan kita sorang jer yang balik lepas solat hari raya.


Belasungkawa Tn. Hj Ibrahim Wahid: 1921 - Mei 2022

Suasana di kuburan Kg. Pasir Garam
Aku sangat bersyukur dapat menyantuni atuk aku di penghujung usianya pada hari raya ke - 3. Melayani arwah atuk aku bersembang tentang motor honda CB90 arwah atuk, tentang kerapnya arwah atuk dan arwah opah ke Manong tempat aku menetap waktu kecil dulu dan tentang kagetnya arwah abah aku membonceng motor berkenaan. 

Sewaktu bersembang tu, penuh dengan gelak ketawa apabila bercerita tentang arwah abah sehingga arwah atuk tercungap-cungap selepas ketawa. Kami bercerita sambil isteri aku mengurut belakang dan kaki atuk. Badan atuk lenguh disebabkan terlalu terlantar di katil dan badan penuh angin sebab kurang diberikan makan. Tangan atuk tak kuat jadi kami santuni atuk makan dengan suapkan makanan. Apatah lagi, makcik aku ada belikan laksa salah satu makanan favourite atuk. Berselera betul.

Cuma aku agak rasa tak selesa sebab sebelum arwah opah meninggal dulu, arwah opah selalu bercerita tentang peristiwa lampau beliau. Arwah opah bercerita waktu dia mula-mula kahwin dengan arwah atuk aku, waktu kehilangan iC dia di Ipoh dan juga kesukaan arwah opah makan aiskrim. Arwah opah pun begitu berselera makan sate daging apabila aku belikan sate di pekan Parit dan sentiasa bercerita tentang itu. Selang sebulan selepas arwah opah bercerita dengan kami tentang memori lama, opah kembali dijemput Allah di Hospital Changkat Melintang. Pada Syawal Ke-10, Atuk dijemput Ilahi pada usia 101 tahun dan aku tak sempat memandikan atuk disebabkan pihak masjid berkeras untuk tidak mahu menunggu waris yang lain. Al-Fatihah untuk Atuk.

Visit to The Shore Oceanarium Melaka

Akhirnya dapat juga melawat Oceanarium di Melaka ni. Walaupun dah banyak kali menginap di The Shore bila setiap kali ke Melaka. Hotel yang menarik cuma sewaktu agenda ini dilaksanakan kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka. Dapat price yang menarik. Sebelah menyebelah dengan hotel The Shore dan still dapat ke mall cuma kena masuk ikut main entrance. Visit kali ini setelah pick up si abang daripada kolej di Kempas, JB. Drop di hotel untuk berehat setelah awal pagi kami bergerak daripada TM.

Orait, bukan nak bercerita pasal hotel. Kita kasi teaser pasal oceanarium. Dulu aku pernah pergi ke satu oceanarium macam ni tetapi di Pahlawan Mall. Sekarang tempat tu dah tak ada. Oceanarium ni best untuk belajar type of fish dan very entertaining. Bukan setakat ada exhibition fish dalam aquarium dan terowong, tetapi juga ada 3D movie dan feeding fish area. Bawa lah family bukan hanya mengunjungi The Shore Oceanarium tetapi juga The Shore Sky Tower (Kalau berani). Gayat nak tengok ke bawah daripada tingkat 25!!
Keadaan di dalam Oceanarium

Ini ikan monkfish (kalau tak silap aku)


Ikan besar dalam akuarium

Asam Pedas Lagenda


Ada daging tetel, ikan pari, ikan merah dan ayam.
Kami sekeluarga memang penggemar masakan asam pedas sama ada Melaka atau Johor tapi mostly Melaka. Untuk asam pedas johor kami sering ke Parit Jawa untuk makan di Pak Yahya Asam Pedas. Ok kita cerita pasal asam pedas melaka. Banyak tempat kami dah try asam pedas di melaka. daripada yang mencekin leher sampailah yang harganya berpatutan.

Trip kali ini selepas ke Oceanarium kami makan tengahari di Asam Pedas Lagenda di Jalan Lagenda 3. Nak senag tempat makan ni berdekatan dengan Aeon bandaraya Melaka. Menu nya pelbagai dan harganya agak berpatutan. berkonsepkan set dan kita juga boleh custom dengan lauk tambahan. Set nya didatangkan dengan nasi, telur masin dan sayur bendi. Boleh pilih ikan, daging atau makan laut yang seperti ketam atau udang atau sotong. Mestinya menjilat jari dan mengelap peluh. 

Santapan mata dulu sebelum mulut
Di Asam Pedas Lagenda, kalau boleh janganlah datang betul-betul waktu makan tengahari sebab pack dengan kakitangan atau pekerja berhampiran. kalau anda datang pun layanan tak terlalu lama untuk ditunggu. Di kawasan restoran ini pun ada beberapa hotel bajet yang boleh kita stay. Dan jangan terkejut bila anda dapat tahu owner dia anak kelahiran Kedah dan bukannya orang Melaka!

