Tuesday, March 25, 2008

Hakikatnya...

Sememangnya begitu, manusia adalah makhluk yang hidup di muka bumi Allah ini dengan banyak kelemahan. Dan dari kelemahan ini jugalah, manusia bangkit dengan kekuatan. Begitu juga aku yang lalai dan lelah untuk berinteraksi dengan blog ini setelah pelbagai peristiwa dan cereka yang berlaku di depan mata. Dan akhirnya aku akur, kadangkala sekuat mana insan, secekal mana insan, kadang-kala kita tersungkur...

----
Memang menyakitkan jiwa dan serebrum aku! Semenjak dua menjak ini Streamyx sangat mendukacitakan. Banyak bahan yang perlu didownload terpaksa ditangguh dan aku juga terpaksa menstrategikan masa. Terfikir jugak aku dan juga pengguna-penguna yang lain, berbaloikah dengan bayaran RM 88.00 setiap bulan dengan bandwidth yang seperti tak seberapa itu dan seperti enjin kereta tanpa DOHC dan DVVT. Hampas betui...

0 comments:

Post a Comment