Tuesday, May 19, 2015

Selamat Hari Guru, Cikgu!

GURU

ialah
Dian kerdil memberi suluh pencarian
Pendidik yang menerima kepayahan
Demi kesenangan anak didik masa depan

Dialah
Penekun tabah mengukir waktu
Pengajar bermandi keringat
Dalam debu dan batu-batu
Dialah
Manusia kecil yang sering memberi
Apa yang kita tidak tahu
Menafsir rahsia ilmu
Yang tertulis dengan bahasa kalbu

Guru laksana ombak
Tak jemu-jemu mendambai pantai

Guru bagaikan suara air di gua
Tekun titis lembut membelah batu.

Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa
Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris

(Sumber: www.upsi.edu.my)

Selamat Hari Guru buat Cikgu- cikgu yang membentuk intelektual dan sahsiah diri saya sekarang. Jasa kalian tidak dapat diganti dengan wang ringgit, kalian adalah pendidik. Sekalung ucapan untuk cikgu-cikgu saya (Al-Fatihah untuk yang telah dijemput Ilahi) di:
  1. Sekolah Kebangsaan Manong (SKM), Manong
  2. Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)
  4. Sekolah Menengah Bukit Merchu (SMBM), Kuala Kangsar aka Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu 
 

0 comments:

Post a Comment