Tuesday, October 26, 2021

301, 501, 701 Cricket dan Around The Clock

 301/501/701

Ini merupakan permainan standard yang sentiasa dimainkan pemain dart atau darter. Jenis permainan ini dimainkan secara perseorangan, beregu atau 3 orang berkumpulan (threesome -- jangan ingat bukan2) yang biasanya jenis 701 akan dipertandingkan. 

Kaedah permainan ini memerlukan pemain untuk mengurangkan jumlah markah sehingga sifar sama 301, 501 atau 701. Di dalam permainan, markah atau baki terakhir perlu diakhiri dart pada slot 'double ring' pada nombor atau 'double bull' (bulleye) di tengah papan dart.

Setiap papan dart mempunyai nombor yang dibahagikan kepada tiga ring yang mempunyai markah yang berbeza iaitu single (markah tanpa ganda), double (ganda dua) dan triple (ganda tiga). Nak senang faham boleh tengok rajah dartboard atau papan dart. Setiap balingan sebanyak 3 dart akan memberikan jumlah markah yang ditolak daripada 301 atau 501 atau 701. 

Untuk memenangi permainan, pemain perlu mengakhiri baki permainan dengan balingan dart ke ring ring nombor double atau ganda dua. Nak bagi korang lebih faham aku bagi contoh: sekiranya baki markah anda adalah 32, maka anda perlu membuat balingan ke ring nombor 16 ganda dua. Ataupun mana-mana nombor dengan jumlah 32 yang mana baki terakhir mestilah dalam slot nombor ganda dua.

Cricket

Scoreboard
Jangan pulak korang ingat ini permainan kriket yang baling bola tu. Permainan dart format cricket ini dimainkan secara perseorangan atau beregu di mana pemain akan membaling atau hit kepada nombor 15,16,17,18,19, 20 dan double bull atau bulleye sebanyak 3 kali. Setiap 3 dart yang berjaya melekat pada sesuatu nombor seperti nombor 15 contohnya, akan membentuk giliran atau 'inning', 

Untuk menutup 'inning' pada sesuatu nombor 15 -20 agar tidak boleh dibaling oleh pihak lawan, pemain perlu mendapatkan skor sebanyak 3 markah dengan melakukan balingan dart pada ring single (3 dart), single dan ring double atau ring triple

Sekiranya pemain mendapat 3 skor pada nombor berkenaan, nombor berkenaan 'dimiliki' oleh pemain yang mendapat 3 skor tadi. Dari segi permarkahan, ring double akan dikira sebagi skor 2 dan ring triple sebagai skor 3.

Tanda scoring untuk format cricket

Tak berapa nak faham atau masih blur? Boleh refer pada sumber rujukan ni https://www.darting.com/Darts-Rules/Cricket/

Round The Clock

Format permainan ini biasanya digunakan sebagai warm-up atau hit training. Format permainan ini biasanya dimainkan dengan 2 orang pemain. permainan ini mudah sahaja. Pemain perlu membaling kepada turutan nombor 1 - 20 atau sebaliknya. Pemain boleh membaling pada slot single, ring double atau ring triple. Setelah ketiga-tiga dart berada pada slot nombor, barulah pemain beralih pada nombor seterusnya. Format ini juga dikenali sebagai 'Round The Board' atau 'Once Round The Island'.

Dah lama tak berhimpun main dart macam ni





Thursday, September 30, 2021

Bila Dah Kasi Lepas

Apabila kerajaan mengumumkan kelonggaran diberikan pada yang telah lengkap vaksinasi, ramai yang ambil peluang ini untuk merenggangkan mental yang dah mula menyimpul atau dah memang bersimpul-simpul. Tak dinafikan peluang ini digunakan oleh ramai rakyat untuk berjumpa kaum keluarga di luar daerah yang berlainan. Aku antara orang yang tak terkecuali. Kalau ikutkan hati mau pergi melancong, tapi kita kawal dulu nafsu nak bermalas-malasan. Masih ada lagi kawasan di Perak yang kita perlu berwaspada memandangkan ada kawasan yang ada jangkitan varian delta.
 
Ini bukannya ambil lewa selepas diberi kebenaran oleh kerajaan tapi cuba lah dibayangkan berapa lama terkurung di dalam udara bebas ni. Memang lah kita cuba berasimilasi dengan norma baharu ini. Namun perlu ada kerenggangan untuk kita melegakan kekusutan akibat dikurung sekian lama. SOP masih lagi diberi perhatian sebaiknya -- kita pakai double layer mask, jaga penjarakkan fizikal dan juga elakkan tempat sempit serta waspada pada kawasan jangkitan berkluster.

