Wednesday, September 1, 2010

Breaking fast in the woods

Melampau lamanya tak update blog ini. Dan melampau sibuknya aku dengan kerja, rumah dan juga research aku. Untuk research aku masih lagi menyelak-nyelak questionnaire yang bersesuaian dengan research aku untuk aku gunakan. Kawan-kawan dah grad, tinggal aku jer. Anyway citer kali ini tak berkaitan dengan research aku, nanti kata nak mintak simpati la pulak.

---
Bulan lepas staf aku ade lah merancang untuk berbuka puasa di luar. So, lepas buat pungutan suara so we decided to break at Felda Residence Trolak atau nama lama dia Trolak Country Resort. Lokasi tempat ni Sungkai dan lokasi tempat berbuka adalah di Restoran Anjung. Tempat ni luas gila dan silap-silap untuk first time datang boleh sesat larat (kata orang perak!). tapi aku first time datang tak sessat pun........orang mantop memang camtu, hebat sokmo. Nak tahu lebih lanjut kat mana bolehlah gunakan Google Maps untuk tahu location dengan lebih detail lagi.


Ok tentang bayaran pulak RM18.50 untuk dewasa dan RM13.00 untuk kanak-kanak. Menu pulak? Macam-macam ada. Menu dia bertukar mengikut minggu bulan ramadhan dan aku pergi dalam minggu kedua bulan ramadhan. So antara menunya:- Appetizer & salad (ulaman melayu, kerabu perut, tauhu sumbat, acar jelatah, keropok ikan dan aneka jeruk), bubur lambuk utara, sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan cencaluk, Tureen (sup bebola), Main dish (nasi putih, nasi tomato, ayam masak kurma, ikan goreng lemon sos, kambing kuzi kelantan dll.), Live stall ( mee udang & condiment, kerang bakar dll.). Itulah antara menu-menu untuk minggu kedua dan keempat. Lupa nak habak buffet buka puasa ni akan abis pada 09 September 2010.

---
Tentang kehadiran daripada division aku memang agak mengecewakan. Sebab yang setuju mulut ramai tapi yang hadir dalam lima biji kereta sahaja. Anyway enjoy the photo.

My boys are patiently waiting. Shukri and Kashfi the bachelors.

My baby-boy busy selecting the food brought by his big bro'.


It can't be me??!!

The cameraman has been captured before he captured the moment. That is my staff's husband. 







Related Posts:

  • Beautiful sightingPada hari Ahad yang lepas, rumah aku dikunjungi oleh spesis yang terancam dan hampir pupus. Memandangkan keadaan ini amat jarang sekali berlaku, so ak… Read More
  • Sleepy headToday we're going to celebrate our head of department birthday. Happy belated birthday bossz. I'm not keen to have a party or happy moment with that k… Read More
  • Tempang Siri IIToday dah masuk hari kedua aku terpaksa merehatkan diri di rumah. Secara kesimpulannya, boring. Disebabkan kaki aku yang kena arthritis, aku terpaksal… Read More
  • Coxsackievirus InfectionsMemang confirm. Junior aku kena jangkitan virus coxsackie. Bukan demam campak, bukan pelentong dan bukan demam panas. Coxsackie atau nama lainnya peny… Read More
  • PC Fair Revisited: Ogos 2008 It is never been a happier day for me. Another adventure for exploring the sand of gadget, hardware, software and ladies. The reality was, it turned … Read More

0 comments:

Post a Comment