Monday, April 17, 2023

Cerita Hari Raya Ini Tahun!

Bersama-sama anak-anak terunaku selepas Solat Sunat Aidilfitri 2022
 Salam Ramadhan dan salam aidilfitri kepada pembaca blog aku yang budiman. Alhamdulillah betapa gigihnya aku nak menghasilkan nukilan ini. Tiada apa yang nak dinukilkan melainkan beberapa perkara yang menjadi perhatian aku yang cetek ilmu ini. Perkara yang jadi topik hangat di kalangan sekelompok manusia yang dipanggil netizen adalah tentang tarikh anak bulan Syawal -- yang jatuh of coz satu Syawal 😄😄😄. Rata-rata mengeluarkan pandangan sekadar pandangan kosong mengenai perkara berkenaan sehingga semacam mendesak - desak dengan alasan untuk mengelakkan kes raya 'terkejut' seperti tahun 2022. Tindakan hamlau kelompok netizen itu telah menyebabkan golongan arif agama seperti Ustaz Azhar Idrus dan Dato Ustaz Kazim Elias terpaksa mengeluarkan kenyataan lantang menegur sikap kelompok netizen berkenaan.

Pada pandangan aku perhaps kita dah terlalu selesa dengan tarikh pada kalendar jadi apabila anak bulan dah muncul kita rasa terkesima betul. Perlu kita refleks balik bahawa perkara ini adalah sebahagian daripada amalan di dalam ibadah Ramadhan dan Syawal bukannya seperti perayaan agama lain yang dah termaktub pada kalendar mereka tersendiri. Kita yang tidak mempunyai pengetahuan dalam ilmu falak, rukyah hilal better lah diserahkan orang yang sewajarnya melaksanakannya. Perlu ditanam di kepala hotak kita bahawa pengetahuan dan maklumat itu adalah berbeza. Maklumat tentang falak, yes kita boleh dapatkan daripada mana-mana sumber. Tetapi orang yang mempunyai pengetahuan tentang falak dan rukyah hilal lebih arif dan mahir. 

Seperkara lagi adalah keluhan para peniaga bazar raya yang melaporkan keadaan perniagaan yang tak balik modal. Banyak bazar daripada pelanggan. Tak dapat dinafikan memang kalau pergi menjenguk ke sesetengah bazar raya (kepada yang rajin) memang akan melihat satu keadaan di mana bazar ramai daripada pelanggan. Mungkin di satu dua tempat akan berduyun-duyun pelanggan. Mungkin disebabkan jualan runtuh. Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang ambil pendekatan untuk berjimat cermat. Apatah lagi parents yang dah berabisan mengeluarkan duit untuk perbelanjaan sekolah di awal bulan Mac yang lalu. 

Ada di kalangan rakan-rakan sepejabat berpendapat tidak berbaloi untuk berjoli berabisan wang ringgit untuk merayakan Syawal. Cukup sekadar bersederhana. Baju melayu  bukannya dipakai hari-hari menurut kawan aku. Itu belum lagi isu duit raya yang saban tahun ada yang bertanya kepada ilmuwan agama. Kita kena ingat bahawa duit raya itu sedekah. Peringatkan anak-anak kita bahawa duit raya itu ihsan daripada pemberi duit raya. Jangan meminta-minta kerana itu mengemis.

Tinggal beberapa hari lagi nak tibanya Syawal, so tingkatkan amalan terakhir di penghujung Ramadhan. Semakin meningkat usia, rahmat Allah dan keberkatan Ramadhan yang kita kejar. Semoga puasa penuh yer sahabat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. ARRIOS!

0 comments:

Post a Comment