Dapat peluang aku sekeluarga tak pergi ke mana pun dan tak juga pergi melancong. Cukup bawa keluarga ke luar daerah untuk menjalankan aktiviti rutin yang kami sekeluarga sukai iaitu JJCM -- Jalan-jalan cari makan. First outing selepas semua orang dah abis eddah vaksinasi kami pergi ke Nasi Kandar Beratur 786 Cawangan Kampar. Nasi Kandar Beratur 786 yang ada di Penang buka cawangan di Kampar dan ada juga cawangan di Taiping. Tempat lain aku tak sure ada atau tidak. Authentic taste of Penang Nasi Kandar. The best after Nasi Vanggey or perhaps the best and made Nasi Vanggey the second best of nasi kandar in Ipoh. Some people may chose Nasi Ganja Yong Suan as number one but not for us.

Selepas makan tengahari di Kampar kami biasanya akan jalan-jalan di Ipoh dan pekena dessert pulak di Ipoh dan of course la pekena cendol. Cendol yang biasa kami pekena adalah Rojak & Cendol Padang yang ada di Padang Bandaraya atau lebih tepat di Mikers Pizza. Food hunting ni lah terapi diri setelah berada dalam tempoh kawalan pergerakan. Kadang-kadang kita terdengar golongan anti-vaksin ni mencemuh dalam medsos diaorang dengan gelagat masyarakat yang ambil peluang berada di tempat awam setelah diberikan kelonggaran. Rakyat hanya takut pemerintah tapi bukan Covid-19. Come on la use your brain. Diaorang yang keluar tu pasti dah cukup vaksinasi dan jaga SOP. Lagi pun seperti yang telah diungkapkan diaorng ni nak melegakan anxiety dan keresahan setelah dikurung. Namun perlulah jaga tatasusila sebagai manusia bertamadun dan beragama. Kebersihan perlu dijaga jangan jadi macam di Ban Pecah, Tanjung Piandang dan Kawasan Perkelahan Sungai Pisang contohnya.

Kita manusia kenalah berakal dan boleh berfikir lebih baik daipada binatang, kan?

ARRIOSS!





Monday, May 3, 2021

Ramadhan Kareem dan Selamat Hari Raya

 Assalammualaikum.

Rasa keras jari ini nak menaip nukilan. Padahal ada aja post yang digarap tapi cuma sekadar jadi deraf. Hilang mood nak sambung macam tu lah jadinya. Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan tinggal 9 hari sahaja lagi dan minggu terakhir ini sangat crucial untuk umat Islam. Kita nak memburu Lailatul-Qadar. Bak kata ustaz yang selalu berceramah kita nak buat pecutan. Malam-malam terakhir ni kita hidupkan qiyam Ramadhan iaitu solat sunat terawih. Lepas tu kita bertadarus sebelum tidur dan kalau mampu bangun awal sebelum sahur untuk solat sunak tahajjud.

Selalu kita dengar dan selalu kita niat nak buat tapi hakikatnya semangat tu kadang-kadang tak kuat. Tak nak cerita hal orang lain. Ini cerita hal aku. Mujur kita ada PKP 1.0 tahun lepas. Ada hikmah dan mampu juga buat. Tahun ini kita up sikit lagi kita punya amal. Kita tingkatkan sedekah kita dan jamu orang berbuka puasa. kurangkan menunjuk-nunjuk apa yang kita sedekah kat orang sampai buat video bagai. Biarlah ALLAH SWT yang nampak apa amalan yang kita dah buat. Lagi satu kurangkan jugak kau menunjuk apa juadah berbuka engkau. Kita tak tahu ada orang yang tak dapat berbuka atau tiada apa untuk berbuka puasa. 

Kebiasaannya minggu ini ada staf di pejabat yang dah mula pasang lagu-lagu raya. Namun tak terjadi tahun ini. Ramai yang mungkin akan tersentuh sebab tak boleh rentas negeri untuk balik raya. Itu termasuklah yang memang orang Perak tapi menetap di negeri sempadan. Memang tak dapat menjenguk keluarga lah jawabnya. Yang dapat balik rentas daerah tu jangan gopoh sangat. Langkah kawalan jangkitan kena ambil perhatian serius. SOP kena amalkan. Itu langkah awal. Elok mencegah daripada merawat.

Macam mana dengan persiapan raya? Tahun ini mungkin ala kadar sahaja. Langkah penjimatan yang dah dilaksanakan. Ramai yang membeli baju dan persiapan hari raya beli secara online sahaja untuk elak jangkitan. Apatah lagi varian Covid-19 daripada India dah mula memasuki Malaysia. Namun apa jadahnya ramai orang kat bazar hari raya macam kat KL tu? Apa diaorang tak rasa takut? Siap bawak baby! Macam mana lah pemikiran mak ayah dia yer.

Kadang-kadang perkara yang kita rasa tak seronok tu, ada hikmah yang tuhan bagi. Cuma kena rajin mencari dan memahami ketentuan dari Allah. Balik kampung? Walaupun boleh merentas daerah, itu pun masih ada sesi negotiation dengan Mem Besar nak decide sambut kat mana terlebih dahulu.

ARRIOSS.

