Thursday, June 23, 2016

Cuci Jiwa di Bulan Ramadhan: Cerita I

Salam Ramadhan. Agak-agak dah lambat tak nak ucap? Selagi ada Ramadhan selagi tulah diucapkan salam Ramadhan. Agak lama baru nak post story to share even banyak perkara yang berlaku sehingga ke hari ini. Dari perihal pejabat hinggalah ke perihal peribadi dan keluarga. Latest isu yang boleh dikongsi adalah bantuan khas hari Raya yang diwartakan on 13hb Jun akan diterima sekali dengan gaji bulan Jun. Apa nak buat, pekeliling lambat keluar dan sebagai sebuah badan berkanun, perlu ada endorsement daripada ahli lembaga pengarah. Tak macam penjawat awam federal. 

Tahun ni Ramadhan bermula dalam cuti sekolah. So, anak-anak dapat melatihkan diri sebelum berpuasa di waktu persekolahan terutamanya Si adik. Abang dah sekolah menengah so no hal bagi dia. Cuma aktiviti tidur petangnya akan bertambah beberapa percent compare pada bulan-bulan selain Ramadhan. So far Si Adik dah 6 hari berpuasa. Standard la tu. Orang baru nak bertatih berpuasa. Waktu minggu cuti sekolah dia dapat 3 hari. Selang seli berpuasa. Bila dah buka sekolah belajar berpuasa sewaktu bersekolah,dapatlah half day, Syukur jugak walaupun berpuasa half day, sunat bersahur tu dia tak tinggal. Ada orang bangga anak diaorang dapat berpuasa penuh sejak dari tadika lagi. Takpe lah itu anak engkau, anak aku, aku beratkan solat dulu. Biar dia patuh pada Rukun Islam Ke-2. Aku tak mau anak aku puasa bagus tapi bab solat hampeh.

Minggu awal puasa kelab kakitangan ofis aku dah buat majlis berbuka puasa. Agak  awal namun percaturan yang baik untuk memastikan ramai yang hadir memandangkan masih lagi dalam cuti sekolah. Al-maklumlah kalau waktu persekolahan, mak ayah ni kelam kabut menguruskan anak-anak balik sekolah. As usual, kelab kakitangan ofis aku akan menjemput mana tokoh agama untuk menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa. Kali ni depa jemput Dr. Rozaimi Ramle. Mungkin sebahagian dari korang kenai dia ni. Taip je kat Youtube for sure akan dapat clip ceramah dan tazkirah beliau. Hadith expert dia ni dan belajar perbandingan 4 mazhab. Alhamdulillah, dapat jugak dengar ceramah dia sebab before Ramadhan dia cancel kan kuliah maghib dia. Usually kuliah maghrib dia 2 kali sebulan. Kuliah maghrib dia pun best...berdasarkan Kitab Jami'ul-Ulum wal-Hikam atau Kitab Panduan Ilmu & Hikmah. Kitab berkaitan hadith ni adalah hasil nukilan Ibnu Rajab. 

Dah bosan? Ha..ha..cerita awal Ramadhan ni beb. Tapi baru la ni nak share story. Bukan apa Ramadhan ni la nak kejar ibadat. Bulan ni la Allah bagi ganjaran double ke atas apa yang kita buat. Dan dalam bulan ni lah management banyak buat mesyuarat. Aduss...al-maklumlah tak payah makanan + minuman untuk mesyuarat, so bole berpanjang-panjang celotehannyer. Itu pun tak bagus sebenarnya. Patutnya kurang-kurang la mesyuarat takut kita terkeluar perkataan dan ungkapan yang tak sepatutnya dan takut kurang pahala puasa disebabkan lidah. Lagi pun nanti kering tekak susah la pulak. Telan enzim amilase ni mana cukup. Berbalik pada cerita iftar tadi, tahun ni nampak kurang sikit. Muka-muka yang ada pada tahun-tahun lepas tak nampak pada tahun ini. Mungkin pada hari berkenaan, depa ada event yang clash dengan event jabatan. Ok before ending..aku share sikit few photos. Arrioss.

Acara kemuncak.

Bersama big boss. Sila abaikan abdomen aku yang nampak menonjol.

Dari kiri: Husband Big Boss, Dr. Rozaimi Ramle, aku, Raja Ahmad Shalaby.






 

0 comments:

Post a Comment