Tuesday, January 17, 2023

明けましておめでとうございます 2023 (Happy New Year 2023)

 Akemashite Omedetō Gozaimasu 2023. Tu bahasa jepun untuk selamat Tahun Baru 2023. Dah pertengahan bulan Januari baru nak buat ucapan he..he..he. Yang penting adalah kegigihan nak membuat nukilan untuk yang support membaca rasa dan luahan fikiran aku. Terima kasih yang membaca. Kalau tak ada yang nak membaca, sekurang-kurangnya ada rekod tacit knowledge untuk diri aku ini.
Azam baru? Tu perkara yang agak membosankan. Tiap-tiap tahun mesti nak tanya azam baru? Nak ada something untuk dicapai? Pada aku life is a journey. Di sepanjang perjalanan ke penghujung usia kita boleh ubah atau letak apa-apa keazaman untuk apa yang kita nak capai. Tahun itu adalah hentian atau kawasan rehat dan rawat. Capailah apa sahaja tak semestinya di tahun baharu menjelang.

Kepada yang bekerja semoga kekal cemerlang pada yang memang excellence. Kalau kau memang excellence kena ingat kerja secara teamwork. Kalau engkau pantas kena ingat pace orang lain juga. Biar bergerak bersama-sama. Respek boundary dan skop kerja orang lain. Ada orang yang bekerja focus nya bukan satu tetapi multi. Kalau tak respek dan tak reti untuk teamwork, kau memang anjing.
Kepada yang tengah belajar ubah konsep belajar tu bukan sekadar untuk lulus periksa tetapi learning for your life. Belajar untuk kasi otak itu hidup. Sebab peperiksaan itu sekadar untuk menguji pemahaman engkau terhadap apa yang dipelajari.
Semoga tahun ini kita kekalkan produktiviti dan elakkan konfrontasi serta provokasi. Hal-hal politik biarlah orang politik yang main peranan. Kita rakyat fight untuk kelangsungan hidup. Mana-mana blok politik yang pegang, bangsatnya tetap sama. ARRIOSS!

Related Posts:

  • KL International Book FairPenat tapi menghiburkan. Berjumpa dengan teman-teman vendor yang pernah bersama-sama aku sewaktu aku di tahun 2001 - 2003. Shopping for books and othe… Read More
  • Perak in chaosTak dapat nak digambarkan gelojak di hati panas disebabkan kerenah adun-adun DAP. Seorang rakan di pejabat SUK memberitahu, insiden sidang DUN yang ma… Read More
  • Selfish According to Dictionary of English Language and Culture, published by Longman selfish is "adj concerned with or directed towards one's own advantage … Read More
  • Restructuring YourselfLately, aku akui aku memang sibuk dengan kerja ofis. Sehinggakan kengkawan yang nak mintak aku tolong diaorang for their assignment terpaksa aku tolak… Read More
  • Restless nightIt's have been three days, I couldn't slept well. My brain keep processing certain materials which kept me thinking about every things around me. Some… Read More

0 comments:

Post a Comment