Wednesday, August 26, 2020

#Darterforlife 8 Sebab Kenapa Dart Sukan Pilihan Saya

 8 sebab kenapa dart adalah sukan pilihan saya

Selain daripada ragbi, permainan dart juga tergolong dalam kategori gentleman games? Susah nak percaya? Ada pernah tengok pemain dart atau dipanggil darters ini berentakan sambil mengacu dart ke tembolok pihak lawan? Tak de kan? Kalau korang tengok game bola confirm ada. Kadang-kadang meleret sampai ke penonton. 

Sebahagian daripada koleksi dart aku.(1)Monster Helios II 22gm (2) Red Dragon Jamie Lewis 22gm (3) red Dragon Freestyle 22gm

Hampir seluruh dunia mengiktiraf permainan dart sebagai satu acara sukan. Cuma Malaysia  yang masih belum bagi pengiktirafan. Usaha yang digerakkan oleh Persatuan Darts Malaysia (Malaysia Darts Association) untuk memperoleh pengiktirafan telah dimulakan dengan menghantar surat kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dr. Wirdawati binti Mohd Radzi pada awal Ogos yang lalu.

Sejarah aku terjebak dengan sukan darts ini bermula pada awal tahun  2014 untuk karnival sukan staf  organisasi aku bekerja. Dari bermula dengan dart loyang sehinggalah ke dart tungsten serta banyak tournament peringkat amateur yang aku join. Penyertaan ke tournament amateur ni penting untuk meningkatkan kemahiran dan daya tanding kendiri.

Percaya ataupun tidak sebenarnya banyak manfaat boleh diperolehi daripada sukan darts ini. Jadi aku senaraikan 8 reason yang boleh aku kemukakan untuk tatapan tapi kalau nak lebih kenalah rajin google sendiri sebab ader darters yang kemukakan 14 health benefits 😊

#1 Dart adalah permainan yang santai

Waktu bermain dart inilha minda kita akan melepaskan lain-lain yang difikirkan atau berlegar-legar di kepala otak kerana minda akan lebih terfokus kepada papan dart (dartboard). Daya penumpuan akan anda tertumpu pada papan dart di saat anda ingin melepaskan dart yang berada di tangan.

#2 Dart: bagus untuk otak 🧠

 Bagi membolehkan otak kita ini in-tune, otak kenalah selalu digunakan sebanyak mungkin dengan melakukan pelbagai tugasan kecekapan mental. Selain daripada memperbanyakkan membaca Al-Quran terutamanya selepas Solat Maghrib dan Solat Subuh, bermain dart juga boleh merangsang otak daripada menjadi lembab. SEBABNYA bermain dart memerlukan kemahiran matematik asas terutamanya di dalam mengira markah tujahan dart dan jumlah baki yang tinggl untuk menamatkan permainan. secara tidak langsung bermain dart dapat membantu meningkatkan kemahiran strategik dan logikal serta senaman untuk otak.

#3 Bermain dart meningkatkan koordinasi tangan dan mata

Bermain dart adalah berkaitan dengan pergerakan tangan yang selari dengan tumpuan mata. Di kala anda ingin membaling dart, koordinasi mata dan tangan anda sangat penting. Sebab anda tak boleh baling dart sekiranya anda mengalami masalah visual. Melalui proses koordinasi ini juga anda dapat mengenalpasti mata dominan anda--mata kiri atau mata kanan. Dalam bahasa mudah, tangan adalah untuk memegang dan memlontar dart, manakala mata untuk menentukan di mana anda ingin dart anda landing di papan dart. Lagi lama anda praktis lagi kemaslah koordinasi mata dan tangan anda.

#4 Bermain dart boleh meningkatkan keyakinan

Keyakinan atau berasa yakin adalah amat penting dalam apa jua bidang atau perkara yang dilakukan seharian. Begitu juga dengan permainan dart. Makin lama korang main, makin tinggi korang punya keyakinan untuk habiskan game. Apatah lagi untuk korang bertanding dengan darter yang kita tak tahu level kemahiran dia. Apabila keyakinan korang dah meningkat dalam permainan dart, maka self-esteem pun meningkat.  ini kerana untuk menang dalam game dart bukanlah mudah. Kena ada perancangan strategik dan kemahiran untuk merancang.

#5 Dapat melegakan tekanan 

Dapat menjadi sebagai pelega tekanan dan kadang-kadang banyak dipasang di tempat kerja di ruang rehat atau pantry (kat Malaysia ni susah kot nak tengok). Apabila korang rasa mengantuk dan letih dengan bermain dart dapat merangsang semula minda yang semakin down atau lesu. Ini kerana permainan dart memerlukan kosentrasi dan memfokus kepada perkara yang tidak meletihkan kita adalah meditasi terbaik.

