Sunday, August 5, 2007

Pikom PC Fair Revisited

By any chance, dapatlah jugak aku ke pc fair 2007 yang berlangsung kat KL Convention Centre on saturday 4hb Ogos. Setelah sekian lama tak pergi, aku dapat saksikan banyak perubahan terutamanya flow of a event yang dibuat. Banyak perkara menarik sewaktu merayau-rayau melihat produk yang dipamer, termasuklah gadis litar (istilah aku) yang bertindak sebagai promoter. Kalau dulu Samsung booth girl yang hebat, kali ini kejuaraan menjadi milik MSI. Sejibik cam GT Queen.

Anyway, tak banyak benda aku beli untuk aku. Hanyalah bluetooth clip I-Tech II dan Microsoft Keyboard Wireless Optical Desktop 2000. Mulanya memang aku cadang nak ambik Logitech EX110, tapi jatuh cinta pulak ngan Microsoft Hardware. Lain-lain barang yang aku LG cdrw, floppy dan MSI socket 478 Motherboard untuk build pc untuk adik ipar aku. Aku ngan lady aku sponsor pc untuk dia, ye lah nak tanggung dia sambung belajar tak mampu. Ini jelah yang boleh buat.

Ada banyak benda yang aku target untuk pc fair kali ini. Especially kamera digital. Cuma bajet ajer yang tak menepati target. Bayangkan Canon basic digicam powershot A460 korang boleh dapat freebies seperti 1GB SD Card, free tripod, free bag and free photo paper. Tak berbaloi ke? Itu belum lagi offer dari Samsung, Olympus dan Kodak. Marvellous betui kalau dapat konica double lens tu.

May be aku akan ke PC Fair kat Stadium Indera Mulia Ipoh. Dengar cite Canon dan Fotokem ada bukak booth. Boleh kot kalau kita amik kamera. Kena tanya menteri kewangan dulu.

0 comments:

Post a Comment