Tuesday, July 5, 2016

Salam Aidilfitri Dari Bumi Selatan Perak

Salam Aidilfitri. Sewaktu post ini dilakar aku masih lagi berada di pejabat menunggu waktu untuk menutup operasi dan pulang berhari raya. Jangan banyak songeh beb..aku pun ada kampung jugak. Walaupun dah 4 tahun aku antara pegawai yang setia bekerja hingga hari terakhir ramadhan. Yang lain? Aku tak nak komen apa-apa..obviously kadang-kadang bila story tentang cuti hari raya ni, masing-masing akan jadi selfish tahap gaban. Macam-macam back-end story akan keluar, anak sulung lah, nak buat preparation terakhirlah. Macamlah aku ni bukan anak sulung malah anak yatim lagi. Hampir 20 tahun aku beraya dengan mak aku sahaja, maknanya dah 20 tahun arwah abah tinggalkan kami. Dan 20 tahun jugak aku beraya tanpa arwah abah (Al-Fatihah). By the way, sapa habaq waktu ni tak bole buat kerja. Syok sangat..kerja-kerja dapat dibuat tanpa anasir-anasir yang akan menganggu dan menganggu. 

Lagu raya? Sekali lagi sorry beb...hingga ke saat ini tak ada lagu raya yang berkemundang di pc dan laptop aku. Hanya syarahan agama dan lagu-lagu dari kumpulan speed metal dan nu metal. Ceramah agama mostly daripada favorite ustaz - Dato Ustaz Kazim elias, Dr Rozaimi Ramle dan Ustaz Abdullah Khairi. Tentang lagu raya bukan maksud jemu tapi tak de selera nak dengar. Hingga post ini dilakar lagu 'Kings of Metal' alunan kumpulan Manowar berkemundang di Youtube. Abis gila aku pun lagu Hang pi mana nyanyian kumpulan Khalifah berkumandang di Youtube.

Tentang persiapan raya pulak? Paling sempoi this year. Ini berdasarkan track lepas-lepas. Tak yah membazir bersederhana aje lah. Itu yang terbaik. Ekonomi pun bukannya baik sangat. Silap-silap boleh layan ikan bilis dengan telur jer lepas raya nanti. Mana yang ada rezeki lebih boleh shopping sakan. Yang kureng, mungkin ke bundle je lah. Biasanya raya ni budak-budak atau anak-anak kita utamakan. Mak ayah pakai yang lama-lama jer  tak pe lah nak oii. 

Hari raya kali ini ubahlah beberapa perkara yang lebih kepada adat berbanding syariat. Terutamanya melibatkan duit raya. Syariat memang suruh bersedekah tetapi afdal pada bulan Ramadhan. Dan yang penting jangan ajar anak jadi peminta sedekah. Tanamkan semangat nak bersilaturrahim. Tak de lah nak pi berziarah pun nak pergi kalau orang tu ada bagi duit raya yang besor-besor. Tabiat buruk seperti memnita duit raya jangan dibiarkan dibuat oleh anak-anak kita ni. Itu yang jadi peminta sedekah. Biarlah di ajar jadi pemberi sedekah walaupun 10 sen. Sebab sedekah ini akan jadi pemberat timbangan kita kelak. Sedekah yang kita bagi itu lah rezeki atau hak yang diberi pada kita. Ziarah lah kubur terutamanya makam ibu bapa kita yang telah pergi mengadap Ilahi. Sebagai anak, kita masih boleh berbakti pada arwah ibu bapa. Sedekah kan Al-Fatihah. Jangan ikutkan sangat kata-kata sesetengah orang agama yang mengatakan itu bidaah sedangkan ada hadith dari Rasulullah mengenai menziarahi kubur. 

Penghujung lakar post ini, aku ingin menyusun jari sepuluh (Alhamdulillah masih cukup jari aku) memohon kemaafan di Hari Lebaran ini sekiranya ada post yang membuat korang ada yang makan dalam, sentap atau istilah yang sewaktu dengannya. Selamat hari raya buat semua dan selamat memandu ke destinasi yang dituju.
Perahu belayar ke Kuala Sanglang
Nak dara jelita menanti di pengkalan
Kita insan lidah tak bertulang
Salah dan khilaf harap dimaafkan.
Raya 2015 di Kampung Rambong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar.

2 comments:

  1. Click on the below link to get all the information regarding CBSE UGC National Eligibility Test Previous Papers.
    CBSE UGCNET Exam Papers

    ReplyDelete
  2. Online Car Loan EMI calculator to calculate Equated Monthly Instalment. calculate your Loan Emi for car Loan.
    emi calculator car loan

    ReplyDelete