#6 Menggalakkan pemikiran strategik

Bermain dart terutamanya dalam pertandingan memerlukan banyak perancangan strategik kerana setiap balingan adalah pergerakan tektikal. Jangan cakap aku sembang kencang yer apabila aku katakan SWOT analysis ada dilibatkan  secara tak langsung. Setiap nombor yang kita aim untuk tamatkan permainan bergantung pada SWOT analysis. Malah jika seorang darters itu mampu melaksanakan pemikiran strategik di dalam permainannya, ia juga boleh melakukannya di dalam perancangan logikal seharian.

#7 Membina kerjasama berpasukan

Di dalam permainan dart ada kategori beregu dan berkumpulan yang mana kadang kala kita tidak pernah bekerjasama dalam melaksanakan tugasan. bermain dart di antara rakan-rakan di jabatan atau bahagian yang berlainan boleh dijadikan sebagai training tools untuk belajar tentang kemahiran pembinaan pasukan.

#8 Menambahbaik rangkaian sosial

Seperti mana kaki pancing yang mudah mendapat rakan-rakan baru yang sealiran, situasi yang serupa juga dihadapi oleh darters. Kita akan dapat rakan-rakan baru terutamanya sewaktu berada di tournament luar ataupun sekadar stroking  di kelab atau game center. Biar aku jelaskan dengan contoh aku dan team mate. Dalam pertandingan kategori beregu yang aku join, ketika kita ketiadaan partner atau partner kita tak dapat nak join, kadang-kadang organizer akan dapatkan kita partner untuk berganding. Secara langsung kita akan mengembangkan rangkaian sosial dan profesional. Kerana pemain dart ini datang daripada latarbelakang yang pelbagai.

Sewaktu menjadi Pengarah Kejohanan Dart Hystrix Double Open 2018.

Itu antara beberapa perkara yang aku perolehi sejak berkecimpung di dalam arena sukan dart. Di pejabat aku ada jugak dipasangkan dartboard lengkap dengan oche untuk melepaskan tekanan dan berehat. Namun disebabkan persepsi lapuk dikatakan ponteng kerja menjadikan ianya sepi daripada digunakan. Malah ada memandang sinis paada mana-mana kakitangan yang turun main sekejap untukmelegakan stress dan tekanan kerja.Mungkin faktor geografi dan demografi kot. Akhir kalam....ARRIOSS!!


Sebahagian daripada team Hystrix ketika menyertai Selangor Open 2020 pada Februari yang lalu.


 

Thursday, July 30, 2020

Kenapa Lama Tak Dengar Tentang Limp Bizkit?

Ada peminat-peminat Limp Bizkit tak di kalangan yang menyinggah di blog ini? Aku salah seorang peminat Limp Bizkit setelah mendengar salah satu track diaorang yang menjadi antara lagu runut bunyi untuk filem sensasi lakonan Tom Cruise iaitu  Mission Impossible 2. Track yang didendangkan adalah



Kenapa guna nama Limp Bizkit? Menurut Fred Durst the vocals, tujuan penggunaan nama berkenaan adalah untuk mengumpan pendengar dengan nama yang catchy seperti mana kata lead singer ni "The name is there to turn people head's away." Kumpulan rap rock ini popular track  seperti "Rollin", "Nookie", "My Generation", "My Way" dan "Break Stuff". Keunikan kumpulan ini bukan hanya terletak pada vocal dan rapping daripada Fred Durst sahaja, tetapi juga kepada penampilan unit daripada pemain gitar utama kumpulan ini iaitu Wes Borland. Wes ni memang gemar berhias-hias dan tampil dengan pelbagai penampilan yang unik. Seperti di gambar yang disertakan, korang boleh tengok penampilan badannya diwarnakan hitam dan putih. Unik dan power riffing seperti mana penampilan guitarist daripada kumpulan Slipknot iaitu Jim Root yang memakai topeng. Tapi memang trademark semua ahli kumpulan Slipknot memang pakai topeng.

Dalam pengeluaran album rasanya macam dah senyap jer kumpulan Limp Bizkit ni. Buat tertanya-tanya apakah album baru diaorang. Last Album diaorang adalah
Anyway anyhow itu sahaja tales untuk aktifkan semula blog. Till to bebelan next time....Arrioss!

Thursday, October 10, 2019

Layan Wayang: Joker

Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Kiranya ini cerita throwback, last week punya cerita.  Joker story punya hal. Aku dengan bro sepejabat aku telah mengatur plan untuk melayan cerita best daripada DC Villain Character iaitu  sebuah filem lakonan Joaquin Pheonix (salute abis for you).Rancangan asal untuk menonton pada 04hb Oktober namun ditukar kerana partner in crime aku dah tak sabar untuk menanti tarikh berkenaan. So as usual, seorang handle ticket and than seorang handle transportation. Kali ini aku handle untuk transportation, yes I'm driving sebab jarak tempat tinggal kami dengan TGV Cinema adalah 56km. Kami dah usually tengok movie bersama mostly melibatkan comic characters such as Marvel dan DC. Tambahan pulak kategori movie pulak adalah 18 SG, so memang tak boleh tengok dengan family. Last sekali aku tengok movie dengan family adalah sewaktu movie Sangkar lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah.

