Tuesday, May 12, 2009

Perak dalam carca - marba

Mamak ni betul-betul bikin kacau. Baru DS Nizar nak memohon mengadap Raja Muda dah berjaya dapat penangguhan keputusan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. Keturunan Muaiwiyah betullah diaorang ni. Kemaruk sangat. Nampak sangat iman dah tahap zero.

Dah lah YB Mat Sabu di tahan sebab nak anjurkan solat hajat. Yahudikah kita Malaysia ini. Orang nak beribadat pun tak dibagi. Atau cuba lihat petikan daripada blog DS Nizar ni:

"Kepada semua pegawai dan penjawat awam, jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serius beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!." (sumber)

Tepuk dada tanya iman, benarkah pimpinan negara kita ini sebenar-benarnya Islam dan berpegang kepada Al-Quran dan Hadis?

0 comments:

Post a Comment