Thursday, September 19, 2024

REThinking On Weekend Plan

Unplanned trip to Pantai Segari
 Jalan raya dan lebuhraya dah mula jem pada hari Jumaat lagi. Rakyat Malaysia dan hari cuti hujung minggu + cuti umum. Tambahan pula ada cuti umum hari Malaysia dan bertindan dengan Maulidur Rasul. Kakitangan swasta dapat extra cuti umum pada hari Selasa. Awal-awal lagi kami dah merancang untuk bercuti ke Lumut walaupun satu malam. Tetapi apa kan daya apabila terdengar berita kesesakan lebuhraya menghala ke utara membawa sehingga ke 26 km dan menghala ke selatan sejauh 3km, kami terpaksa mengubah perancangan. Rasanya tak mampu nak mengharungi jem walaupun melalui laluan jalan negeri dan persekutuan. Disebabkan kepesatan teknologi maklumat seperti google maps dan waze, jalan-jalan tikus yang pernah dilalui mesti 'ramai' kereta.

Mencari penyakit kalau nak ubah plan dan buat unplanned trip seperti mana biasa. Itu perkara yang kami sekeluarga sering buat. Plan nak pegi ke satu tempat, spontaneously pilih pergi ke tempat lain di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Plan nak balik kampung terpaksa di ubah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Gambar yang dikongsi adalah trip sekeluarga secara unplanned kami ke Pantai Remis untuk lunch menu Kari Kepala Ikan yang mana menu ini hanya ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. selepas itu bawa anak-anak ke Pantai Segari.

So apa aktiviti korang waktu cuti bersambung hari tu?

Related Posts:

  • Agenda terpenat - Fraser Hill Getaway! As I promised my son, we going to have a family getaway during this school holiday. So after a long discussion, we decided to choose Fraser Hill for … Read More
  • Port Dickson Getaway Tiba di tempat penginapan iaitu di Le Paris International Hotel & Resorts selepas mengharungi 3 jam lebih perjalanan. Bersenang-lenang di… Read More
  • Trip to Cameron HighlandsIt's nice to have a vacation trip even it only take a day to enjoy the beautiful scenery of highland. Cameron Highland, it was unplanned trip for us. … Read More
  • A Night in Kuala KangsarMain attractions or main area in Kuala Kangsar. And this town will be dead around 10.30 pm when this two premises shut off their operations. Another a… Read More
  • REThinking On Weekend PlanUnplanned trip to Pantai Segari Jalan raya dan lebuhraya dah mula jem pada hari Jumaat lagi. Rakyat Malaysia dan hari cuti hujung minggu + cuti u… Read More

0 comments:

Post a Comment