Aku cerita sikit sinopsis sebagai teaser untuk peminat filem comic character macam aku. Tapi aku dukacita nak mengingatkan kepada yang jenis suka cheap action -- sikit-sikit aksi--sikit-sikit aksi tak payah bersusah-payah nak tengok cerita ni. Movie ni banyak element drama yang agak slow untuk di swallow. Movie ini juga mengisahkan Arthur Fleck seorang yang kepingin untuk menjadi stand-up comedian, dengan kehidupan yang suram, mempunyai kondisi mental serta menjaga ibunya yang mempunyai kondisi mental yang percaya dia ada hubungan istimewa dengan Thomas Wayne  (bapa Bruce Wayne). Arthur menjalani kehidupan yang sedih dan dibuli, disakiti sebagai badut. Dari seorang yang menerima takdir sehinggalah beliau melakukan pembunuhan pertama. Secara psikologis nya menerusi movie ini ingin menyatakan villain adalah daripada orang yang baik yang sering disakiti. Origin of Joker dan bagaimana dia memulakan satu gerakan. Malah ianya menjawab kepada pernyataan yang kita pernah dengar Hero comes after chaos.

Melalui movie ini, dihimpun nama-nama besar seperti Robert DeNiro dan Zazie Beetz yang melakonkan watak Domino dalam movie DeadPool 2. Nama Athur Fleck adalah di antara pelbagai nama sebenar Joker.  Antara nama lain adalah Jack Napier (Batman, 1989) dan Jeremiah Valeska (Gotham tv series). Jadi itu sedikit teaser dan tak boleh cerita plot-plot yang interesting nanti hilang ghairah nak tengok movie ni.
Salah satu babak sebelum Arthur diwawancara.


Sumber gambar: kredit kepada IMDB


Monday, October 22, 2018

Layan Wayang: PASKAL The Movie

Credit: RojakDaily
Dah tengok movie PASKAL the movie? Kalau belum aku sarankan tengok. Bukan setakat kita sokong movie made in Malaysia tetapi jalan cerita yang ditonjolkan memang menarik. Padat dengan aksi dan plot yang mengejutkan. Plan  nak tengok wayang ni dah lama tetapi asyik tertangguh jer disebabkan oleh kerja-kerja atau perkara luar jangka yang timbul. Alhamdulillah, hari sabtu yang lepas tertunai jugak hajat isteri dan anak-anak nak layan cerita PASKAL The Movie.

Kalau ikut dalam listing kami, nak tengok cerita Johnny English lakonan Rowan Atkinson atau Venom. Namun tarikan kepada cerita PASKAL The Movie lebih kuat. Apatah lagi aku memang minat aksi ketenteraan seperti Predator, Expandables tambah-tambah kalau ada lakonan  Jason Statham favorite aktor aku. Ada lah sekali terikut hajat wife aku nak tengok filem berat lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani -- Suamiku, Encik Perfect 10. Mengantuknya tak usah nak cakap la.

Credit: RojakDaily
So untuk movie PASKAL ni kami ambil tayangan jam 8.45 malam. Memang kebanyakan movie yang kami tengok semuanya ambik slot malam. Tak banyak sangat belanja yang keluar. Yang penting dinner dah selesai kat rumah sebelum pergi. Tiket wayang pulak gunakan pembelian secara online, tak payah letih-letih nak beratur. Buat pembelian daripada atas katil pun ok dah. Boleh akses www.tgv.com.my atau download apps TGV Cinema di android atau di Apple Store. 

Sekadar gambar hiasan: Layan Ant-Man and The Wasp
Bagi yang tak tengok lagi, aku sarankan yang ada kat luar sana tengok movie ni sebelum tamat tayangan. Meh aku bagi teaser sinopsis sikit. Movie ni berdasarkan kisah benar perjalanan hidup, misi,  dilema,  pengorbanan seorang pasukan khas laut berpangkat leftenan komander. Ditunjukkan dalam movie bagaimana team PASKAL melaksanakan misi membanteras lanun Somalia yang merampas kapal tangki Bunga Laurel. Dan selebihnya bagaimana pasukan PASKAL ini terpaksa berdepan dengan ex-PASKAL kawan diaorang merampas pelantar minyak. Tentulah Ex-PASKAL ini tahu selok belok SOP (standard of procedure) bekas geng dia untuk take over balik pelantar minyak tu. Dalam cerita ni pelakon yang aku kenal hanyalah Eizlan Yusof, Hairul  Azreen laki Hanis Zalikha, Jasmine Suraya Chin dan Namron. Lain-lain tu aku tak kenal.  Aku tang bab nak ingat pelakon ni susah sikit especially yang baru-baru ni. Camna pun gandingan diaorang memang best. 9 jari aku bagi kat korang.
Waktu layan Tombiruo.

Seruan aku pada kaki wayang atau jenis lepak kat cinema tengoklah PASKAL The Movie. Memang Perrrggh!

Arrioss.

Thursday, August 4, 2016

Aktiviti Mengumpat Era Ledakan Teknologi Maklumat

Aku tak sure sama ada judul post ini sesuai atau tidak. Tapi ikut maknawiyah terhadap perkara utama yang nak dikongsi, agak tepat barangkali. Dulu-dulu kala sewaktu aku mula gunakan handphone, sms or short messaging system jer lah yang digunakan. Untuk chatting menerusi komputer Yahoo Messenger, MIRC atau ICQ lah yang top. Sms yang dihantar agak ringkas, tak de boleh nak letak emoji atau apa icon yang kiuta suka. Malah dulu tidak boleh lah kita nak menyelitkan suara atau gambar. Malah telefon dulu berantara muka monochrome sahaja, dengan pixelate mudah dan skrin yang kecil. Pada awal tahun 2000 - 2004, ramai berlumba-lumba untuk menggunakan handphone yang agak kecil sehinggakan panasonic pun mengeluarkan handphone. Dulu siapa pakai clam shell style dah agak gempak dan Nokia menjadi raja pada waktu tu. Tapi sekarang, Samsung jadi juara rasanya. Dan aku pada era itu setia dengan Ericsson.

Ooops...agak sentimental pulak cerita pasal awal2 Y2K. Short of introduction...sekarang ni dah dilambakkan dengan mobile messaging apps yang berplatformkan android and juga iOS. Dulu sewaktu android mula-mula diperkenalkan di pasaran, ada sorang officemate aku dah pakai samsung android (logo android di handphone) di kala aku masih memakai hp Samsung Pixon.  Nampaknya cam bukan nak straight to the point. 

Sejak ledakan teknologi dalam sistem pengoperasian mobile seperti android ni, banyak pelbagai aplikasi permesejan merentas platform telekomunikasi mula muncul. Kita dah ada WeChat, Whatsapp, LINE, Telegram  dan beberapa yang tak berapa popular lah. Yang sentiasa jadi priority adalah whatsapp. Kalau jumpa kawan-kawan lama atau sedara mara,  mesti akan tanya nombor untuk whatsapp. Kewujudan aplikasi ini menyebabkan suara vokal manusia menjadi satu komoditi yang agak mahal untuk diperdengarkan. Hinggakan semua orang asyik melayan whatsapp walaupun duduk semeja 1 famili. Hubungan insaniah dah hilang. Itu belum lagi kewujudan grup-grup atau conference massage yang wujud dalam whatsapp ni. Secara jujurnya aku sendiri pun ada hampir 6 grup yang kena tengok sama ada aku sukarela masuk atau disukarelakan. Ada untuk office, untuk division, untuk mesyuarat, untuk jawatankuasa itu--jawatankuasa ini. Dalam ofis aku ni pun banyak clan dan platform, ada whatsapp dan ada juga platform LINE. Malah ada grup officer semua dan ada grup officer yang dipinggirkan beberapa orang. Tak tahulah apa tahap konspirasi camtu. Itu baru grup office. Yang luar daripada office pulak pun dahsyat jugak. Grup taman pelbagai platform, grup sekolah rendah,  grup sekolah menengah (aku punya ader 2 sebab aku bersekolah 2 tempat), ade grup belajar di universiti (all and boys only) dan juga grup family.

Sumber: Buasir Otak
Jadi secara tak langsung cara manusia berkomunikasi pun dah mula berubah dan yang tak berubah adalah kandungan yang dikongsi sesama dalam grup ni. Cerita tentang orang lain dan keaiban serta story tahap oscar tambahan perisa lagi masih lagi menjadi topik hangat. Agaknya kalau kita tak bercerita tentang orang buat itu, orang ni buat ni tak tenteram kot jiwa. Cerita umpatan oleh pengadu domba sentiasa akan hit. Dalam grup yang sama, boleh timbul grup lain yang bertindak sebagai penentang dalaman atau talam 18 muka. Kalau nak menyebut tentang topik yang aku ketengahkan, ramai blogger yang mengutarakan isu yang sama. Antaranya Nizamriadzi, Cik Matahariku, Kembaraminda, Buasirotak dan beberapa blogger yang nampak permasalahan ini. 

Ada di kalangan rakan-rakan yang tak nak terlibat mengatakan apps ini salah. Namun hakikatnya yang paling jelas adalah sikap manusia yang masih tidak berfikir dengan waras. Aplikasi ini dibangunkan untuk memudahkan manusia berkongsi cerita kisah hidup masing-masing dan bukannya benda-benda merepek seperti berkongsi kuliah dakwah yang memakan panjang jela sampai naik muntah nak membacanya. Itu bukan fungsi pereka aplikasi ini bangunkannya. Nak berdakwah atau nak tunjuk alim aplikasi whatsapp/wechat/LINE/Telegram bukanlah wadahnya. Gunakan platform yang sesuai. Agak sedih apabila situasi mengadu domba masih lagi berlaku dalam masyarakat terutamanya masyarakat Islam. Malah benar seperti mana yang pernah diutarakan oleh seorang bukan Islam di dalam post twitternya (kalau tak silap aku) amalan Islamiah ini lebih jelas di amal dan dihayati oleh masyarakat bukan Islam berbanding orang Islam. Doa aku untuk pada diri aku dan keluarga aku moga tiada di kalangan kami menjadi seorang pengadu domba kerana golongan itulah antara golongan yang diusir daripada padang mahsyar dengan dibangkitkan semula berupakan kera. 

Arrioss!

Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri Dari Bumi Selatan Perak

Salam Aidilfitri. Sewaktu post ini dilakar aku masih lagi berada di pejabat menunggu waktu untuk menutup operasi dan pulang berhari raya. Jangan banyak songeh beb..aku pun ada kampung jugak. Walaupun dah 4 tahun aku antara pegawai yang setia bekerja hingga hari terakhir ramadhan. Yang lain? Aku tak nak komen apa-apa..obviously kadang-kadang bila story tentang cuti hari raya ni, masing-masing akan jadi selfish tahap gaban. Macam-macam back-end story akan keluar, anak sulung lah, nak buat preparation terakhirlah. Macamlah aku ni bukan anak sulung malah anak yatim lagi. Hampir 20 tahun aku beraya dengan mak aku sahaja, maknanya dah 20 tahun arwah abah tinggalkan kami. Dan 20 tahun jugak aku beraya tanpa arwah abah (Al-Fatihah). By the way, sapa habaq waktu ni tak bole buat kerja. Syok sangat..kerja-kerja dapat dibuat tanpa anasir-anasir yang akan menganggu dan menganggu. 

Lagu raya? Sekali lagi sorry beb...hingga ke saat ini tak ada lagu raya yang berkemundang di pc dan laptop aku. Hanya syarahan agama dan lagu-lagu dari kumpulan speed metal dan nu metal. Ceramah agama mostly daripada favorite ustaz - Dato Ustaz Kazim elias, Dr Rozaimi Ramle dan Ustaz Abdullah Khairi. Tentang lagu raya bukan maksud jemu tapi tak de selera nak dengar. Hingga post ini dilakar lagu 'Kings of Metal' alunan kumpulan Manowar berkemundang di Youtube. Abis gila aku pun lagu Hang pi mana nyanyian kumpulan Khalifah berkumandang di Youtube.

Tentang persiapan raya pulak? Paling sempoi this year. Ini berdasarkan track lepas-lepas. Tak yah membazir bersederhana aje lah. Itu yang terbaik. Ekonomi pun bukannya baik sangat. Silap-silap boleh layan ikan bilis dengan telur jer lepas raya nanti. Mana yang ada rezeki lebih boleh shopping sakan. Yang kureng, mungkin ke bundle je lah. Biasanya raya ni budak-budak atau anak-anak kita utamakan. Mak ayah pakai yang lama-lama jer  tak pe lah nak oii. 

Hari raya kali ini ubahlah beberapa perkara yang lebih kepada adat berbanding syariat. Terutamanya melibatkan duit raya. Syariat memang suruh bersedekah tetapi afdal pada bulan Ramadhan. Dan yang penting jangan ajar anak jadi peminta sedekah. Tanamkan semangat nak bersilaturrahim. Tak de lah nak pi berziarah pun nak pergi kalau orang tu ada bagi duit raya yang besor-besor. Tabiat buruk seperti memnita duit raya jangan dibiarkan dibuat oleh anak-anak kita ni. Itu yang jadi peminta sedekah. Biarlah di ajar jadi pemberi sedekah walaupun 10 sen. Sebab sedekah ini akan jadi pemberat timbangan kita kelak. Sedekah yang kita bagi itu lah rezeki atau hak yang diberi pada kita. Ziarah lah kubur terutamanya makam ibu bapa kita yang telah pergi mengadap Ilahi. Sebagai anak, kita masih boleh berbakti pada arwah ibu bapa. Sedekah kan Al-Fatihah. Jangan ikutkan sangat kata-kata sesetengah orang agama yang mengatakan itu bidaah sedangkan ada hadith dari Rasulullah mengenai menziarahi kubur. 

Penghujung lakar post ini, aku ingin menyusun jari sepuluh (Alhamdulillah masih cukup jari aku) memohon kemaafan di Hari Lebaran ini sekiranya ada post yang membuat korang ada yang makan dalam, sentap atau istilah yang sewaktu dengannya. Selamat hari raya buat semua dan selamat memandu ke destinasi yang dituju.
Perahu belayar ke Kuala Sanglang
Nak dara jelita menanti di pengkalan
Kita insan lidah tak bertulang
Salah dan khilaf harap dimaafkan.
Raya 2015 di Kampung Rambong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.